oleh: Hisham Halim


Ex Rahmat diswastakan sebagai monumen sejarah di Lumut

Kerajaan negeri Perak akan menswastakan Kapal Diraja (KD) Rahmat yang dilucutkan tauliah oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2004 untuk dijadikan monumen sejarah dan rekreasi di Lumut tidak lama lagi. 

 KD Rahmat diambil kerajaan negeri daripada TLDM pada 2008 untuk dibaik pulih dan dijadikan muzium namun ia memerlukan kos yang tinggi.

\keputusan penswastaan yang diberikan kepada Syarikat Plus Asia Jaya (Perak Sdn Bhd) itu dibuat dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini dan syarikat berkenaan akan memajukan projek pelancongan bernilai RM150 juta di kawasan empat hektar di pesisiran laut berhampiran kapal itu.

"Semua peralatan dalam kapal itu (KD Rahmat) dikekalkan kerana ia akan menjadi antara daya tarikan pelancong untuk menikmati suasana sebenar apabila berada dalam kapal tersebut," katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di sini, hari ini. 

KD Rahmat sebelum ini dikenali sebagai KD Hang Jebat itu, adalah kapal frigat ringan seberat 2,300 tan. Ia adalah antara model rekaan firma Yarrow untuk TLDM. 

Kapal itu adalah kapal perang pertama TLDM yang dilengkapi sistem antiudara iaitu Sea Cat dan telah ditauliah pada 1972. 


Share



oleh: Hisham Halim


Melayu yang makin layu

Kalau dulu penuh bangga orang Melayu menyebut perkataan inilah Tanah Melayu..hari ini orang orang Melayu sendiri yang mula menghukum Melayu. Entah di mana silapnya bila Melayu lupa bahawa Melayu cuma tinggal kuasa. Kalau hendak dibandingkan kuasa ekonomi Melayu dengan bangsa lain mungkin Melayu sudah tidak terjangkau untuk mencapai apa yang orang lain capai. Kalau ada pun Melayu yang berdaya saing di dalam ekonomi, semuanya hanyalah dengan bantuan kerajaan yang tuannya Melayu.


Baik dari kontraktor kelas A hinggalah ke kelas F Melayu, majoritinya hidup dengan tender tender kerajaan. Kalau tidak mungkin dah lama gulung tikar. Dengan hanya kemampuan itu sahajalah Melayu masih bernafas, itupun ada Melayu yang tak sedar diri dengan apa yang telah kerajaan Melayu buat untuk Melayu.


Beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini jelas menampakkan bahawa Melayu sudah tidak lagi mempunyai kuasa penentu undi kemenangan. Apa tidaknya, Melayu sudah terpecah tiga..UMNO, PAS dan PKR. Itu belum lagi mengambil kira Melayu yang tanpa segan silu mengibar bendera roket. Lihat sahaja bagaimana melimpah ruah rezeki kaum lain bila adanya pilihanraya kecil. Bukan soal ratusan ringgit tetapi mencecah kepada angka jutaan ringgit. Walhal Tanahnya Melayu dan pimpinannya juga adalah Melayu. Tetapi Melayu terpaksa merayu untuk mendapat kuasa di tanahairnya sendiri.


Yang tinggal hanyalah kampung kampung Melayu. Itupun ada kampung Melayu yang hendak diserahkan kepada bangsa lain untuk dimajukan. Mungkin kerajaan Melayu sudah lupa dengan peribahasa ' seperti Belanda dapat tanah' dan peribahasa 'sikit sikit lama lama jadi bukit'. Mungkinkah akan runtuh bukit Melayu?
http://jebatberkokok.blogspot.com/2010/06/melayu-yang-makin-layu.html
Share




oleh: Hisham Halim


Dewan Rakyat digesa memanggil usul tergempar membincangkan perolehan dua jenis persenjataan kapal selam Scorpene milik Malaysia. 

Ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan telah terlebih bayar dalam pembelian 40 buah peluru berpandu Exocet dan 30 buah torpedo Black Shark.

Dengan merujuk kepada pembayaran yang dibuat kerajaan Pakistan dan Portugal, Tian berkata Malaysia membayar 20 peratus lebih tinggi dari harga pasaran.

Tian menjelaskan Islamabad sekadar membayar 3.07 juta Euro untuk setiap unit peluru berpandu Exocet manakala Portugal memperoleh torpedo Black Shark pada harga 2 juta Euro seunit.

Congakan menunjukkan harga pasaran bagi kedua-dua jenis senjata ini mencecah 182.8 juta Euro, tetapi Kuala Lumpur membeli pada harga 219.265 juta Euro, iaitu 36.465 juta Euro lebih tinggi dari harga pasaran.
Sumber

Share



oleh: Hisham Halim

Remaja Perempuan Berkhalwat Di Dalam Surau Hospital

Kalau nafsu sudah menguasai diri, semua tempat tidak dipeduli hatta rumah Allah pun mereka sanggup jadikan "port" untuk melepaskan nafsu syahwat mereka....

[METRO] JITRA: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dicekup berkhalwat dengan pengawal keselamatan di surau Hospital Jitra (HJ), di sini, awal pagi Jumaat lalu ketika kedua-duanya nyenyak tidur.
Remaja itu yang sepatutnya berada di sisi bapa tirinya yang nazak di dalam wad hospital berkenaan dikatakan mengambil kesempatan itu untuk bertemu dengan buah hatinya yang baru dikenali sejak sebulan lalu.

Bapa tirinya itu dimasukkan ke HJ kerana menghidap tibi sejak sebulan lalu untuk mendapatkan rawatan berikutan penyakitnya semakin kritikal.

Difahamkan, pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu pula baru bertugas di HJ sejak Februari lalu dan mengambil kesempatan menggunakan surau itu untuk mengelak perbuatannya dikesan. Menurut sumber, pasangan itu dicekup jam 1.30 pagi oleh beberapa pengawal keselamatan lain selepas orang awam yang hendak menunaikan solat musafir di surau itu, hairan apabila mendapati pintunya berkunci dari dalam.

“Surau dibuka 24 jam untuk memudahkan ahli keluarga pesakit yang datang ke situ menunaikan solat, jadi apabila pintunya berkunci, pengadu terbabit memaklumkan kepada pengawal keselamatan lain yang berada di situ untuk membukanya.

“Mereka kemudian mengintai melalui cermin di pintu belakang surau itu dan terkejut apabila mendapati pengawal keselamatan terbabit yang masih berpakaian kerja tidur bersebelahan remaja perempuan itu dan mengesyaki mereka melakukan sesuatu yang mencurigakan dan terus menghubungi Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk menahan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, pasangan itu masih nyenyak tidur dalam surau dan terkejut apabila mendapati orang ramai berada di situ sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, pasangan itu memberi alasan hanya tumpang tidur di surau itu dan mendakwa tidak melakukan apa-apa.

Pengawal keselamatan yang masih bujang itu berasal dari Alor Setar, manakala remaja perempuan berkenaan berasal dari daerah ini dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi.

Sumber berkata, ketika ditahan, pasangan itu berpakaian lengkap dan pengawal keselamatan itu sepatutnya bertugas dalam pondok pengawal yang terletak kira-kira 100 meter dari surau.

“Remaja perempuan berkenaan pula dikatakan bergilir-gilir dengan ibunya untuk menjaga bapa tirinya dan diamanahkan menjaga bapanya itu pada waktu malam, manakala pada petang dia membantu ibunya berniaga.


http://biaqpila.blogspot.com/201wn0/06/remaja-perempuan-berkhalwat-di-dalam.html#ixzz0sAooZC
Share




oleh; Hisham Halim


Datuk A. Samad Said Merajuk?


Merajuk Kali Pertama

A. Samad Said“SAYA kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut. Saya juga tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas).
“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Sumber Utusan
Nada merajuk ini bagi saya memang kena pada tempatnya kerana tanpa mereka, saya sendiri tidak mengetahui kisah perjuangan lalu (seperti dalam karya2 Sasterawan Negara). Saya juga mahu generasi akan datang (pelajar sekolah) mengenal mereka melalui karya mereka.






Merajuk Kali Kedua

Bawak hasil karya ke New Zealand

" melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan"

"Mereka (kementerian) ada menghubungi saya sejak setahun lalu dan sudah melihat hasil kerja saya, tetapi sehingga kini tiada lagi hubungan (susulan) dilakukan. Saya menganggap bahawa mereka tidak mahu. Oleh itu, saya berpendapat pihak berkenaan berasakan khazanah ini tidak penting dan selepas ini jangan salahkan saya pula,"     sumber: bharian



Share


Ariel Bunuh Diri?

Menurut berita yang diterima, Nazriel Ilham meninggal kerana overdos, akibat stress dengan masalah yang dihadapinya iaitu kes 'ariel dan luna maya' serta 'ariel dan cut tari'

Sehingga posting ini dibuat, khabar kematian Ariel Peterpan terus hangat di 
twitter dan juga di bbm (blackberry massenger).

Benarkah Ariel meninggal di tahanan Mabes Polri? Direktur I Keamanan dan Trans Nasional, Brigjen Saut Usman Nasution, dengan tegas menolak dakwaan itu. Menurutnya, tahanan Ariel dalm keadaan baik.
"Tidak benar. Itu cuma isu. Isu itu nggak benar," menurut Brigjen Saut Usman Nasution, ketika dihubungi melalui telefon, Sabtu (26/6/2010).

Seperti sebelum ini berikutan kes video lucah ariel, cut tari dan luna maya dimana status ariel yang pada mulanya sebagai saksi sekarang menjadi tertuduh dan berada di tahanan Mabes Polri.

Inilah bunyi SMS yang sempat mengejutkan ramai pihak :
"Innalillahi wa innalillahi rodjiun, telah berpulang kepada tuhan yang maha kuasa, NAZRIEL ILHAM (ARIEL PETERPAN) yang mengalami over dosis zat psikotropika di dalam kamar tahanan pada jam 13:08 hari ini, mari kita doakan agar arwahnya diterima di sisi Tuhan yang maha kuasa. Amien."
http://pulakdah.blogspot.com/2010/06/ariel-bunuh-diri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+EmpulakDah+(Em...Pulak+Dah!)

Share



oleh: Hisham Halim

downloadww1



Amat menarik kisahnya… tapi kalau pencuri tetap pencuri. Samaada akan menerima balasan di akhirat Allah SWT akan tunjuk di dunia juga. Kisah gambar di atas adalah kisah sang pencuri di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu yang menemui ajalnya seperti yang dilihat di atas ketika cuba menyelit masuk melalui lantai papan rumah Wan Azhan, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7 , Dungun.

Wan Azhan yg baru pulang dr sekolah terkejut apabila naik ke rumahnya dan melihat ada kepala di lantai dapur rumahnya. Dia yang tidak mempercayai apa yg dilihat bergegas ke rumah jiran utk memanggil jiran mengesahkan apa yang dilihat. Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia. Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu. Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.


Sumber: http://dungun.net/2009/01/mati-tersepit-lantai-rumah-sura-hujung/
http://forum.lowyat.net/topic/915754
Gambar: http://img407.imageshack.us/img407/9977/downloadww1.jp
Share



oleh: Hisham Halim
Kondom Berduri Sepanjang Piala Dunia


Seorang doktor di Afrika Selatan telah berjaya merekacipta kondom wanita bergigi seperti mata pancing dan diberikan kepada wanita yang keluar di musim Piala Dunia.

Dr Sonnet Ehlers sanggup menjual rumah dan keretanya demi untuk membangunkan kondom wanita yang dikenali sebagai
Rape aXe pada 2005. Kondom-kondom ini boleh didapati selepas tempoh percubaan dengan harga $2 (RM9) setiap satu.
http://img.thesun.co.uk/multimedia/archive/01069/sonette-280_1069464a.jpg
Dr Sonnet Ehlers

Wanita itu perlu memasukkan kondom lateks seperti memakai tuala wanita dan baris-baris gerigi bercangkuk akan menusuk ke dalam zakar semasa penembusan.

Sebaik sahaja tersekat, hanya doktor yang boleh 'melepaskan' 
Rape aXe dan Dr Ehlers berharap ini memudahkan pihak-pihak berkuasa untuk membuat tangkapan.
"Ia menyakitkan, sesiapa yang kena tidak boleh kencing dan berjalan selagi ia tidak dilepaskan., " katanya.
"Jika dia cuba akan membuangnya sendiri, ia akan menjadi ketat... bagaimanapun, ia tidak mengoyakkan kulit, dan tidak bahaya terhadap pendedahan cecair.
"Saya melantik perunding jurutera, pakar-pakar ginekologi dan ahli-ahli psikologi membantu dalam merekabentuknya dan memastikan ianya selamat."

Pengkritik mengatakan kondom wanita ini bukan satu penyelesaian jangka panjang dan membuatkan wanita lebih terdedah terhadap keganasan dari lelaki yang telah terjerat oleh alat peranti ini.

Victoria Kajja, seorang ahli 
Pusat Kawalan Penyakit dan Prevention di Uganda, juga berkata peranti ini sentiasa mengingatkan wanita kepada kelemahan mereka.
"Ia bukan hanya menipu mangsa dengan rasa selamat yang palsu, tetapi juga trauma psikologi, " katanya.
"Ia juga tidak membantu dalam penyelesaian masalah psikologi yang terjejas selepas serangan."

Menurut laporan tahun lepas oleh Medical Research Council mendapati itu 28 peratus orang lelaki telah merogol seorang wanita atau gadis, dengan seorang daripada 20 orang wanita telah dirogol pada tahun lepas.

Dalam kebanyakan negara-negara Afrika, tuduhan terhadap kesalahan rogol jarang berlaku kerana tidak mampu melakukan ujian DNA untuk mencari bukti.

Dr Ehlers bercadang untuk mengagihkan 30,000 kondom ini dengan di bawah pengawasan sepanjang tempoh Piala Dunia
Share



oleh: Hisham Halim
400,000 Tin Untuk Duit Belanja Kahwin

Peter Geyer dan Andrea Parrish berjaya mengumpulkan hampir 400,000 tin, yang bernilai kira-kira USD3,800 (RM 12,000), untuk majlis perkahwinan mereka.

SPOKANE, Wash. — Pasangan daripada Spokane telah berjaya mengutip tin-tin aluminium yang secukupnya untuk membayar perbelanjaan bagi majlis perkahwinan mereka. Peter Geyer dan Andrea Parrish telah menganggarkan mereka perlu mengumpulkan hampir 400,000 tin, yang bernilai kira-kira USD3,800 (RM 12,000), untuk majlis perkahwinan mereka pada 31 Julai ini. Dengan bantuan 150,000 tin sumbangan daripada Alcoa dan 73,000 tin daripada United Recycling Services, mereka telah mencapai sasaran tersebut.
Pasangan itu meneruskan usaha mengumpul tin aluminium, dan kali ini untuk perbelanjaan berbulan madu mereka. Mereka juga merancang untuk menderma beberapa hasil kutipan mereka kepada Doctors Without Borders dan Rim Country Land Institute.

Share



oleh: Hisham Halim

1. Terlebih dahulu, saya bukanlah ahli undang-undang untuk memperihalkan perkara ini. tetapi sekadar menulis foot note. (*NOta kaki)
2. seksyen 302 kanun keseksaan iaitu membunuh dengan niat adalah satu pendakwaan yang mana hukuman mandatori adalah hukuman gantung sehingga mati.
3. Ini berbeza dengan hukuman di bawah seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi membunuh tanpa niat yang memperuntukan hukuman maksima sehingga 25 tahun tetapi kuasa budibicara Mahkamah adalah luas dan kebanyakan diberikan satu hukuman ringan di antara 4 hingga 12 tahun bagi pertuduhan di bawah seksyen 304 Kanun Keseksaan yang rata-rata dimulai dengan perselisihan faham ataupun pergaduhan biasa sebagaimana pertuduhan di bawah seksyen 147/148 Kanun Keseksaan.

4. Namun, sekiranya ada kematian direkodkan di dalam
kejadian gaduh mahupun tindakan perkumpulan, seksyen 302 atau 304 akan digunapakai oleh pihak pendakwaan.
5. Bezanya, Seksyen 302 tidak boleh jamin. Manakala Seksyen 304 masih boleh diberikan jaminan oleh Mahkamah  atas kuasa budibicaranya.
6. seorang juvana ketika melakukan kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Bagimanapun boleh diatasi lagi apabila diberi pilahan untuk memilih Seksyen 302 @ 304 berdasarkan cerita ini
Share



oleh: Hisham Halim


Lawak Piala Dunia

Korang mesti ingat kes tandukan Zidane di dada Materazzi dalam Piala Dunia 2006 yang lalu yang menjadi isu hangat semasa itu sehingga difilemkan oleh pelbagai pengeluar filem di seluruh dunia.
Ini ialah peristiwa asal . Tunggu gambar download habis, bergantung kepada kelajuan internet anda.
lawak bola @ isuhangat
Ini pula version filem Jepun
lawak bola @ isuhangat
Meniru gaya Naruto.
In version filem Hindustan
lawak bola @ isuhangat
Haha biasalah Bollywood tanduk sikit pusing lebih.
Ini version filem Tamil
lawak bola @ isuhangat
Ini version filem Hollywood yang tak habis-habis nak mengaitkan Islam dengan teroris
lawak bola @ isuhangat
Hahaha, gambar di bawah pula tiada kena mengena dengan Zidane tapi berkaitan denganPiala Dunia, pemain Brazil yang buat silap sehingga Brazil tak berjaya menjaringkan gol semasa bertemu dengan Portugal semalam.
lawak bola @ isuhangat
Kemunculan Mr Bean yang perasan menjaringkan gol yang melemahkan semangat pemain Brazil huhuhu..bola..bola..bola.
Share


Jenazah Bayi Yang Sangat Aneh Di Thailand

Di Thailand, seorang peladang bermimpi , anak kecilnya yang meninggal 3 hari yang lalu, merayu kepadanya hendak dipindahkan di tempat yang lain kerana “penghuni-penghuni” tanah perkuburan sana sering mengacaunya.
Bila peladang itu terbangun pada esok hari itu, dia menggali pusara anaknya dan terkejut melihat jasad anaknya lebat dengan rambut, tangannya yang berkuku dan bergigi.
Hingga sekarang, peladang dan isterinya akan kerap mencukur rambut anaknya yang bertumbuh dan memotong kuku-kukunya. Kini, rumah mereka menjadi perhentian orang ramai untuk mendapat “berkat” daripada roh bayi yang aneh ini.
http://dunia-panas.blogspot.com/2010/06/jenasah-bayi-yang-sangat-aneh-di.html
Share

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.