lame menyepi.... sshhhh.... ade banyak hal nak kene settel.....jangan tanye.!!! Nah amik .. sape yang nak jadi lelaki maskulin. ikut petua2 nihhh...



1. Say You Are Sorry!!

 Lelaki ni ego nye super tinggi. Minta maaf itu bukan bermakna kita salah, tapi meminta maaf itu untuk menjernihkan keadaan. Apabila emosi sudah menguasai diri, cakaplah apa pun, nasihatlah macam manapun, pasti tidak akan didengari. Jadi untuk meredakan kemarahan, kita lelaki turunkan ego kita dan meminta maaf. Si dia itu bukan orang lain, orang yang kita sayangi juga kan?

Buat lelaki, berdepan dengan konflik, just say sorry!


2. Hey! Beralah lah!


Lelaki : "aku tahu apa yang aku cakap ni betul, tak perlu nak bangkang, ko hanya perlu ikut je kata aku'.

Perempuan: 'asyik aku je yang mengalah, asyik cakap aku jek tak betul, ahh! aku tak kira, kali ni aku nak dia sedar apa yang dia cakap itu tak semuanya betul!"

Jika keadaan ini terjadi, siapa yang patut beralah? Jawapan mudah, LELAKI!
 
Tak macho kalau beralah? Cuba tanya pasangan anda, adakah macho atau tak jika anda beralah demi pasangan anda
 
.


3. Liar! Liar! Liar!

Ini perangai lelaki yang paling PANTANG utk wanita.Walau apapun alasan kalian, yang terbaik adalah be honest and tells the truth. Pasangan anda akan memahami anda dan bukan itu sahaja, mereka akan menyokong anda.

Cinta nya wanita kepada lelaki adalah berlandaskan KEPERCAYAAN. Jika sekali dua mungkin mereka masih boleh terima, tetapi jika buat selalu percaya mereka kepada lelaki akan berkurang dan ini akan menjadi penyebab putusnya satu-satu hubungan.


4. Perkara remeh? Ignore!!
 
 hari ini nak ke mana? 
malam ini nak makan apa? warna kesukaan saya tak sama dengan awak, marah sebab lewat hanya 15-20 minit, saya suka kucing kenapa awak tak suka? awak harus ingat my birthday, our annyversay dan our 1st time couple! tak tau siap!


Setakat pemerhatian aku sendiri, banyak pasangan bergaduh kerana perkara kecil, bukannya isu besar sangat. Mula-mula saja nak main-main. Lama-lama meletupp dan menjadi tak terkawal.

Lelaki yang kena berbuat sesuatu. Kita yang harus menjelaskan bahawa perkara remeh seperti itu tidak harus menjadi menjadi isu dalam berhubungan. 

Bila pasangan memahami perkara di atas, mereka akan sedar bahawa, perkara remeh itu adalah perkara yang tak perlu langsung dipanjangkan. Banyak perkara lain yang perlu kita bincangkan untuk masa hadapan.


5.  Mr Fix- It

Dalam satu-satu perhubungan, lelaki suka menjadi orang yang menyelesaikan masalah termasuklah masalah yang dihadapi pasangan wanitanya. Mereka menganggap apabila pasangan mereka bercerita mengenai masalah seharian mereka, mereka perlukan jalan penyelesaian. 

Itu sangat tidak benar dan membuktikan lelaki tidak memahami wanita sama sekali. Apabila wanita bercerita tentang masalah mereka, mereka mahukan cerita mereka didengari. Mereka tidak perlukan lelaki memberikan jalan penyelesaian buat mereka. Yang penting apa yang sedang terbuku dalam hati mereka dapat mereka lepaskan.

Susah bagi lelaki untuk menjadi pendengar yang baik. Jadi mulai sekarang, lelaki perlu berlatih menjadi pendengar bukan pemecah masalah
 
.


6. Apa Matlamat Dalam Berhubungan?

Akhir sekali, ingin saya tanyakan kepada lelaki yang ingin berpasangan sebelum menikah, apa matlamat anda untuk berpasangan? Adakah kerana lihat trend orang lain ada teman wanita maka kita juga nak teman wanita juga? Atau untuk mengisi masa lapang? atau untuk bermain-main? atau sebenarnya untuk menyiapkan diri sendiri dan pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan?

Jika niat lelaki selain untuk berkahwin, aku sarankan lupakan sahaja niat untuk berpasangan. Hubungan itu hanya mendatangkan lebih banyak buruk dari baik. Lagi bagus tumpukan pada pelajaran atau karier kalian. Jika dah sampai seru nanti berhubungan dan terus menikah
 
 sumber: http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/2011/04/untuk-lelaki-6-tips-untuk-mengekalkan.html.

Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My Photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.