Oleh: Hisham Halim
1. Agak lewat saya menulis mengenai isu penghinaan dunia kepada Islam. Khamis lalu, seorang kartunis Amerika Syarikat Molly Norris yang mencetuskan kempen melakar gambar Nabi Muhammad di Facebook. Impak daripada itu adalah penyekatan Pakistan terhadap akses laman web YouTube dan Facebook.
2. Norris melakar kartun itu pada April lalu kerana membantah keputusan stesen Comedy Central membatalkan satu episod South Park memaparkan imej Nabi. Ini menyebabkan Norris melakar kartun Nabi di laman webnya dan mencadangkan 20 Mei sebagai ‘Hari Melakar Nabi Muhammad’ yang disusuli dengan langkah pengguna siber menggunakan Facebook untuk menyertai usaha itu. Click ini untuk keterangan lanjut
3. Bagaimanapun, saya cukup kecewa didada akhbar pada naskah LUAR NEGARA yang menunjukkan Orang Islam Pakistan membuat protes jalanan dengan membakar banner Facebook... Kecewa kerana ayat yang ditulis pada kenyataaan gambar itu berbunyi seperti Facebook menyokong tindakan Norris. Bahkan tidak ada langsung kenyataan yang menyatakan Facebook kecewa dengan tindakan Norris. Facebook hanya kecewa dengan protes jalanan itu.. Manakala YouTube pula memberitahu, ia sedang mengkaji perkara itu bagi memulihkan khidmatnya kepada pengguna secepat mungkin.
...... maruah umat islam sudah kerapkali dipijak-pijak.. Kita sebagai Muslim hanya berdiam diri. kalau adapun hanyalah protes jalanan. mana perginya pemimpin-pemimpin Islam dunia... ?....
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KartunisAmerikamintamaaf/Article