1. 13 Mei datang lagi. Saya mempersoalkan kepada anda semua...  13 Mei ada apa. Oh ya... Nasib baik tolong ingatkan.. Cerita Robin Hood kat wayang !! mungkin itu jwpan yang kita akan terima. Sedih!! Anak bangsa yang tidak tahu sejarah bangsa.  Bilamana negarawan kita Tun Mahathir kata Melayu Mudah Lupa!! oooo.. mungkin laa...... Jangan biarkan tragedi 13 Mei berulang...

2. Pada 13 Mei 2010, bermakna telah 41 tahun berlalu sejak tercetusnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969. Sudah terlalu matang bukan. Miungkin sudah terlupa agaknya..Ada diantara kita sudah dewasa ketika itu, ada masih kanak-kanak dan malah ada yang belum lahir pun. Tetapi peristiwa itu terus terpahat dalam sejarah negara, satu malapetaka pahit, satu babak yang malang dan kadangkala mencetuskan ketidakselesaan apabila sahaja ia disebut atau diketengahkan sebagai bahan bicara. Apabila dibicar secara terbuka.. Nah !! Akta Hasutan menjadi kemestian...

Apa yang sebenarnya berlaku pada hari berkenaan, selang beberapa waktu selepas Pilihanraya Umum ke 3?

Banyak versi, banyak catatan dan laporan yang dibuat dan boleh dibaca. Yang nyatanya banyak nyawa anak-anak tempatan, Melayu, Cina dan India terkorban lantaran peristiwa malang itu. Ramai yang tercedara, banyak harta benda musnah.

Hari ini apabila kita menoleh ke belakang, tiada siapa yang mahu berbangga dengan apa yang telah berlaku. Orang Melayu, orang Cina, orang India semuanya mahu melupakan sahaja insiden itu. Biar ia pergi berlalu jauh meninggalkan kita. Yang pentingnya apa yang kita pelajari dari perisitiwa itu dan apa yang seharunya kita lakukan bagi memastikan ianya tidak berulang lagi.

Kita harus insaf bahawa isu perkauman, warna kulit dan kepercayaan jangan sekali-kali dibiarkan menyala sehingga marak membakar. Elakkan dari menyumbang ke arah menyalakan api puaka itu. Api yang menghantui kita semua...

Orang Melayu, Cina dan India perlu saling terima menerima antara satu dan lain. Hormat-menghomati, faham-memahami adalah konsep penting dalam membina kekuatan negara dan mengelakkan ketegangan. Jika kita cinta negara ini, jika kita mahu hidup bersama di atasnya, aman, makmur dan sejahtera maka bersedialah untuk berkongsi bersama bumi ini, bersedialah bertolak-ansur dan berkorban.

Jangan berpolitik sehingga kita memusnahkan apa yang telah dibina sekian lama. Fikirkan kelangsungan negara ini, fikirkan nasib, kebajikan dan masa depan anak-anak kita.

Jangan ada 13 Mei lagi di sini. Mari kita terus melangkah dengan perpaduan kaum yang kental dan persefahaman yang terjalin mesra. Campakkan ke tepi apa sahaja perbezaan yang mungkin menyakiti atau mencetuskan ketegangan sesama kita. Mari kita bersama membina sebuah Malaysia yang selamat buat semua.

fikir-fikirkanlah..

 sumber :detikdaily


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.