Isu "Kristian agama rasmi Malaysia"
.mungkin kita salah paham...
Kerana kadangkala pertemuan atau perjumpaan diadakan untuk tujuan yang ada kaitan dengan hal ehwal agama dan adalah sangat mustahil perjumpaan seperti itu terus didakwa bertujuan untuk membincangkan soal menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Tidak mungkin sebab kaum majoriti di negara ini adalah kaum Melayu dan agama Islam adalah yang terbesar, jadi bila timbul dakwaan sedemikian maka bagi saya ianya cumalah satu khabar angin semata dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian kaum serta kesejahteraan negara tak payahlah terperangkap didalam isu-isu yang langsung tidak membantu menjadikan Malaysia kekal dalam keadaan yang aman dan selamat.
Yakinlah bahawa semua agama-agama lain di negara ini seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lainnya sudah lama sedar dan mengiktiraf bahawa agama Islam adalah sebagai agama rasmi Malaysia walaupun masih terdapat segelintir pemimpin parti politik tertentu yang masih terus mempertikaikannya namun sebenarnya itu bukanlah pendirian daripada pemimpin-pemimpin agama sendiri melainkan hanyalah suara orang-orang politik yang memang punya banyak kepentingan yang kita rakyat juga kurang pasti.
Posted in : CurRRent IssUE | 0 Comments
Angry Birds Dalam Kehidupan Nyata









bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin PAP ideologi sosialis dan ditolak rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP
Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.
Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP

Disemarakkan lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin pakatan pembangkang, berjaya mempengaruhi pengundi Cina untuk menyokong yang dikatakan mirip ideologi DAP.
Kemenangan cemerlang dalam PRU-12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kereta api.
Semangat anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda!)

Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa kebangkitan kaum Bumiputera/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada realitinya tidak begitu.
Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasi dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!
Semua yang Melayu (terutama pemerintah) buat, ada sahaja yang tidak kena kepada golongan ini! menganggap Perlembagaan ini akan memusnahkan masa depan mereka.di Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah! Sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah!
Peningkatan pengaruh DAP tentunya disebabkan kelemahan MCA dan Gerakan sendiri. Kedua-dua parti itu gagal meyakinkan orang Cina bahawa mereka akan terus terjamin dalam BN.
Sementara itu, UMNO pula mengalami krisis demi krisis, jadi nampak seperti mereka sudah lemah semangat dan akan keluar dari BN jika kalah dalam PRU akan datang.
Soalnya sampai bila majoriti pengundi Cina hendak berteduh di bawah DAP? Jika MCA kecundang dalam PRU-13, tidak mustahil wakil Cina tidak ada di dalam kerajaan.
Tetapi itulah realiti politik Malaysia, yang majmuk sifatnya, yang perlu bertoleransi, tidak semudah itu bermain politik perkauman! Politik geram dan sentimen kaum tak ke mana. Percayalah.
Posted in : Org MeLAYU | 0 Comments
Posted in : CurRRent IssUE | 0 Comments
Kesalahan tersebut secara tidak sengaja ditangkap oleh salah seorang pengguna jejaring sosial Twitter. Pengguna Twitter dengan nama @KyleHudgins mengambil gambar ketika Fox News menyiarkan berita dengan headline yang salah tersebut dan menyebarkannya di Twitter, pada Isnin (2/5/2011).
Posted in : CurRRent IssUE | 0 Comments
Posted in : CurRRent IssUE | 0 Comments
dibayar sebanyak(RM8,970).. erm.. ok jg errr...
Posted in : CurRRent IssUE | 0 Comments
Posted in : CurRRent IssUE | 0 Comments
oleh: Hisham halim
Negara barat semakin menjadi-jadi mempermainkan agama Islam..Ini salah satu rakaman kartun yang menunjukkan hero kartun seperti batman,superman dan lain-lain sedang bersolat bersama imam...
mungkin diaorang ingat ini sebagai hiburan tetapi tidak menyedari ianya boleh menyingung perasaan orang islam seluruh dunia...
- Malaysia pun ada dah kepimpinan Islam nak jadikan Islam liberal, kononnya bebas bersuara, bebas bermedia dan bebas berbicara... tak kiralah apa, waima dlm bab agama sekali pun... kalau tak masakan orang kafir boleh beri ceramah dengan membaca dan tafsir ayat suci Al Quran depan umat Islam, lepas tu takbir ramai-ramai...
- .
- Gambar kartoon ni melambangkan kuasa super power barat akhir nya tumbang di tangan seorang Imam Islam (Imam Mahdi) lalu mereka memeluk agama Islam dan beriman mendirikan solat. Gunakan reverse psychology dan tengok media barat melenting. Itu salah satu cara nak mengajar media barat ni.
Posted in : IsLaM | 0 Comments
Posted in : CurRRent IssUE | 0 Comments
Persoalan Ayam atau Telur Sudah Terjawab
“Mana yang lebih dulu, ayam atau telur?” sudah menjadi pertanyaan paling filosofis ataupunn ilmiah selama berabad-abad.Tapi kini, jawapannya sudah ditemui.Para ilmuwan minggu ini mendakwa telah menemui jawapan teka-teki tersebut. Jawapannya, adalah ayam.
Seperti dilaporkan Mailonline, para peneliti menemukan bahawa pembentukan kulit telur bergantung pada satu protein yang hanya ditemui di indung telur ayam. Ini bermakna, telur hanya boleh terjadi jika berada di dalam ayam.
Protein yang disebut ovocledidin-17, atau OC-17 – bertindak sebagai katalis untuk mempercepat pengembangan kulit telur itu.
Cangkan keras ini penting sebagai tempat bagi kuning dan putih telur. Para ilmuwan dari universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan super komputer untuk men-‘zoom in‘ pembentukan telur tersebut.
Komputer yang disebut HECToR itu mengungkapkan bahwa OC-17 sangat penting dalam memulakan kristalisasi atau tahap awal penciptaan kulit telur.
Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal kalsit yang membentuk kulit telur.
Kalsit kristal ada di berbagai tulang dan tempurung tetapi mereka terbentuk dengan lebih cepat di dalam tubuh ayam. Unggas itu mampu menghasilkan 6 gram kulit telur setiap 24 jam.
Dr Colin Freeman, dari Departemen Teknik Material Universitas Sheffield, mengatakan : “Selama ini orang mengira bahwa yang terlebih dulu ada adalah telur, tapi kini kita memiliki bukti ilmiah yang menunjukkan bahawa sebenarnya ayamlah yang lebih dulu ada.”
“Protein itu sudah diidentifikasi lama dan diketahui terlibat dengan pembentukan telur. Ternyata, dengan memeriksanya kita dapat melihat cara protein itu mengendalikan proses pembentukan kulit telur.”
“Menarik untuk diketahui bahawa berbagai jenis spesies burung memiliki variasi protein tetapi dengan cara kerja yang sama,” kata Freeman.
Profesor John Harding, dari jurusan yang sama di Sheffield, mengatakan bahawa penemuan itu juga berguna untuk perkara lain.
“Memahami cara ayam membuat kulit telur dapat memberi petunjuk menuju rancangan baru ataupun bahan baru,” katanya.
‘Alam telah menemukan penyelesaian inovatif untuk semua jenis masalah dalam ilmu berkaitan materi dan teknologi – kita dapat belajar banyak daripada alam.”
Penemuan itu diterbitkan dalam majalah “Structural Control Of Crystal Nuclei By An Eggshell Protein”.
Posted in : CurRRent IssUE | 1 Comment
Mahmoud Ahmedinejad contoh sederhana seorang pemimpin
Bukan kerana beliau seorang yang garang atau tegas, sebaliknya beliau cukup sederhana dalam kehidupan.
Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:
1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.
2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.
3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .
6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.
7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.
8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.
9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.
10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.
11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.
12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.
13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.
Apakah suatu hari nanti Allah akan menurunkan kita seorang Perdana Menteri dan Ketua Negara yang segagah, sesederhana dan sentiasa berpegang teguh kepada perintah Allah seperti Ahmadineejad? Semoga PRU ke-13, ke-14 atau ke-15 nanti rakyat Malaysia dapat menyaksikan seorang PM yang seberani dan sesederhana Ahmadineejad.
Posted in : CurRRent IssUE | 0 Comments
PUASA ORANG MELAYU
Posted in : IsLaM | 0 Comments
Tangisan Tyson Di Masjid Nabawi
Mike Tyson di Masjid Nabawi ketika melakukan perjalanan dan Umrah 4 Julai 2010.MADINAH- Walau tumbukan Mike Tyson sering menumbangkan peninju hebat, tapi hatinya luluh ketika bersimpuh di Masjid Nabawi di Madinah. Ia tidak mampu menahan air matanya yang bercucuran ketika masuk ke dalam Masjid Nabi.
Mike Tyson pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Nabawi Madinah semenjak masuk Islam, ketika ia menjalani ibadah umrah, 4 Julai 2010. Ia mengaku mendapat pengalaman spiritual yang mendalam.
Entah apa yang bermain di fikirannya, mantan peninju heavyweight ini tidak mampu menahan tangis saat masuk ke dalam masjid yang dibina di zaman Nabi Muhammad SAW ini.
Dia berasa gembira mempunyai peminat yang mencintainya di Arab Saudi. Tapi, Ia berharap mereka dapat memberikannya waktu agar boleh untuk menikmati momen spiritual di Tanah Suci.
"Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui berada di salah satu taman syurga," ujarnya ketika mengunjungi Masjid Nabawi seperti dilaporkan arabnews.com.
Tyson tiba di Arab Saudi untuk kali pertama pada Jumaat 2 Julai 2010. Tyson memanfaatkan waktu untuk melakukan perjalanan dan ziarah ke tempat-tempat penting di Arab Saudi, dan tidak lupa melaksanakan solat di Masjid Nabawi.
Isnin (5/7) Tyson tinggal di hotel berhampiran Masjid Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Dia mendapat kawalan ketat saat melakukan solat Zuhur. Ia juga tidak henti-henti menceritakan pengalaman spiritual luar biasa dalam perjalanan ke Tanah Suci ini.
Tyson memeluk Islam ketika masih dalam penjara pada pertengahan 1990 kemudian berguru kepada ustaz di dalam penjara Indiana tersebut. Saat ini Tyson memiliki nama Islam Malik Abdul Aziz. Ia mengenakan pakaian ihram untuk melakukan umrah di Mekah.
Posted in : IsLaM | 0 Comments
“Isu saman antara ibu bapa dan anak ini boleh dilihat dari dua sudut. Jika dilihat dari sudut positif, ini menunjukkan ibu bapa atau anak semakin celik undang-undang dan mengetahui hak masing-masing.
“Bagaimanapun dari sudut kekeluargaan, peningkatan kes sebegini menunjukkan keruntuhan institusi itu, sedangkan keharmonian dan kekukuhan ikatan kekeluargaan, terutama dengan ibu bapa, amat dititikberatkan dalam Islam serta budaya Melayu.
“Sebaik-baiknya kedua-dua pihak mencari jalan perdamaian kerana mahkamah bukan tempat utama untuk isu kekeluargaan, ia adalah jalan penyelesaian terakhir,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Selasa lalu, pesara, Mustafa Ismail, 64, memfailkan saman terhadap anaknya, seorang pengurus syarikat cari gali minyak, menuntut tunggakan nafkah berjumlah RM20,000 untuk dua cucunya.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang sangat bimbang dengan perkembangan yang melanda masyarakat Islam itu, berkata sepatutnya antara ibu bapa dan anak mesti ada sikap kasih sayang serta hormat menghormati seperti dituntut agama.
“Saya cukup bimbang dengan keadaan sekarang... anak derhaka dan biadab terhadap ibu bapa, kes buang bayi... seolah-olah sudah tidak ada lagi kemanusiaan dalam diri manusia.
“Ini akibat kehidupan moden yang tidak bermoral, terlalu mengejar harta sehingga melupakan keluarga atau siapa yang melahirkan kita,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata pihaknya akan menjalankan kajian dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk menentukan petunjuk bahagia atau sejahtera bagi rakyat Malaysia, termasuk sama ada dinilai dari segi kesihatan, kewangan dan hubungan stabil.
Beliau berkata, kajian itu akan dijalankan tidak lama lagi membabitkan masyarakat semua peringkat umur, latar belakang dan kaum berikutan semakin banyak dakwaan bahawa institusi kekeluargaan kian rapuh dan goyah sehingga menjadi punca peningkatan gejala sosial.
Posted in : CurRRent IssUE | 0 Comments
Tak Sampai Hati Potong Timun Kerana...
Seorang suri rumah yang telah membeli timun yang 'menarik perhatian' ini tidak sampai hati untuk memotongnya.Iren Harsca berusia 35 tahun, daripada Esztergom, Hungary, berkata sebaik sahaja pulang dari kedai, dia tidak mampu memaksa diri untuk memotong sayuran itu, yang rupanya bagaikan alat sulit lelaki.
'Kemudian barulah saya sedar. Ia mengingatkannya kepada suami saya terlalu kuat dan saya sangat mencintainya, sebab itu saya tidak sampai hati untuk memotongnya, ' jelas Iren.
Sumber : www.metro.co.uk














