Budaya "boo" sudah semakin menjadi-jadi. Kalau dulu Mawi kene boo dengan peminat sewaktu AIM. Hari ini pemain badminton pula kena "boo". Ini budaya tidak sihat. Kebanyakan peminat yang melakukan perkara ini sebenarnya tidak mempunyai semangat kesukanan. Semangat kesukanan mereka hanya sebagai peminat sukan sahaja. Mereka tidak langsung mempunyai semangat kesukanan. Malahan turut bertindak seperti pengulas tidak bertauliah. Itulah hakikatnya. Berikut cerita ringkas kejadian.
1. Sudah la kalah teruk!! Di ejek dan kena "f**k) pula dengan penyokong. Inilah yang berlaku kpd gandingan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari apabila kalah teruk kepada gandingan Jepun, Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno 21-15, 21-12 pada perlawanan peringkat Kumpulan B saingan Piala Thomas.
“ Sebagai jurulatih, kekalahan mereka memalukan. Bukan saja dari segi permainan, tapi juga reaksi balas Mohd Fairuzizuan terhadap ejekan penonton. Memalukan pasukan dan negara." - Rexy ketua jurulatih
2. Mengenai punca sebenar kekalahan Rexy berkata:
“ Mohd Fairuzizuan mahu tunjuk bagus tetapi terlalu mengikut emosinya. Ini mengakibatkan pergerakannya dengan Mohd Zakry tidak lancar dan peluang tersebut digunakan sepenuhnya oleh lawan mereka.”
3. Akibat tindakan Fairuzizuan itu, Rexy menegaskan akan mengambil tindakan disiplin terhadap pemain terbabit kerana menurutnya memalukan pasukan. gandingan ini tidak mungkin diturunkan dengan pasangan asal pada perlawanan berikutnya kerana j tidak dapat bekerjasama.
4. Sementara itu, Fairuzizuan berkata:
“ Saya memang tak boleh kawal diri apabila melihat ada penonton memberi isyarat tidak elok kepada saya. Kalau mereka nak ‘boo’, saya boleh terima tapi buat isyarat seperti itu saya sudah tak boleh kawal diri. Kalau kami main di luar negara, kami lebih dapat sokongan positif berbanding di sini.”
5. Lihatlah dunia, bertapa tidak supportive nya rakyat malaysia. Tidak profesional, langsung tidak tahu etika. Ingat ni ayam masuk bandar ker....?? Buang lah jauh-jauh sikap ini. Berentilah jd peminat sukan yang tidak tahu bersukan....
fikir-fikirkanlah
bersabarlah...