oleh: Hisham Halim


Ex Rahmat diswastakan sebagai monumen sejarah di Lumut

Kerajaan negeri Perak akan menswastakan Kapal Diraja (KD) Rahmat yang dilucutkan tauliah oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2004 untuk dijadikan monumen sejarah dan rekreasi di Lumut tidak lama lagi. 

 KD Rahmat diambil kerajaan negeri daripada TLDM pada 2008 untuk dibaik pulih dan dijadikan muzium namun ia memerlukan kos yang tinggi.

\keputusan penswastaan yang diberikan kepada Syarikat Plus Asia Jaya (Perak Sdn Bhd) itu dibuat dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini dan syarikat berkenaan akan memajukan projek pelancongan bernilai RM150 juta di kawasan empat hektar di pesisiran laut berhampiran kapal itu.

"Semua peralatan dalam kapal itu (KD Rahmat) dikekalkan kerana ia akan menjadi antara daya tarikan pelancong untuk menikmati suasana sebenar apabila berada dalam kapal tersebut," katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di sini, hari ini. 

KD Rahmat sebelum ini dikenali sebagai KD Hang Jebat itu, adalah kapal frigat ringan seberat 2,300 tan. Ia adalah antara model rekaan firma Yarrow untuk TLDM. 

Kapal itu adalah kapal perang pertama TLDM yang dilengkapi sistem antiudara iaitu Sea Cat dan telah ditauliah pada 1972. 


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.