oleh: Hisham Halim

kalau sebelum ini, rakan seperjuangan mereka iaitu anggota-anggota polis yang tersenyum lebar selepas menerima kenaikan gaji, semestinya anggota tentera juga patut menerima tempias kenaikan gaji. Tahniah kepada anggota polis. Jalankanlah tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin. Walaupun tugas Tentera dan Polis mempunyai misi yang sama iaitu bertanggungjawab memastikan keselamatan negara terjamin tetapi ada juga perbezaannya yang lain……..
Prosedur kenaikan gaji tentera dilihat memerlukan tentera merayu manakala polis tidak perlu membuat sebarang rayuan. Tampak begitu mudah sekali. Kebajikan mereka (tentera) juga perlu disegerakan. Setakat ini, Malaysia mempunyai lebih 120,000 anggota tentera daripada pelbagai pangkat yang berkhidmat dengan pasukan ATM seluruh negara.
tentera22 Kenaikan Gaji Tentera 2010? Naik Gaji Lagi..KOTA BHARU, 31 Mei – Kajian sedang dilakukan bagi mewujudkan pelarasan baru untuk memberikan kenaikan gaji tentera (ATM) berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan yang menetapkan bahawa gaji anggota ATM perlu lebih tinggi dari penjawat awam yang lain.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, apa yang dilihat sekarang ialah gaji anggota tentera lebih rendah berbanding dengan gaji penjawat awam yang lain, sedangkan pada dasarnya ia sepatutnya lebih baik.
“Berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 256 (21) yang dibaca bersama Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, menetapkan gaji angkatan tentera mesti kanan dari anggota Polis Diraja Malaysia dan jabatan lain.”Sebenarnya sudah tinggi (gaji anggota ATM), tetapi disebabkan ada perubahan pada tangga gaji kakitangan awam sebelum ini, menyebabkan gaji kakitangan awam lain dilihat lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Desa Pahlawan di sini hari ini.
Dr. Abdul Latiff berkata, oleh itu berdasarkan peruntukan tersebut, satu kajian sedang dijalankan bagi menentukan anggota ATM mendapat kenaikan gaji sejajar dengan kedudukan dan kebolehan mereka. Bagaimanapun pelaksanaannya akan dibuat berdasarkan kepada keadaan ekonomi negara, katanya. Sumber BERNAMA
Bukan calang-calang taraf dan kedudukan anggota tentera. Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan bahawa Perkhidmatan ATM merupakan perkhidmatan terkanan di antara Perkhidmatan Awam yang lain. Ini bermaksud kedudukan Angkatan tentera Malaysia (ATM) lebih tinggi daripada PDRM dan Perkhidmatan Awam yang lain. Berpandukan ini, kenaikan gaji tentera mestilah ‘superior’ dari gaji kakitangan awam yang lain temasuklah anggota polisdan polis
  1. Perkhidmatan Tentera
  2. Perkhidmatan Polis
  3. Perkhidmatan Awam.
Keputusan ini dibuat berdasarkan fakta bahawa tempoh perkhidmatan Tentera adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan perkhidmatan Polis dan Awam, di samping risiko tugas dan persekitaran tempat kerja yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, perbezaan di antara ketiga-tiga perkhidmatan itu perlulah dikekalkan dengan memberi gaji permulaan yang lebih baik kepada Angkatan Tentera. Jika berlakunya kenaikan gaji tentera sekalipun, inilah hak mereka seperti yang telah termaktub disamping perjuangan serta pengorbanan  yang telah mereka lakukan.
http://beritasemasa.com/kenaikan-gaji-tentera-2010-naik-gaji-lagi
Share

4 comments:

  1. Anonymous says:

    naik gaji..

  1. saya setuju gaji tentera dinaikkan
    mereka memang berhak

  1. Anonymous says:

    mmg btul tu....tentera mmg berhak...

  1. zifran says:

    saya setuju gaji angota tentera di naik kan dan di selaraskan semua.

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.