oleh: Hisham Halim
BEIJING: Sebuah mahkamah menjatuhi hukumen penjara ke atas seorang lelaki berusia 22 tahun kerana menjual anaknya di Internet pada harga RM8,644, lapor Beijing Time, semalam.
Lelaki berasal dari Hubei itu menawarkan anaknya - berusia dua tahun - kepada sepasang suami isteri dari Beijing pada April tahun lalu.Disebabkan tiada masa atau wang, tertuduh menjual anaknya selepas berpisah dengan pasangannya.
Kes itu dirujuk kepada polis selepas lelaki terbabit menyesal dan cuba mendapatkan semula anaknya tetapi dibantah pasangan berkenaan.
Mahkamah kemudian mengarahkan budak terbabit dipulangkan kepada tertuduh, manakala hukuman berkenaan ditangguhkan. - AFP
.........macam-macam lerr.....
Share