JITRA, 11 Mei (Bernama) -- Mayat Pegawai Kadet Kolej Tentera Udara (KTU) akibat LEMAS SEMASA MENJALANI LATIHAN RIVER CROSSING di Tasik Paya Pahlawan, Mukim Binjal, dekat sini telah ditemui malam Selasa.
Ahmad Nordinnie Yunus, 19, ditemui pada pukul 8.12 malam tadi oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) TUDM.
Mayat pelatih itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mej Kamarulzaman Ali dalam kenyataan media berkata ketika kejadian Ahmad Nordinnie sedang menjalani latihan di bawah pengawasan jurulatih-jurulatih Pusat Latihan Pegawai Kadet (PLP), KTU, Kepala Batas.
Semasa latihan sedang berjalan, Allahyarham dipercayai menghadapi MASALAH TIDAK MAMPU MENGAPUNGKAN DIRI.
"Jurulatih-jurulatih yang menyedari menghadapi masalah, telah bertindak dengan segera untuk membantu tetapi tidak berhasil kerana kejadian berkenaan berlaku dengan pantas," katanya.
Kamarulzaman berkata jenazah Allahyarham dijangka tiba di Pangkalan Udara Subang pada pukul 10 pagi esok dengan pesawat CH130 TUDM sebelum dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Ladang RISDA Inas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
Allahyarham berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah anak keempat daripada enam adik beradik, sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Pegawai KTU, dalam tahun pertama kelas Diploma 2012 sejak 8 Jun tahun lepas dan dijangka tamat latihan pada Jun 2012.
Sementara itu, Panglima Tentera Udara Datuk Seri Rodzali Daud turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Nordinnie dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa Allahyarham.
Satu Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian itu.
-- BERNAMA
Share

Pembetulan: Nama Allahyarham Ahmad Nordinnie bin Mohd Yunus