oleh: Hisham halim

Negara barat semakin menjadi-jadi mempermainkan agama Islam..Ini salah satu rakaman kartun yang menunjukkan hero kartun seperti batman,superman dan lain-lain sedang bersolat bersama imam...


mungkin diaorang ingat ini sebagai hiburan tetapi tidak meny
edari ianya boleh menyingung perasaan orang islam seluruh dunia...


 
 Malaysia pun ada dah kepimpinan Islam nak jadikan Islam liberal, kononnya bebas bersuara, bebas bermedia dan bebas berbicara... tak kiralah apa, waima dlm bab agama sekali pun... kalau tak masakan orang kafir boleh beri ceramah dengan membaca dan tafsir ayat suci Al Quran depan umat Islam, lepas tu takbir ramai-ramai...
.
Gambar kartoon ni melambangkan kuasa super power barat akhir nya tumbang di tangan seorang Imam Islam (Imam Mahdi) lalu mereka memeluk agama Islam dan beriman mendirikan solat. Gunakan reverse psychology dan tengok media barat melenting. Itu salah satu cara nak mengajar media barat ni.
http://buaya-merah.blogspot.com/2010/10/gambar-kartun-barat-hina-islam.htmlShare


 
oleh; Hisham Halim
 
1. Kes bunuh dan bakar Dato Sosilawati, peguam, pegawai bank dan driver. Kes ini adalah antara kes bunuh berprofil tinggi. Antara kes bunuh yang berprofil tinggi adalah  kes bunuh  kerat 14 - MONA FENDI, Kes bunuh dan bOoom Altantunya Sharibu.

2. Apa yang membezakan kes kali ini adalah tiada unsur POLITIK. Pembunuhan ini adalah bermotifkan perniagaan semata-mata. Tiada unsur politik, atau unsur perkauman.

3. Cerita ringkas. 
 
30hb Ogos- Kesemua mangsa dikesan hilang+wang tunai 4 Juta... 
6hb Sept- Laporan media secara officia+ nafikan wang tunai 4 juta. 
7hb- kereta mangsa dijumpai di dua lokasi berlainan.. 
8hb- beli kerepek+pegawai bank hubungi isteri bahawa tidak pulang selama 3 hari.. 
9hb-Media lapor kesemua mangsa disembunyi sebab masalah perniagaan..
10hb- Disyaki datuk terlibat+tahan 5 suspek
11hb- Polis sahkan dibunuh dan dibakar + remaja 19 tahun disyaki.

4. Click sini untuk komplikasi laporan berita

                                      sumber: yusufultraman

5. Kes didalangi seorang peguam berpangkat datuk-K.Pathmanaban. Sudah dikenalpasti.rupa-rupanya datuk tipu. Dah ada 7 tujuh kes yang dilaporkan ke atasnya. Dibunuh oleh pekerja-pekerjanya. Upah pakej bunuh dan bakar RM25000.00. 
 
6. Ringkasan cerita masalah perniagaan- Suspek utama K Pathmanaban bersama adiknya adalah putar alam punya orang. Jual tanah di Penang (batu feringgi) . Tipu geran tanah. Sebenarnya tanah tak wujud. dah ramai bussnismen dah kena tipu termasuk 2 wakil rakyat dan juga 1 bussnismen dari india(dah hilang ditempat yang sama sudah setahun) . Mengapa sosilwati kena bunuh.?? kerana DESAKAN. beliau  nak jual tanah yang dah dibeli dari suspek pada 2002 bertujuan untuk mengumpul aset untuk syarikat. Jadi, sosilawati telah mambawa peguam,pegawai bank untuk menguruskan penjualan. Suspek tiada pilihan. Mangajak mangsa ke ladang gadong milik suspek untuk urusan tersebut  kemudian diseksa-bunuh-bakar.

6. Dipukul dengan kayu kriket, ditikam sehingga mati. Sekssa dulu... Dilakukan oleh orang suruhan - Remaja berumur 19 tahun. Yang lain hanya memerhati. Dibakar atas zink+kayu api+petrol. Abu dibuang dalam sungai pachau. Ladang Gadong Banting Selangor.

7. Menunggu keputusan DNA selama seminggu. Polis sudah hentikan pencarian bukti.
 
AL-FATIHAH untuk keluarga mangsa
 
note: sebarang maklumat ini adalah berdasarkan laporan akhbar/berita serta analisis yang dibuat. Sekiranya berlaku percanggahan maklumat. Harap maaf..!!



Share


Persoalan Ayam atau Telur Sudah Terjawab

“Mana yang lebih dulu, ayam atau telur?” sudah menjadi pertanyaan paling filosofis ataupunn ilmiah selama berabad-abad.Tapi kini, jawapannya sudah ditemui.

Para ilmuwan minggu ini mendakwa telah menemui jawapan teka-teki tersebut. Jawapannya, adalah ayam.

Seperti dilaporkan Mailonline, para peneliti menemukan bahawa pembentukan kulit telur bergantung pada satu protein yang hanya ditemui di indung telur ayam. Ini bermakna, telur hanya boleh terjadi jika berada di dalam ayam.

Protein yang disebut ovocledidin-17, atau OC-17 – bertindak sebagai katalis untuk mempercepat pengembangan kulit telur itu.

Cangkan keras ini penting sebagai tempat bagi kuning dan putih telur. Para ilmuwan dari universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan super komputer untuk men-‘zoom in‘ pembentukan telur tersebut.

Komputer yang disebut HECToR itu mengungkapkan bahwa OC-17 sangat penting dalam memulakan kristalisasi atau tahap awal penciptaan kulit telur.

Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal kalsit yang membentuk kulit telur.

Kalsit kristal ada di berbagai tulang dan tempurung tetapi mereka terbentuk dengan lebih cepat di dalam tubuh ayam. Unggas itu mampu menghasilkan 6 gram kulit telur setiap 24 jam.

Dr Colin Freeman, dari Departemen Teknik Material Universitas Sheffield, mengatakan : “Selama ini orang mengira bahwa yang terlebih dulu ada adalah telur, tapi kini kita memiliki bukti ilmiah yang menunjukkan bahawa sebenarnya ayamlah yang lebih dulu ada.”

“Protein itu sudah diidentifikasi lama dan diketahui terlibat dengan pembentukan telur. Ternyata, dengan memeriksanya kita dapat melihat cara protein itu mengendalikan proses pembentukan kulit telur.”

“Menarik untuk diketahui bahawa berbagai jenis spesies burung memiliki variasi protein tetapi dengan cara kerja yang sama,” kata Freeman.

Profesor John Harding, dari jurusan yang sama di Sheffield, mengatakan bahawa penemuan itu juga berguna untuk perkara lain.

“Memahami cara ayam membuat kulit telur dapat memberi petunjuk menuju rancangan baru ataupun bahan baru,” katanya.

‘Alam telah menemukan penyelesaian inovatif untuk semua jenis masalah dalam ilmu berkaitan materi dan teknologi – kita dapat belajar banyak daripada alam.”

Penemuan itu diterbitkan dalam majalah “Structural Control Of Crystal Nuclei By An Eggshell Protein”.
Share


Mahmoud Ahmedinejad contoh sederhana seorang pemimpin

Salam,

 

Penulis bersyukur kerana masih ada pemimpin dunia yang boleh dijadikan contoh kepada pemimpin jamaah. Mahmoud Ahmedinejad bukan pemimpin biasa, bukan ahli parlimen , bukan ADUN tetapi seorang Presiden sebuah negara tetapi cukup sederhana dalam kehidupan.

Mahmoud Ahmedinejad, suatu nama yang cukup dibenci Amerika Syarikat dan sekutunya Israel.Pemimpin utama Iran ini adalah antara pemimpin Islam yang dikagumi kawan dan digeruni lawan.

Bukan kerana beliau seorang yang garang atau tegas, sebaliknya beliau cukup sederhana dalam kehidupan.

Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.

2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.

3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .

4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitair US$ 250.
 
5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.

6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.

7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.

8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.

9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.

10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.

12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.

13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.

Apakah suatu hari nanti Allah akan menurunkan kita seorang Perdana Menteri dan Ketua Negara yang segagah, sesederhana dan sentiasa berpegang teguh kepada perintah Allah seperti Ahmadineejad? Semoga PRU ke-13, ke-14 atau ke-15 nanti rakyat Malaysia dapat menyaksikan seorang PM yang seberani dan sesederhana Ahmadineejad.

Diambil daripada blog politiksukusakat 
Share


PUASA ORANG MELAYU



Penantian orang mukmin akan datang kembali.
Teman berbicara kali ini mengenai puasa yang dirindui dan karenah orang yang berpuasa. Orang mukmin menantikan bulan Ramadhan seperti seorang kekasih yang merindui kekasihnya. Ianya berbeza dengan rindunya pula orang Melayu kepada puasa dan seisinya.
Kebiasaannya di Malaysia pengumunan tarikh puasa bagi 1 Malaysia diumumkan oleh Penyimpan  Besar Mohor  Raja – Raja. Kata kawan teman …. kalau mike nak tahu  puasa ke tidak esoknya….mike tengok songkok orang yang akan mengumumkannya…..kalau gamaknya ` sengit ` puasalah esoknya, tapi kalau songkok dan baju melayu nya kemas….jawabnya puasalah lusanya.
 Kata kawan teman lagi begitu juga  kalau nak tahu raya ke tidak …..tengok pula  songkok, baju melayunya kemas dan suaranya pun ceria…..jawabnya `` MAKA DI ISTYHARKAN BAHAWA SELURUH MALAYSIA AKAN MENYAMBUT AIDIL FITRI PADA ESOK  BERSAMAAN ……………..tapi kalau tak ceria wajahnya……jawabnya puasa lagi le….
Terkadang – kadang [ dengan izin ] kita hanya melihat suasana Ramadhan itu tak ubah seperti menantinya satu tarikh bermulanya pesta. Sebelum ini kita lihat budaya orang Melayu menyambut mana – mana hari kebesaran Islam seperti Maulidul  Rasul, Maal Hijrah disana – sini semua pihak  menganjurkan majlis tetapi kefahaman mereka tidak menyakini Islam secara Syumul tetapi hanya sekadar tradisi dan kefahaman Islamnya di pinggiran.
Penantian puasa bukanlah seperti seorang boyfriend  menantikan girlfriendnya,  seorang duda yang sekian lama menanti  dapat` bantal peluk baru ` penganti kehilangan isterinya ataupun seorang janda menemui  teman hidup setelah kekosongan   laksana   seperti dedaunan yang kering kepada suasana tumbuh – tumbuhan yang segar  dan membasah.
Ianya seolah – olah meriah Ramadhan seperti Piala Dunia, Festival Hiburan dan sebagainya. Ada juga dikalangan orang Melayu khususnya wanita menganggap bahawa bulan ini `advantage `  untuk membetulkan mana – mana lemak – lemak pada badan bagi melangsingkan tubuhnya masing – masing.
Kata orang tua – tua dan politik kedai kopi,,,, tidak pasti kebenarannya…. bahawa orang Melayu memang rajin berpuasa tetapi bab sembahyangnya pula diringan – ringankan. Ianya berbeza dengan ` mamak ` pula dikatakan rajin bersembahyang tetapi kurang kuatnya berpuasa. Teman harap pandangan ini salah.
Begitu juga sembang – sembang kedai kopi bila ditanya masalah beli kereta. Katanya orang Melayu kalau beli pertama yang ditanyanya ` minyak save ` ke tidak. Orang Cina katanya pula….ini kereta berapa laju bole pergi dan ianya berlainan dengan ` orang putih ` bertanya pula ` ketahanan ` tahan lama kereta itu. Manakala orang India soalan pertamanya…ini kereta berapa ramae bole isi…,maaf bukan niat teman nak mengusik, tetapi sembang – sembang orang tua dulu – dulu. Kalau nak ikutkan  biadapnya lagi  Dato` Hamidah, Exco Perak tu kerana menyebutnya  dalam Sidang DUN pulak tu….`` katanya kalau jumpa ular pukul dulu dot dot dot `.
Teman juga teringat kawan – kawan  teman beritahu dimasa bulan Ramadhan ini juga mereka  nampak 2 ADUN Katak di Perak tu bersama dengan perempuan sedang berpoya – poya semasa mereka berstatus exco dulu. Elokpun mereka melompat ke pangkuan parti yang banyak melahirkan pimpinan dan ahli yang tak berpuasa.
Orang Melayu dimasa bulan Ramadhan kalau didapati anaknya tidak berpuasa buat main marahnya lagi….tetapi sepanjang masa jika anak – anak tidak sembahyang, tidak menutup aurat mereka buat – buat tak nampak. Itu menunjukkan seolah – olah puasa itu bukan satu syariat tetapi adat.
Jika terdapat anak – anak kurang mampu berpuasa…..ibubapa kadang – kadang  menyogokkan mereka dengan bayaran wang mengikut jumlah puasa yang mampu mereka lakukan. Amalan ini sebenarnya kurang baik kerana awal – awal lagi kita telah mendidik anak – anak dengan perkara yang salah kerana yang penting memberikan kesedaran kepada mereka tentang agama.
Kata Pak Yazid dalam kuliahnya diera 70an  dulu….beramal mesti dengan ilmu….kalau tidak katanya seperti seorang bapa yang sedang berwirid selepas sembahyang `` SUBHANALLAH….SUBHANALAAH….tiba – tiba anak lelaki yang berseluar pendek  mencuitnya `abah – abah nak duit tengok wayang `` abahnya terus berwirid….anaknya terus meminta duit….lalu abahnya runsing diganggu lalu berikan duit kepada anaknya itu RM10.000 dan abahnya tadi terus bertukar wiridnya tadi kepada `` ALHAMDULLILAH….ALHAMDULILLAH `` sehingga habis wiridnya. Bayangkan anaknya pergi melakukan maksiat ….abahnya boleh pulak menyebut `ALHAMDULILLAH `.
Dikalangan pembesar pula samada orang istana. menteri – menteri dan orang – orang berduit mereka jadikan peluang inilah untuk merehatkan dirinya ke negara – negara ` Orang Putih ` dan sebagainya. Maklumlah kalau makan minum disanapun bukan siapa yang tahu. Manakala kalangan orang mukmin pula jika berpeluang maka ibadah umrahlah pilihan mereka,
Kalaulah nak tengok masjid dan surau imarah waktu siangnya , maka lihatlah lihat diwaktu Ramadhan sahaja. Selepas Hari Raya pula tempat – tempat ibadat tersebut kembali lengang seperti sediakala.
Kita berkunjung pula ke pasar – pasar didapati suasananya sungguh bising oleh tempikan – tempikan peniaga untuk melariskan jualan mereka. Ingatlah bahawa kaedah berniaga dalam Islam bukanlah begitu caranya yang diajar oleh Rasulullah saw.
Pesan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pengunjung – pengunjung Pasar Ramadhan hendaklah membeli juadah berbuka di gerai – gerai orang yang kita lihat diwajah penjualnya berseri, yakni orang yang bersembahyang dan menutup aurat sahaja.  Kerana yang membeli diberrkati dan yang menjual pula mendapat rezeki  yang halal.
Ketika bertarawikh pula yang meneruskan 20 rakaat ialah orang – orang tua dan orang – orang mudanya pula setakat 8 rakaat kerana lutut mereka dah longgar dan pinggang ` angin satu badan `  terus pekena kopi, bubur , laksa dan sebagainya sebelum ` mengholoh ` untuk bangun sahur. Itupun kalau yang jenis bangun sahur…kalau tidak jawabnya sembahyang Subuh pun lebohhh.
Akan datang teman akan membezakan ` Takbir Raya ` secara sunah Nabi dan amalan orang arab dengan takbir raya ala Melayu yang mendayu – dayu panjangnya  seperti sedih akan anak cucu dan menantu tak balik  beraya ke kampung.

Share


Tangisan Tyson Di Masjid Nabawi

Mike Tyson di Masjid Nabawi ketika melakukan perjalanan dan Umrah 4 Julai 2010.

MADINAH- Walau tumbukan Mike Tyson sering menumbangkan peninju hebat, tapi hatinya luluh ketika bersimpuh di Masjid Nabawi di Madinah. Ia tidak mampu menahan air matanya yang bercucuran ketika masuk ke dalam Masjid Nabi.

Mike Tyson pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Nabawi Madinah semenjak masuk Islam, ketika ia menjalani ibadah umrah, 4 Julai 2010. Ia mengaku mendapat pengalaman spiritual yang mendalam.

Entah apa yang bermain di fikirannya, mantan peninju heavyweight ini tidak mampu menahan tangis saat masuk ke dalam masjid yang dibina di zaman Nabi Muhammad SAW ini.

Dia berasa gembira mempunyai peminat yang mencintainya di Arab Saudi. Tapi, Ia berharap mereka dapat memberikannya waktu agar boleh untuk menikmati momen spiritual di Tanah Suci.

"Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui berada di salah satu taman syurga," ujarnya ketika mengunjungi Masjid Nabawi seperti dilaporkan arabnews.com.

Tyson tiba di Arab Saudi untuk kali pertama pada Jumaat 2 Julai 2010. Tyson memanfaatkan waktu untuk melakukan perjalanan dan ziarah ke tempat-tempat penting di Arab Saudi, dan tidak lupa melaksanakan solat di Masjid Nabawi.

Isnin (5/7) Tyson tinggal di hotel berhampiran Masjid Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Dia mendapat kawalan ketat saat melakukan solat Zuhur. Ia juga tidak henti-henti menceritakan pengalaman spiritual luar biasa dalam perjalanan ke Tanah Suci ini.

Tyson di dalam ihram untuk menunaikan umrah.

Tyson memeluk Islam ketika masih dalam penjara pada pertengahan 1990 kemudian berguru kepada ustaz di dalam penjara Indiana tersebut. Saat ini Tyson memiliki nama Islam Malik Abdul Aziz. Ia mengenakan pakaian ihram untuk melakukan umrah di Mekah.
http://pulakdah.blogspot.com/2010/07/tangisan-tyson-di-masjid-nabawi.html
Share



oleh: Hisham Halim

“Isu saman antara ibu bapa dan anak ini boleh dilihat dari dua sudut. Jika dilihat dari sudut positif, ini menunjukkan ibu bapa atau anak semakin celik undang-undang dan mengetahui hak masing-masing.

“Bagaimanapun dari sudut kekeluargaan, peningkatan kes sebegini menunjukkan keruntuhan institusi itu, sedangkan keharmonian dan kekukuhan ikatan kekeluargaan, terutama dengan ibu bapa, amat dititikberatkan dalam Islam serta budaya Melayu.

“Sebaik-baiknya kedua-dua pihak mencari jalan perdamaian kerana mahkamah bukan tempat utama untuk isu kekeluargaan, ia adalah jalan penyelesaian terakhir,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 


Selasa lalu, pesara, Mustafa Ismail, 64, memfailkan saman terhadap anaknya, seorang pengurus syarikat cari gali minyak, menuntut tunggakan nafkah berjumlah RM20,000 untuk dua cucunya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang sangat bimbang dengan perkembangan yang melanda masyarakat Islam itu, berkata sepatutnya antara ibu bapa dan anak mesti ada sikap kasih sayang serta hormat menghormati seperti dituntut agama.

“Saya cukup bimbang dengan keadaan sekarang... anak derhaka dan biadab terhadap ibu bapa, kes buang bayi... seolah-olah sudah tidak ada lagi kemanusiaan dalam diri manusia.

“Ini akibat kehidupan moden yang tidak bermoral, terlalu mengejar harta sehingga melupakan keluarga atau siapa yang melahirkan kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata pihaknya akan menjalankan kajian dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk menentukan petunjuk bahagia atau sejahtera bagi rakyat Malaysia, termasuk sama ada dinilai dari segi kesihatan, kewangan dan hubungan stabil.

Beliau berkata, kajian itu akan dijalankan tidak lama lagi membabitkan masyarakat semua peringkat umur, latar belakang dan kaum berikutan semakin banyak dakwaan bahawa institusi kekeluargaan kian rapuh dan goyah sehingga menjadi punca peningkatan gejala sosial.

Share


Tak Sampai Hati Potong Timun Kerana...

Seorang suri rumah yang telah membeli timun yang 'menarik perhatian' ini tidak sampai hati untuk memotongnya.

Iren Harsca berusia 35 tahun, daripada Esztergom, Hungary, berkata sebaik sahaja pulang dari kedai, dia tidak mampu memaksa diri untuk memotong sayuran itu, yang rupanya bagaikan alat sulit lelaki.
'Kemudian barulah saya sedar. Ia mengingatkannya kepada suami saya terlalu kuat dan saya sangat mencintainya, sebab itu saya tidak sampai hati untuk memotongnya, ' jelas Iren.
Sumber : www.metro.co.uk
Share


Penemuan Kapal Misteri Di Bekas Ground Zero 9/11

Ada penemuan mengejutkan di lokasi ground zero menara kembar World Trade Center (WTC), New York, yang runtuh dihentam pesawat-bom Al Qaeda.

Penemuan itu bukanlah sisa-sisa jasad korban dahsyat komplot Osama bin Laden, pada 11 September 2001 lalu.

Tetapi ia adalah bangkai kapal yang terkandas kira-kira sekitar tahun 1810. Tujuan utama perahu misteri itu adalah tepian pantai Manhattan.

Bangkai kapal dengan panjang sekitar 10 meter itu ditemui di bawah permukaan tanah sedalam sekitar enam meter. Penemuan ini menggemparkan, kerana ia bagaikan muncul secara tiba-tiba ke atas permukaan tanah.

Di tengah kebisingan deruan jentera yang terus menggali dan merenovasi Ground Zero, para arkeologi ramai berkumpul.

“Penemuan bangkai kapal ini adalah kemuncak daripada penggalian gedung WTC. Ini sangat menakjubkan,” kata Molly McDonald, arkeologi yang berada di lokasi sambil menunjukkan ke arah dua potong kayu kapal.

Bangkai kapal itu terkubur di bawah lumpur yang sedang digali untuk kerja renovasi dan pembaikan kawasan bekas Menara WTC. McDonald dan tiga rekannya berhasil menggalinya, hingga ke bahagian lambung kapal kelihatan jelas.

Bahagian ini terkubur di lokasi di mana akan dibangunkan pusat membeli-belah yang baru. Para peneliti dengan sangat berhati-hati dengan lumpur demi untuk mencari bahagian-bahagian kapal lainnya.

Sejarawan bidang lautan, Norman Brower meyakini, perahu ini pernah berlayar ke Karibia. Kesimpulan itu dinyatakan setelah mereka memeriksa jejak yang tertinggal di kapal itu.

“Bau yang tinggal ini seperti air laut yang surut,” kata McDonald. Walaupun demikian, masih banyak misteri yang harus dipecahkan dari penemuan bersejarah ini. “Kenapa kapal ini dibina? Bagaimana penggunaannya? Dan mengapa kapal ini karam dan tenggelam?”

Peristiwa menggemparkan ini terjadi pada Selasa, 13 Julai lalu. Ketika itu petugas menemuinya secara tidak sengaja ketika sedang melakukan penggalian di hujung selatan Ground Zero. Kini, pasukan konsultan lingkungan sudah dipanggil untuk mendokumentasikan artifak di lokasi yang akan menjadi pusat perdagangan itu
Share



oleh: Hisham Halim
Sebahagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahwa telah muncul "Dajjal" bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadist dari Jamiu at Tirmidzi,
"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bagian timur bernama Khurasan" 

Maka boleh jadi yang dimaksud Rasulullah SAW tersebut ialah benar adanya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi SAW. bersabda: 
"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "


Dan Sai Baba ini bisa jadi adalah salah satu dari 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa bin Maryam).


SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW?

-Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
-Menyembuhkan orang lumpuh dan buta,
-Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
-Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap,
-Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang Bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.

Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.



"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)


BEBERAPA PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA:


-Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

-Dajjal memiliki mata yang buta. 
Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

-Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. 
Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya. 

-Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. 
Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata. 

-Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. 
Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

-Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. 
Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

-Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. 
Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut-pengikutnya.

-Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. 
Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

-Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. 
Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

-Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelis darshanya 
Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

-Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. 
Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.

-Dajjal dapat menurunkan hujan. 
Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

-Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. 
Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap. 

-Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. 
Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

-Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. 
Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya. 

-Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. 
Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.

-Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. 
Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

-Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumubuhnan dan air. 
Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya. 

-Dajjal tidak memliki anak. 
Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah). 

-Dajjal memimpin orang yahudi. 
Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis. 

-Dajjal muncul di zaman pertikaian. 
Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan. 




Kesimpulan: Bahwa sifat Dajjal dan Sai Baba yang diutarakan diatas adalah bagian dari sifat salah satu 30 dajjal-dajjal kecil (pendusta-pendusta akhir zaman) yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal besar).

Yang ciri-cirinya menurut riwayat hadits shahih adalah sebagai berikut :

-Dajjal buta sebelah seperti buah anggur.
-Kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang beriman.
-Dajjal tinggal di bumi selama 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1 hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari berikutnya seperti hari biasa.


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal."

Rasulullah SAW bersabda : “Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.”(HR. At-Tirmidzi)

Hadist riwayat Muslim, dari Nawwas bi Sam’an: Rasullulah SAW mengatakan, "Dajjal adalah seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celek, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa kesana kemari ”

ALLAHU AKBAR! LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL "ALIYUL ADZHIM….

Sudah selayaknya kita senantiasa memohon perlindungan hanya kepada Allah SWT saja. Bacalah selalu doa di bawah ini selepas shalat Fardhu, di akhir tahiyyat sebelum salam, insya Allah, kita selalu dalam lindungan-Nya.

"ALLAHUMMA INNI 'AUDZU BIKA MIN ADZABIN JAHANNAM, WA MIN ADZABIN QABRI, WA MIN FITNATIN MAHYA WA MAMAAT, WA MIN SYAHRII FITNATIN MAHSYIHIL DAJJAL"

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, kuberlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian serta kuberlindung kepadaMu dari kejahatan dan fitnah Al-Masih Dajjal”


***Konspirasi Dajal bersifat matrialistik sekuler, dia datang dan "berdakwah" dengan membawa perumpamaan air, namun pada hakikatnya adalah api. Surga yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah neraka. Neraka yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah surga. 

Gaya bicara Dajjal, tidak lain adalah seorang pendusta besar! Shalat adalah buang-buang waktu, Alquran dan agama hanyalah simbol, bahkan ia kerap mendustakan keberadaan para nabi-nabi terdahulu dan mengadakan fitnah didalam cerita/kisah rasul-rasul terdahulu. 

Itulah sebagian sifat dari Dajjal laknatullah alaihi! Tujuannya hanya ingin mengkafirkan penduduk bumi dan memurtadkan orang-orang Islam agar keluar dari agamanya dengan dalih, Islam adalah agama setan dan masih banyak lagi. Naudzu billahi min dzalik! 

Padahal Allah telah menjelaskan dalam Quran: "Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali-’Imran:18-19)

Waspadalah wahai kaum muslimin dan mukminat!

by: Petaka Akhir Zaman 





 BERHATI-HATILAH!!
Share

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.