1. Lukisan potret monalisa menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapatibersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian. Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain. Judul �Mona Lisa� diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas
kematian Leonardo.
2. Keistimewaan potret Mona Lisa adalah riak wajah Monalisa. Matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun
penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut. Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa. Walaupun sudah 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.
penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut. Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa. Walaupun sudah 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.
3. Siapakah this bloody Monalisa? Sehinggakan cukup terkenal. Adakah sebab kualiti lukisan ataupun identiti "objek". Monalisa sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo.Mona Lisa bermaksud Madam Lisa. Ada yang mengatakan bahawa Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vincinci .Bahkan ada yang mengatakan bahawa wajah MonaLisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang. Teori yang paling mengejutkan menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi �kewanitaan�.
http://ipgm-community.forumotion.org/saintifik-dan-fakta-f11/potret-mona-lisa-t351.htm
Share