Showing posts with label IsLaM. Show all posts
Showing posts with label IsLaM. Show all posts

oleh: Hisham halim

Negara barat semakin menjadi-jadi mempermainkan agama Islam..Ini salah satu rakaman kartun yang menunjukkan hero kartun seperti batman,superman dan lain-lain sedang bersolat bersama imam...


mungkin diaorang ingat ini sebagai hiburan tetapi tidak meny
edari ianya boleh menyingung perasaan orang islam seluruh dunia...


 
 Malaysia pun ada dah kepimpinan Islam nak jadikan Islam liberal, kononnya bebas bersuara, bebas bermedia dan bebas berbicara... tak kiralah apa, waima dlm bab agama sekali pun... kalau tak masakan orang kafir boleh beri ceramah dengan membaca dan tafsir ayat suci Al Quran depan umat Islam, lepas tu takbir ramai-ramai...
.
Gambar kartoon ni melambangkan kuasa super power barat akhir nya tumbang di tangan seorang Imam Islam (Imam Mahdi) lalu mereka memeluk agama Islam dan beriman mendirikan solat. Gunakan reverse psychology dan tengok media barat melenting. Itu salah satu cara nak mengajar media barat ni.
http://buaya-merah.blogspot.com/2010/10/gambar-kartun-barat-hina-islam.htmlShare


PUASA ORANG MELAYU



Penantian orang mukmin akan datang kembali.
Teman berbicara kali ini mengenai puasa yang dirindui dan karenah orang yang berpuasa. Orang mukmin menantikan bulan Ramadhan seperti seorang kekasih yang merindui kekasihnya. Ianya berbeza dengan rindunya pula orang Melayu kepada puasa dan seisinya.
Kebiasaannya di Malaysia pengumunan tarikh puasa bagi 1 Malaysia diumumkan oleh Penyimpan  Besar Mohor  Raja – Raja. Kata kawan teman …. kalau mike nak tahu  puasa ke tidak esoknya….mike tengok songkok orang yang akan mengumumkannya…..kalau gamaknya ` sengit ` puasalah esoknya, tapi kalau songkok dan baju melayu nya kemas….jawabnya puasalah lusanya.
 Kata kawan teman lagi begitu juga  kalau nak tahu raya ke tidak …..tengok pula  songkok, baju melayunya kemas dan suaranya pun ceria…..jawabnya `` MAKA DI ISTYHARKAN BAHAWA SELURUH MALAYSIA AKAN MENYAMBUT AIDIL FITRI PADA ESOK  BERSAMAAN ……………..tapi kalau tak ceria wajahnya……jawabnya puasa lagi le….
Terkadang – kadang [ dengan izin ] kita hanya melihat suasana Ramadhan itu tak ubah seperti menantinya satu tarikh bermulanya pesta. Sebelum ini kita lihat budaya orang Melayu menyambut mana – mana hari kebesaran Islam seperti Maulidul  Rasul, Maal Hijrah disana – sini semua pihak  menganjurkan majlis tetapi kefahaman mereka tidak menyakini Islam secara Syumul tetapi hanya sekadar tradisi dan kefahaman Islamnya di pinggiran.
Penantian puasa bukanlah seperti seorang boyfriend  menantikan girlfriendnya,  seorang duda yang sekian lama menanti  dapat` bantal peluk baru ` penganti kehilangan isterinya ataupun seorang janda menemui  teman hidup setelah kekosongan   laksana   seperti dedaunan yang kering kepada suasana tumbuh – tumbuhan yang segar  dan membasah.
Ianya seolah – olah meriah Ramadhan seperti Piala Dunia, Festival Hiburan dan sebagainya. Ada juga dikalangan orang Melayu khususnya wanita menganggap bahawa bulan ini `advantage `  untuk membetulkan mana – mana lemak – lemak pada badan bagi melangsingkan tubuhnya masing – masing.
Kata orang tua – tua dan politik kedai kopi,,,, tidak pasti kebenarannya…. bahawa orang Melayu memang rajin berpuasa tetapi bab sembahyangnya pula diringan – ringankan. Ianya berbeza dengan ` mamak ` pula dikatakan rajin bersembahyang tetapi kurang kuatnya berpuasa. Teman harap pandangan ini salah.
Begitu juga sembang – sembang kedai kopi bila ditanya masalah beli kereta. Katanya orang Melayu kalau beli pertama yang ditanyanya ` minyak save ` ke tidak. Orang Cina katanya pula….ini kereta berapa laju bole pergi dan ianya berlainan dengan ` orang putih ` bertanya pula ` ketahanan ` tahan lama kereta itu. Manakala orang India soalan pertamanya…ini kereta berapa ramae bole isi…,maaf bukan niat teman nak mengusik, tetapi sembang – sembang orang tua dulu – dulu. Kalau nak ikutkan  biadapnya lagi  Dato` Hamidah, Exco Perak tu kerana menyebutnya  dalam Sidang DUN pulak tu….`` katanya kalau jumpa ular pukul dulu dot dot dot `.
Teman juga teringat kawan – kawan  teman beritahu dimasa bulan Ramadhan ini juga mereka  nampak 2 ADUN Katak di Perak tu bersama dengan perempuan sedang berpoya – poya semasa mereka berstatus exco dulu. Elokpun mereka melompat ke pangkuan parti yang banyak melahirkan pimpinan dan ahli yang tak berpuasa.
Orang Melayu dimasa bulan Ramadhan kalau didapati anaknya tidak berpuasa buat main marahnya lagi….tetapi sepanjang masa jika anak – anak tidak sembahyang, tidak menutup aurat mereka buat – buat tak nampak. Itu menunjukkan seolah – olah puasa itu bukan satu syariat tetapi adat.
Jika terdapat anak – anak kurang mampu berpuasa…..ibubapa kadang – kadang  menyogokkan mereka dengan bayaran wang mengikut jumlah puasa yang mampu mereka lakukan. Amalan ini sebenarnya kurang baik kerana awal – awal lagi kita telah mendidik anak – anak dengan perkara yang salah kerana yang penting memberikan kesedaran kepada mereka tentang agama.
Kata Pak Yazid dalam kuliahnya diera 70an  dulu….beramal mesti dengan ilmu….kalau tidak katanya seperti seorang bapa yang sedang berwirid selepas sembahyang `` SUBHANALLAH….SUBHANALAAH….tiba – tiba anak lelaki yang berseluar pendek  mencuitnya `abah – abah nak duit tengok wayang `` abahnya terus berwirid….anaknya terus meminta duit….lalu abahnya runsing diganggu lalu berikan duit kepada anaknya itu RM10.000 dan abahnya tadi terus bertukar wiridnya tadi kepada `` ALHAMDULLILAH….ALHAMDULILLAH `` sehingga habis wiridnya. Bayangkan anaknya pergi melakukan maksiat ….abahnya boleh pulak menyebut `ALHAMDULILLAH `.
Dikalangan pembesar pula samada orang istana. menteri – menteri dan orang – orang berduit mereka jadikan peluang inilah untuk merehatkan dirinya ke negara – negara ` Orang Putih ` dan sebagainya. Maklumlah kalau makan minum disanapun bukan siapa yang tahu. Manakala kalangan orang mukmin pula jika berpeluang maka ibadah umrahlah pilihan mereka,
Kalaulah nak tengok masjid dan surau imarah waktu siangnya , maka lihatlah lihat diwaktu Ramadhan sahaja. Selepas Hari Raya pula tempat – tempat ibadat tersebut kembali lengang seperti sediakala.
Kita berkunjung pula ke pasar – pasar didapati suasananya sungguh bising oleh tempikan – tempikan peniaga untuk melariskan jualan mereka. Ingatlah bahawa kaedah berniaga dalam Islam bukanlah begitu caranya yang diajar oleh Rasulullah saw.
Pesan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pengunjung – pengunjung Pasar Ramadhan hendaklah membeli juadah berbuka di gerai – gerai orang yang kita lihat diwajah penjualnya berseri, yakni orang yang bersembahyang dan menutup aurat sahaja.  Kerana yang membeli diberrkati dan yang menjual pula mendapat rezeki  yang halal.
Ketika bertarawikh pula yang meneruskan 20 rakaat ialah orang – orang tua dan orang – orang mudanya pula setakat 8 rakaat kerana lutut mereka dah longgar dan pinggang ` angin satu badan `  terus pekena kopi, bubur , laksa dan sebagainya sebelum ` mengholoh ` untuk bangun sahur. Itupun kalau yang jenis bangun sahur…kalau tidak jawabnya sembahyang Subuh pun lebohhh.
Akan datang teman akan membezakan ` Takbir Raya ` secara sunah Nabi dan amalan orang arab dengan takbir raya ala Melayu yang mendayu – dayu panjangnya  seperti sedih akan anak cucu dan menantu tak balik  beraya ke kampung.

Share


Tangisan Tyson Di Masjid Nabawi

Mike Tyson di Masjid Nabawi ketika melakukan perjalanan dan Umrah 4 Julai 2010.

MADINAH- Walau tumbukan Mike Tyson sering menumbangkan peninju hebat, tapi hatinya luluh ketika bersimpuh di Masjid Nabawi di Madinah. Ia tidak mampu menahan air matanya yang bercucuran ketika masuk ke dalam Masjid Nabi.

Mike Tyson pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Nabawi Madinah semenjak masuk Islam, ketika ia menjalani ibadah umrah, 4 Julai 2010. Ia mengaku mendapat pengalaman spiritual yang mendalam.

Entah apa yang bermain di fikirannya, mantan peninju heavyweight ini tidak mampu menahan tangis saat masuk ke dalam masjid yang dibina di zaman Nabi Muhammad SAW ini.

Dia berasa gembira mempunyai peminat yang mencintainya di Arab Saudi. Tapi, Ia berharap mereka dapat memberikannya waktu agar boleh untuk menikmati momen spiritual di Tanah Suci.

"Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui berada di salah satu taman syurga," ujarnya ketika mengunjungi Masjid Nabawi seperti dilaporkan arabnews.com.

Tyson tiba di Arab Saudi untuk kali pertama pada Jumaat 2 Julai 2010. Tyson memanfaatkan waktu untuk melakukan perjalanan dan ziarah ke tempat-tempat penting di Arab Saudi, dan tidak lupa melaksanakan solat di Masjid Nabawi.

Isnin (5/7) Tyson tinggal di hotel berhampiran Masjid Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Dia mendapat kawalan ketat saat melakukan solat Zuhur. Ia juga tidak henti-henti menceritakan pengalaman spiritual luar biasa dalam perjalanan ke Tanah Suci ini.

Tyson di dalam ihram untuk menunaikan umrah.

Tyson memeluk Islam ketika masih dalam penjara pada pertengahan 1990 kemudian berguru kepada ustaz di dalam penjara Indiana tersebut. Saat ini Tyson memiliki nama Islam Malik Abdul Aziz. Ia mengenakan pakaian ihram untuk melakukan umrah di Mekah.
http://pulakdah.blogspot.com/2010/07/tangisan-tyson-di-masjid-nabawi.html
Share



oleh: Hisham Halim


1. Saya melihat masalah kebanjiran pekerja asing semakin menjadi-jadi. Pekerja asing dan PATI asal dari tempat yang sama tapi dua dukumentasi yang berbeza. Yang mana satu perlu dihapuskan dulu.Saya rasa yang perlu di'clear'kan terlebih dahulu ialah PENDATANG TANPA IZIN. barulah PEKERJA ASING. dulu-dulu pun negara kita memang dah ramai PEKERJA ASING dihantar untuk 'memajukan' negara sini, so rasanya dah terbiasa mungkin.

2. soal bayaran pun kena difikir, seperti yang semua sedia maklum kos sara hidup meningkat, jadi tolak makan-minum dan lain-lain gaji yang dapat mungkin tidak berbaloi bagi orang kita. (masa>tenaga) kalau pekerja asing memanglah diorang nak, sebab convert duit diorang berapa? balik kampung jadi kaya raya siapa tak nak?sama lah macam orang kita bekerja di UK/US/Singapore.

3. agak sedih juga bila rasa macam 'pelancong di negara sendiri' dek kerana terlalu ramai orang asing. kalau yang intelektual tak apa lah juga. datang kedai orang tempatan, yang layan pekerja asing.

4. sikapcara berfikir pun memainkan peranan mengapa orang kita taknak kerja yang biasa-biasa tu. tapi saya rasa kalau gaji & waktu bekerja ok, mereka mesti nak punya. ahli perniagaan pun tak bolehlah nak bandingkan & MELEBIH-LEBIHKAN PEKERJA ASING sebab sikap macam ni la yang buatkan ORANG MELAYU KENA PIJAK.

5. lagi satu, orang Melayu kena diajar mentaliti suka berniaga bukan sekadar bekerja. Mengaku Islam, Nabi Muhammad sendiri dah bagitahu, tak nak dengar. setakat makan gaji sampai bila baru boleh 'kaya'? Hutang 'PTPN' lagi. tengok orang Cina dah buat. dari tok nenek moyang sampai anak cucu. Ekonomi siapa pegang? KL siapa pegang? Penang, dan lain-lain? Orang terkaya di Malaysia? Masih tak sedar?ini tak, nampak orang sendiri(BANGSA SENDIRI) naik sikit dengki. Beriman ke macam tu? Tak percaya pada rezeki Tuhan? patutnya kongsi & saling tolong-menolong(doa).

6. Melayu jangan sekadar nak berpolitik tapi tak mendatangkan faedah kat bangsa sendiri. MALAYA, MALAYA. Bangkit. Tinggi macam Gunung HiMALAYA. mungkin nama Melayu sepatutnya Malaya sebab nama disebut-sebut banyak kali jadi doa. Melayu = Makin ke bawah(rendah?)

fikir-fikirkanlah...

.kredit to THARIQ on June 3, 2010 3:47 AM


Share



oleh: Hisham Halim

1) CERITA KEKEJAMAN BANGSA ISRAIL INI TELAH PUN DIBERITAHU SENDIRI OLEH ALLAH S.W.T DI DALAM AL-QURAN. SEMUANYA TENTANG SIKAP DEGIL DAN TIDAK MAHU MENGAKUI RASULLULLAH S.A.W SEBAGAI NABI TERAKHIR DAN TIDAK MAHU BERPEGANG KEPADA KITAB AL-QURAN.

2) GOLONGAN INI PERCAYA KEPADA KITAB INJIL (BIBLE) ITU PUN PADA UMAT ISLAM TELAH DISELEWENGKAN OLEH PENGIKUT-PENGIKUT NABI ISA A.S.

4) SEKARANG BERBAGAI-BAGAI PENDAPAT TELAH DIBERIKAN TERMASUKLAH TIMBUL AKTIVIS-AKTIVIS YANG BARU MUNCUL MELAUNG-LAUNGKAN CADANGAN YANG KEMUNGKINAN YANG BERANI UNTUK BERSAMA-SAMA UNTUK SANGGUP PERGI KE GAZA AKAN DITERIMA OLEH MASYRAKAT DUNIA SEKARANG.

5) CUMA ADAKAN INI CUKUP ? SUDAH BERKURUN DAN BERZAMAN MANUSIA YANG BERBANI ISRAIL INI CUBA DITENTANG. CUBA KITA KAJI DARI FAKTA SEJARAH DAN SIKAP GOLONGAN INI ANTARA MANUSIA DAN JUGA KEPADA ALLAH S.W.T.

6a) ALLAH S.W.T BANTU BANGSA ISRAIL INI DULU SEBAB GOLONGAN INI DITINDAS SEHINA-HINANYA OLEH FIRAUN TETAPI MEREKA TETAP MENDUAKAN ALLAH S.W.T. GOLONGAN INI DIJANJIKAN KE NERAKA.

7b) PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W SAHAJALAH YANG BERJAYA MENGHALAU GOLONGAN INI KERANA KETIKA ITU KELENGKAPAN KENTENTERAAN SAMA SAHAJA DENGAN SEDIKIT PERBEZAAN TETAPI DIBEZAKAN DARI SEGI BILANGAN ORANG SAHAJA.

8c) TENTERA NAZI KETIKA MEMBUNUH RAMAI PENDUDUK BANI ISRAIL INI LEBIH KUAT DARI SEGI KENTENTERAAN DAN BANYAK MELIBATKAN ORANG AWAM DAN IA BUKAN PULA KERANA AGAMA ALLAH S.W.T. AKIBATNYA GOLONGAN INI KEMBALI MENDAPAT SIMPATI DAN MULA MENGATUR KEMBALI KEKUATAN. DUNIA TERTIPU!! NAK LIHATLAH SEKARANG...

9d) KEDUDUKAN SEKARANG GOLONGAN INI TELAH PUN MENGUASAI KESELURUHAN KEKUATAN SAMAADA KUASA POLITIK LUAR DAN DALAM TERUTAMANYA KUASA BESAR AMERIKA. JUGA SISTEM KENTENTERAAN YANG TERLATIH.

10 OLEH ITU KITA BOLEH BUAT KESIMPULAN SENDIRI BAHAWA CAPAIAAN OLEH KEKUATAN KENTENTERAAN SUDAH SAMPAI KEPUNCAK YANG MERBAHAYA KERANA KUASA NUKLIER MAKA TIADA CARA LAIN LAGI IAITU KUASA DAKWAH (PEMIMPIN YANAG BERAGAMA ISLAM) SEBAGAIMANA MUKJIZAT AL-QURAN YANG ALLAH S.W.T DAPATI LEBIH BERKESAN LAGI DARI MUKJIZAT YANG MENUNJUKKAN KUASA KEGANJILAN ATAU KEKUATAN DAHULU YANG MASIH TIDAK DAPAT MENGHILANGKAN KEDEGILAN BANGSA ISRAIL INI.

11) JIHAT DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA MENGISLAMKAN RAKAN-RAKAN BUKAN ISLAM,MUSUH-MUSUH BUKAN ISLAM,RAKAN GLOBAL BUKAN ISLAM KINI TELAH DI LUPAI PADA ZAMAN INI. SEBALIKNYA SIBUK PULA DENGAN KUASA YANG PATUTNYA ADA PADA ALLAH S.W.T UNTUK MENGHUKUM ORANG-ORANG YANG TELAH PUN MEMELUK AGAMA ISLAM, MALAH MENGAKIBATKAN BERPECAH BELAH PULA DAN BERBAGAI MAHZHAB. NABI MUHAMMAD S.A.W IALAH RASUL ALLAH S.A.W SEBALIKNYA IMAM SHAFEI,IMAM MALIK DAN IMAM MALIKI IALAH MANUSIA BIASA SEPERTI KITA.

12) KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN KATA-KATA ALLAH S.W.T YANG MENJADI AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W.
AKU BUKAN USTAZ.. BUKAN BIJAK PANDAI AGAMA..CUMA SEKADAR PANDANGAN PERIBADI.. WALLAHU'ALAM

rimba emas..
Share





oleh: Hisham Halim

1. Filem  Sex and the City 2 (SATC 2) dianggap mempersenda agama dan orang Islam. Sekuel yang mula ditayangkan minggu ini menyaksikan watak utama, Carrie Bradshaw dan rakannya berkunjung ke Abu Dhabi.
“Ada beberapa perkara dalam filem itu yang cuba memberi tafsiran politik tidak tepat. SATC 2 bertemakan wanita dan terang-terang anti-Islam, yang bermaksud ia mungkin mengundang pandangan liberal.”
“Saat paling melampau apabila orang yang masuk campur diselamatkan sekumpulan wanita Islam yang menanggalkan jubah hitam mereka untuk mendedahkan pakaian ala Barat di sebaliknya,” 
2. Ia seolah-olah filem yang membanggakan diri sendiri. Ia membawa gadis Sex and the City ke Asia Barat supaya mereka boleh bersikap hidung tinggi terhadap politik jantina rantau itu. Pemikiran di sebalik filem itu (ditulis dan diarah oleh Michael Patrick King) tersembunyi. Bermula dengan perkahwinan gay melampau!
“Kemudian hantar wanita ke Abu Dhabi supaya mereka boleh menghuru-harakan keadaan dengan seksualiti mereka! Selepas itu, mereka perkecilkan wanita memakai niqab namun adegan selepas itu menonjolkan penyatuan feminis! Mereka kelihatan hebat di padang pasir dan disaksikan pemuda Arab muda.”
3. Pembuat filem itu gagal mendapat kebenaran melakonkan filem terbabit di bandar Teluk terbabit oleh pihak berkuasa dan adegan itu sebaliknya diambil di Maghribi, namun skrip filem masih mengekalkan suasana di Abu Dhabi.

http://neutraldaily.blogspot.com/2010/05/filem-sekuel-sex-and-city-hina-islam.html


Share


oleh: Hisham Halim


1.Berhubung isu yang mana pada Jumaat minggu lalu, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh telah membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.


2.Tujuh perkara yang menjadi titik pertikaian yang dikemukakan oleh PGSM 

     1. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993 JELAS memperuntukkan bahawa  pemohon yang beragama Islam sahaja yang layak. 

     2. Syarat ini telah diluluskan oleh YDPA dan telah pun diwartakan sebagai kaedah atau peraturan, dan telah dilaksanakan. 

     3. Syarat Islam untuk permohonan sebagai Peguam Syarie juga TERDAPAT di negeri-negeri lain - seperti Kedah, Kelantan, Melaka, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Bagi negeri lain ada syrat-syarat yang tertentu. 

     4. PRINSIP dan amalan Peguam Syarie di Mahkamah Syariah adalah berasaskan kepada prinsip ‘Wakalah bi al-Khusumah.’ Wakil salah satu nama-nama Allah bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala urusan orang yang diwakilkannya.

     5. PERANAN UTAMA Peguam Syarie juga membantu Mahkamah dan Hakim Syarie – iaitu dalam soal dakwaan, keterangan, bukti, hujah, qarinah, ikrar, khidmat nasihat kepada anak guam tentang hukum-hakam Islam dan soal prosiding mahkamah, pendamai/mediator, membuat rayuan dll. Macammana non-muslim nak keluarkan dalili-dalil dalam menyokong dakwaannya. Jangan jadi dalili ahli poitik...!!

     6. Bolehmembuka ruang kepada kes-kes percubaan keluar agama dan menghina agama Islam.

     7.  Mahkamah Syariah menjadi hak eksklusif orang Islam. Segala-galanya adalah untuk Islam. Takkan non-muslim nak masuk campur.

3.  Terdapat 3 cadangan yang  perlu dilakukan ialah Negeri-negeri yang tidak meletakkan syarat ISLAM dalam Kaedah atau Peraturan Peguam Syarie SEGERA berbuat demikian.Mufti-Mufti Negeri mengeluarkan FATWA RASMI di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri bahawa hanya orang ISLAM sahaja boleh menjadi Peguam Syarie. Victoria Jayaseele Martin mempertimbangkan semula permohonan semakan beliau dan adalah lebih baik permohonan tersebut di DITARIK BALIK, demi keharmonian Islam dan agama-agama lain di negara ini.

4. Sesungguhnya undang-undang manusia itu adalah tidak sempurna melainkan hukum hakam daripada ALLAH.. Sekian...

http://peguamsyarie.org/?p=1356


Share


Oleh: Hisham Halim


1. Agak lewat saya menulis mengenai isu penghinaan dunia kepada Islam. Khamis lalu, seorang kartunis Amerika Syarikat  Molly Norris yang mencetuskan kempen melakar gambar Nabi Muhammad di Facebook. Impak daripada itu adalah penyekatan  Pakistan terhadap akses laman web YouTube dan Facebook.


2. Norris melakar kartun itu pada April lalu kerana membantah keputusan stesen Comedy Central membatalkan satu episod South Park memaparkan imej Nabi. Ini menyebabkan Norris melakar kartun Nabi di laman webnya dan mencadangkan 20 Mei sebagai ‘Hari Melakar Nabi Muhammad’ yang disusuli dengan langkah pengguna siber menggunakan Facebook untuk menyertai usaha itu.
Click ini untuk keterangan lanjut


3. Bagaimanapun, saya cukup kecewa didada akhbar pada naskah LUAR NEGARA yang menunjukkan Orang Islam Pakistan membuat protes jalanan dengan membakar banner Facebook... Kecewa kerana ayat yang ditulis pada kenyataaan gambar itu berbunyi seperti Facebook menyokong tindakan Norris. Bahkan tidak ada langsung kenyataan yang menyatakan Facebook kecewa dengan tindakan Norris. Facebook hanya kecewa dengan protes jalanan itu.. Manakala YouTube pula memberitahu, ia sedang mengkaji perkara itu bagi memulihkan khidmatnya kepada pengguna secepat mungkin. 

...... maruah umat islam sudah kerapkali dipijak-pijak.. Kita sebagai Muslim hanya berdiam diri. kalau adapun hanyalah protes jalanan. mana perginya pemimpin-pemimpin Islam dunia... ?....

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KartunisAmerikamintamaaf/Article


Share



oleh: Hisham Halim


1. Mengikut laporan akhbar hari ini bahawa Abuya sebenarnya tidak meninggal malahan mereka mengaangap bahwa Abuya akan hidup kembali untuk memimpin umat. Saya agak terkejut dengan kenyataan media ini. Apakah mereka ini sudah terlalu taksub.?
2. Justeru itu, Keluarga Allahyarham Ashaari Muhammad mengadakan pantomin bertajuk KALAHKAN NAFSU ABUYA PULANG sebagai memperingati kematian pengasas Al-Arqam Isnin lalu akibat jangkitan paru-parutetapi menegaskan, ia hanya diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat semata-mata.
“Pantomin itu hanya untuk sampaikan nasihat kepada masyarakat supaya sentiasa meninggalkan segala amalan yang negatif termasuk nafsu.
“Tajuk yang diberikan itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang maksud bahawa Allahyarham akan hidup balik, pulang bermaksud kembali ke tempat asalnya.
3. Kerajaan masih memantau pergerakan Al-Arqam, pertubuhan agama yang telah diharamkan 16 tahun lalu.Laporan media hari ini menyebut pengikut-pengikutnta percaya Ashaari atau lebih dikenali sebagai Abuya akan pulang semula dalam masa terdekat.
4. Konsert ini diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Ashaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.
5. Kenyataan bahawa Abuya akan kembali adalah untuk tidak melunturkan semangat ahli dan kakitangan dalam Global Ikhwan pihak keluarga terpaksa mengambil langkah tersebut.
“Sekiranya kami mengatakan Allahyarham telah pergi buat selama-lamanya bimbang syarikat Global Ikhwan akan kehilangan pekerja.
“Jadi kami terpaksa mengatakan sedemikian Abuya pulang jika kita teruskan perjuangan untuk membangkitkan semangat mereka.
“Kami tahu Allahyarham tidak mungkin akan hidup kembali cuma ia sebagai satu kata-kata semangat supaya nanti mereka boleh menerima pemergian Allahyarham,” katanya.
6. Abuya mempunyai 38 orang anak dan 200 orang cucu . Perniagaannya Global Ikhwan mempunyai 3,000 kakitangan dengan 1,000 cawangan di seluruh dunia termasuk Indonesia, Singapura, Thailand, Jordan dan Mesir.
......taksub atau tidak?? baca artikel ini..... 

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-sensasikan-kematian-abuya-kata-anak-ashaari/



Share

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.