Isu "Kristian agama rasmi Malaysia"
.mungkin kita salah paham...
Kerana kadangkala pertemuan atau perjumpaan diadakan untuk tujuan yang ada kaitan dengan hal ehwal agama dan adalah sangat mustahil perjumpaan seperti itu terus didakwa bertujuan untuk membincangkan soal menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Tidak mungkin sebab kaum majoriti di negara ini adalah kaum Melayu dan agama Islam adalah yang terbesar, jadi bila timbul dakwaan sedemikian maka bagi saya ianya cumalah satu khabar angin semata dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian kaum serta kesejahteraan negara tak payahlah terperangkap didalam isu-isu yang langsung tidak membantu menjadikan Malaysia kekal dalam keadaan yang aman dan selamat.
Yakinlah bahawa semua agama-agama lain di negara ini seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lainnya sudah lama sedar dan mengiktiraf bahawa agama Islam adalah sebagai agama rasmi Malaysia walaupun masih terdapat segelintir pemimpin parti politik tertentu yang masih terus mempertikaikannya namun sebenarnya itu bukanlah pendirian daripada pemimpin-pemimpin agama sendiri melainkan hanyalah suara orang-orang politik yang memang punya banyak kepentingan yang kita rakyat juga kurang pasti.
http://hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com/2011/05/isu-kristian-agama-rasmi-malaysia.html
Share