1. Hal ini kecoh di Mesir apabila ahli parlimennya menyeru supaya proses mengimport selaput dara palsu ini dihentikan. Ada juga yang mencadangkan supaya ditangkap sahaja orang yang bertindak membawa masuk produk itu kedalam negara Islam.

2. Alat bernama Artificial Virginity Hymen itu diedarkan oleh perusahaan China, Gigimo, dengan harga 30 dollar AS (RM103.97). Alat ini tidak ada tujuan lain melainkan untuk mengaburi mata sang suami yang tolol. Ia bertindak dengan mengeluarkan cecair waran darah apabila "ditembusi". Gigimo sudah mengiklankan produknya di seluruh negara-negara Arab. Sebahagian besar warga Timur Tengah masih menganggap dara adalah wajib dimiliki oleh bakal seorang isteri termasuklah negara kita. Jadi kuasa membeli yang begitu kuat akan wujud samada membeli secara terpaksa ataupun secara dirancang.





3. Sheik Sayed Askar, anggota Persaudaraan Muslim Mesir berkata alat itu akan menggalakkan maksiat sekaligus menggalakkan perempuan untuk melakukan hubungan seks sebelum nikah. Harus diingatkan bahawa budaya timur dan budaya islam tidak mengajar perkara sebegini. Ini semua adalah pengaruh barat. Gadis barat yang mana berusia hampir 18 tahun 100% boleh dikatakan tidak ada dara lagi. Dara diserahkan kepada teman lelaki ataupun dijual. Jangan terkejut sekiranya ada gadis yang menjual dara. Perkara ini sebenarnya memang sudah berlaku.



http://pulakdah.blogspot.com/2009/10/selaput-dara-palsu-di-mesir.html
Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.