oleh: Hisham Halim


1. Satu kesilapan besar era pemerintahan lalu adalah membatalkan projek Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor. Walaupun sudah lama isu ini tenggelam, Tun Mahathir tetap mengatakan "YA" bagi tujuan pembinaan jambatan ini.


2. Cadangan ini telah diambil kesempatan oleh Negara Kota Singa dengan membuat benyak tawaran yang tidak relevan. Tawaran termasuk isu pasir, isu penggunaan ruang udara Johor dan Singapura sengaja melengah-lengahkan cadangan ini. Cadangan yang bermula sewaktu pemerintahan Dr Mahathir telah dilengahkan sehingga sekarang. Walaubagaimanapun, Malaysia akur dengan singapura sewaktu pemerintahan Pak Lah yang memutuskan untuk tidak meneruskan projek mega ini. Singapura menang dek kerana kepimpinan Malaysia yang "boleh makan"!!



3. Hari ini pencetus idea 1 Malaysia telah bangkit bagi meneruskan kerja sekerat jalan ini. Cuma yang berbeza kali ini adalah hasil rundingan tidak lagi akan menentukan samada jambatan akan dibina atau tidak,tetapi hanya akan menentukan bentuk jambatan tersebut. Jika Singapura memberi persetujuan maka bentuk jambatan akan menjadi lurus iaitu bentuk yang sepatutnya memandangkan tiada halangan fizikal dikedua-dua belah selat. 


4. Tetapi jika Singapura memberi keputusan sebaliknya maka Malaysia tetap akan membina jambatan disebelah wilayah.Malaysia sahaja dan bentuk jambatan akan menjadi bersimpang siur kerana terdapat kekangan fizikal disebelah wilayah Singapura. Lagipun, faktor ekonomi turut mempengaruhi dengan pembinaan jambatan ini. Tidak mengapa asalkan membawa kebaikan kepada Malaysia.

5. Ketegasan Malaysia sebenarnya telah meletakkan Singapura berada dalam keadaan serba salah yang pada hakikatnya jarang ditempuhi oleh pemimpin mereka.Gambaran sebegini sudah tentu tidak baik bagi kepimpinan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong lebih-lebih lagi pilihanraya republik itu dijangkakan akan berlangsung tidak lama lagi. Tunduk dengan kehendak Malaysia membuktikan kepimpinan Singapura lemah. 

6. Itulah hakikat sebenar Singapura. Pada post yang akan datang saya akan membincangkan mengenai kebaikan jambatan bengkok ataupun lurus.. 

http://web.utm.my/centepis/index2.php?option=content&do_pdf=1&id=467


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.