Syarikat telekomunikasi Bulgaria batalkan pendaftaran 0888-888-888 selepas semua pemiliknya mati 

APA kaitan nombor telefon dan ajal? Mungkin tidak bagi kita, tetapi inilah yang berlaku di Bulgaria apabila nombor telefon bimbit 0888-888-888 dilabelkan sebagai nombor maut sehingga memaksa sebuah syarikat telekomunikasi membatalkan pendaftarannya nombor berkenaan.


Pemilik pertama nombor itu, Vladimir Grashnov, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telefon bimbit Bulgaria yang mengeluarkan nombor berkenaan, Mobitel, meninggal dunia pada tahun 2001 akibat barah pada usia 48 tahun. 


Selepas kematian Grashnov, nombor itu digunakan pula ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov. Ibarat satu sumpahan atau mungkin secara kebetulan, Dimitrov pula ditembak mati pada 2003 oleh penembak upahan di Amsterdam, Belanda..


Tidak lama kemudian, nombor 0888-888-888 diberikan kepada ahli perniagaan yang juga samseng, Konstantin Dishliev. 
seorang ejen hartanah, menjalankan operasi penyeludupan kokain besar-besaran secara rahsia .Malangnya,  ditembak mati di luar sebuah restoran India di Sofia, selepas menggunakan talian yang dianggap membawa malang itu. 
. . 

Chuck Peck, adalah salah seorang daripada 25 mangsa yang maut dalam nahas keretapi pada 12 September 2008 itu. Sejak tragedi itu, keluarganya menerima panggilan yang dibuat daripada telefon bimbit Peck tetapi tiada suara yang kedengaran. 


Beliau terus menjerit: “Kami sayangkan ayah. Bertahan. Mereka akan selamatkan ayah.” 

Panggilan terhenti pada jam 3.28 pagi dan tiada seorang pun anggota keluarga Peck menerima sebarang panggilan. Sejam kemudian, pasukan bomba Los Angeles menemui mayat Peck. Pegawai koroner berkata, beliau mati serta merta sejurus kemalangan. 

Mungkinkah ia panggilan dari dunia lain? Atau sekadar teknologi yang mengalami masalah? Jawapan itu masih belum ditemui sehingga kini walaupun fenomena ‘panggilan daripada orang mati’ sudah menjadi satu cerita legenda.

Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.