oleh: Hisham Halim

1. Filem  Sex and the City 2 (SATC 2) dianggap mempersenda agama dan orang Islam. Sekuel yang mula ditayangkan minggu ini menyaksikan watak utama, Carrie Bradshaw dan rakannya berkunjung ke Abu Dhabi.
“Ada beberapa perkara dalam filem itu yang cuba memberi tafsiran politik tidak tepat. SATC 2 bertemakan wanita dan terang-terang anti-Islam, yang bermaksud ia mungkin mengundang pandangan liberal.”
“Saat paling melampau apabila orang yang masuk campur diselamatkan sekumpulan wanita Islam yang menanggalkan jubah hitam mereka untuk mendedahkan pakaian ala Barat di sebaliknya,” 
2. Ia seolah-olah filem yang membanggakan diri sendiri. Ia membawa gadis Sex and the City ke Asia Barat supaya mereka boleh bersikap hidung tinggi terhadap politik jantina rantau itu. Pemikiran di sebalik filem itu (ditulis dan diarah oleh Michael Patrick King) tersembunyi. Bermula dengan perkahwinan gay melampau!
“Kemudian hantar wanita ke Abu Dhabi supaya mereka boleh menghuru-harakan keadaan dengan seksualiti mereka! Selepas itu, mereka perkecilkan wanita memakai niqab namun adegan selepas itu menonjolkan penyatuan feminis! Mereka kelihatan hebat di padang pasir dan disaksikan pemuda Arab muda.”
3. Pembuat filem itu gagal mendapat kebenaran melakonkan filem terbabit di bandar Teluk terbabit oleh pihak berkuasa dan adegan itu sebaliknya diambil di Maghribi, namun skrip filem masih mengekalkan suasana di Abu Dhabi.

http://neutraldaily.blogspot.com/2010/05/filem-sekuel-sex-and-city-hina-islam.html


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.