oleh: Hisham Halim


1.Berhubung isu yang mana pada Jumaat minggu lalu, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh telah membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.


2.Tujuh perkara yang menjadi titik pertikaian yang dikemukakan oleh PGSM 

     1. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993 JELAS memperuntukkan bahawa  pemohon yang beragama Islam sahaja yang layak. 

     2. Syarat ini telah diluluskan oleh YDPA dan telah pun diwartakan sebagai kaedah atau peraturan, dan telah dilaksanakan. 

     3. Syarat Islam untuk permohonan sebagai Peguam Syarie juga TERDAPAT di negeri-negeri lain - seperti Kedah, Kelantan, Melaka, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Bagi negeri lain ada syrat-syarat yang tertentu. 

     4. PRINSIP dan amalan Peguam Syarie di Mahkamah Syariah adalah berasaskan kepada prinsip ‘Wakalah bi al-Khusumah.’ Wakil salah satu nama-nama Allah bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala urusan orang yang diwakilkannya.

     5. PERANAN UTAMA Peguam Syarie juga membantu Mahkamah dan Hakim Syarie – iaitu dalam soal dakwaan, keterangan, bukti, hujah, qarinah, ikrar, khidmat nasihat kepada anak guam tentang hukum-hakam Islam dan soal prosiding mahkamah, pendamai/mediator, membuat rayuan dll. Macammana non-muslim nak keluarkan dalili-dalil dalam menyokong dakwaannya. Jangan jadi dalili ahli poitik...!!

     6. Bolehmembuka ruang kepada kes-kes percubaan keluar agama dan menghina agama Islam.

     7.  Mahkamah Syariah menjadi hak eksklusif orang Islam. Segala-galanya adalah untuk Islam. Takkan non-muslim nak masuk campur.

3.  Terdapat 3 cadangan yang  perlu dilakukan ialah Negeri-negeri yang tidak meletakkan syarat ISLAM dalam Kaedah atau Peraturan Peguam Syarie SEGERA berbuat demikian.Mufti-Mufti Negeri mengeluarkan FATWA RASMI di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri bahawa hanya orang ISLAM sahaja boleh menjadi Peguam Syarie. Victoria Jayaseele Martin mempertimbangkan semula permohonan semakan beliau dan adalah lebih baik permohonan tersebut di DITARIK BALIK, demi keharmonian Islam dan agama-agama lain di negara ini.

4. Sesungguhnya undang-undang manusia itu adalah tidak sempurna melainkan hukum hakam daripada ALLAH.. Sekian...

http://peguamsyarie.org/?p=1356


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.