Isu "Kristian agama rasmi Malaysia"

.mungkin kita salah paham...

Saya tidak melihat isu ini iaitu dakwaan kononnya DAP mahu menjadikan agama Kristian sebagai "agama rasmi Persekutuan" merupakan satu usaha baru sengaja dilakukan oleh DAP hanya kerana berlakunya perjumpaan antara Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dengan sebilangan Paderi Roman Katholik baru-baru ini.

Kerana kadangkala pertemuan atau perjumpaan diadakan untuk tujuan yang ada kaitan dengan hal ehwal agama dan adalah sangat mustahil perjumpaan seperti itu terus didakwa bertujuan untuk membincangkan soal menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Tidak mungkin sebab kaum majoriti di negara ini adalah kaum Melayu dan agama Islam adalah yang terbesar, jadi bila timbul dakwaan sedemikian maka bagi saya ianya cumalah satu khabar angin semata dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian kaum serta kesejahteraan negara tak payahlah terperangkap didalam isu-isu yang langsung tidak membantu menjadikan Malaysia kekal dalam keadaan yang aman dan selamat.

Yakinlah bahawa semua agama-agama lain di negara ini seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lainnya sudah lama sedar dan mengiktiraf bahawa agama Islam adalah sebagai agama rasmi Malaysia walaupun masih terdapat segelintir pemimpin parti politik tertentu yang masih terus mempertikaikannya namun sebenarnya itu bukanlah pendirian daripada pemimpin-pemimpin agama sendiri melainkan hanyalah suara orang-orang politik yang memang punya banyak kepentingan yang kita rakyat juga kurang pasti. 
 
http://hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com/2011/05/isu-kristian-agama-rasmi-malaysia.html
Share


Angry Birds Dalam Kehidupan Nyata

Inilah bentuk nyata dari burung-burung yang ada dalam game Angry Birds

http://hermawayne.blogspot.com
http://hermawayne.blogspot.com
http://hermawayne.blogspot.com
http://hermawayne.blogspot.com
http://hermawayne.blogspot.com
http://hermawayne.blogspot.com
http://hermawayne.blogspot.com
http://hermawayne.blogspot.com
Share


 
4 Mei 2011

bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin PAP ideologi sosialis dan ditolak rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP
 
DAP dilihat parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, membentuk kerjasama longgar dengan Pas pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008 dengan (PKR).
 
Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi Pas.

Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan,  walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.

Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP 



Disemarakkan lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin  pakatan pembangkang, berjaya mempengaruhi pengundi Cina untuk menyokong yang dikatakan mirip ideologi DAP.

Kemenangan cemerlang dalam PRU-12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kereta api.

Semangat anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda!)


Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa kebangkitan kaum Bumiputera/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada realitinya tidak begitu.
 
 mereka pun ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam pembahagian ekonomi negara dengan kaum Cina. Salahkah? Ini tidak dimengertikan oleh DAP. Parti itu menganggap rendah kebolehan orang Melayu, kerana dimomokkan oleh pemimpin seperti Lee Kuan Yew.orang Melayu itu bodoh, malas dan tidak kebolehan.

Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasi dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!

Semua yang Melayu (terutama pemerintah) buat, ada sahaja yang tidak kena kepada golongan ini! menganggap Perlembagaan ini akan memusnahkan masa depan mereka.
di Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah! Sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah!

 Peningkatan pengaruh DAP tentunya disebabkan kelemahan MCA dan Gerakan sendiri. Kedua-dua parti itu gagal meyakinkan orang Cina bahawa mereka akan terus terjamin dalam BN.

Sementara itu, UMNO pula mengalami krisis demi krisis, jadi nampak seperti mereka sudah lemah semangat dan akan keluar dari BN jika kalah dalam PRU akan datang.

Soalnya sampai bila majoriti pengundi Cina hendak berteduh di bawah DAP? Jika MCA kecundang dalam PRU-13, tidak mustahil wakil Cina tidak ada di dalam kerajaan.
 
parti yang terlalu kuat sifat perkauman tidak akan ke mana. teori politik di Malaysia, bahawa politik pelbagai kaum adalah paling sesuai, dan yang berasaskan perkauman sempit tidak dapat diterima untuk jangka panjang.
 
kerjasama antara parti politik pembangkang terlalu bersifat politik dan penuh muslihat juga dilihat tidak kekal lama. Pas semakin hipokrit. PKR, dianggap retorik dan huru-hara kini.

Tetapi itulah realiti politik Malaysia, yang majmuk sifatnya, yang perlu bertoleransi, tidak semudah itu bermain politik perkauman! Politik geram dan sentimen kaum tak ke mana. Percayalah. 

Share


04 Mei 2011
sekali lagi penipuan berlaku.. gambar kematian osama diedit.. nilai-nilaikan lerr..


Kiri gambar asal, tengah, gambar Osama manakala kanan adalah gambar diedit'

Share


 
3 Mei 2011
Kesalahan Breaking News.. Funny!!


Semalam kecoh mengatakan bahawa Osama Laden terbunuh dalam serangan di Islamabad.. Sekali breaking news.. tersalah nama daaa... Apa Malu daaa...
Salah satu stesen televisyen berita terbesar di Amerika Syarikat (AS), Fox News, melakukan kesalahan dalam menulis headline berita terkorbannya Osama Bin Laden. Fox News menulis “Obama Bin Laden Dead” bukannya “Osama Bin Laden Dead”.

Kesalahan tersebut secara tidak sengaja ditangkap oleh salah seorang pengguna jejaring sosial Twitter. Pengguna Twitter dengan nama @KyleHudgins mengambil gambar ketika Fox News menyiarkan berita dengan headline yang salah tersebut dan menyebarkannya di Twitter, pada Isnin (2/5/2011).

http://pulakdah.blogspot.com/2011/05/laporan-tv-amerika-silap-obama-bin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EmpulakDah+%28Em...Pulak+Dah!%29

Share


 
 
 Osama bin laden diburu selama 10 tahun semenjak didakwa dalang kepada tragedi 9/11. US yg kononya hebat, masih gagal utk memburu Osama. Tapi, kali ini Presiden Barrack Obama dengan yakin membuat kenyataan bahawa Osama Laden sudah berjaya dibunuh di di Islamabad Pakistan. Jasad ditemui, ujian DNA telah dilakukan. Positif kowt..!!


WASHINGTON: Osama bin Laden dilaporkan mati dan mayatnya sudah dijumpai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, kata pegawai negara itu, awal pagi tadi.  -berita harian

so.... kesan dari kematian beliau
 
-Peningkatan dollar berbanding euro dicatatkan pada 1.4764 daripada 1.4864 ketika awal dagangan hari ini.
 
-rakyat US bersorak gembira didepan WhiteHouse
 
 
 
- Berdasarkan submber wikileaks, Khalid Sheikh Mohammed, komandan operasi al-Qaeda (sekarang dalam tahanan di Guantanamo) bahawa mereka tidak teragak-agak untuk membuat ancaman penggunaan senjata nuklear milik alqaeda yg dilaporkan disimpan  di sekitar Eropah..sekiranya Osama Laden dibunuh/ditangkap..
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ASbunuhOsamabinLaden_Obama/Article 
 
 
Share

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.