1.

Tun Mahathir telah menulis dalam blog beliau (chedet.co.cc) pada 29 April 2010 mendakwa bahawa dua blok minyak L dan M telah diberikan kepada Brunei oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah sebagai tukaran bagi Limbang yang menjadi pertikaian kedua buah negara sejak 1963. Banyak betul benda yang di pertikaikan oleh Dr Mahathir. sehinggakan sanggup keluar UMNO sekiranya Pak Lah masih berkuasa..





2.    Dakwa Tun Mahathir bhawa

negara kehilangan hasil bernilai anggaran USD100 bilion bersamaan RM320 bilion ringgit dari tindakan tersebut dan mahukan penjelasan Kerajaan berhubung perkara ini.


Tun Abdullah yang menandatangani Pertukaran Surat pada Mac 2009 menjelaskan bahawa perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan oleh Kabinet dan Malaysia  dimana ikatan 40 tahun usaha sama dalam mengekploitasi hasil bumi ni.








3. Perkembangan baik yang membuka lembaran baru hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu adalah hasil daripada rundingan sukar selama 20 tahun antara Malaysia dan Brunei mengenai pelbagai isu termasuk maritim dan sempadan.




Kalau dilihatkan kepada segi geografi kawasan tersebut berada di dalam kawasan bertindih dan ia lebih hampir kepada Brunei. Pada kebiasaannya jika berlaku tuntutan "bertindih" sebegini,tiada apa yang boleh dilakukan kerana sebarang eksplorasi minyak/gas hanya akan mengundang ketegangan dengan pihak yang satu lagi.






Apabila ketegangan semakin memuncak selain ianya mungkin boleh mengundang pertembungan fizikal/ketenteraan, penyelesaian di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda pastinya akan mengambil masa yang lama. Sepanjang tempoh itu pastinya sebarang bentuk eksplorasi akan ditegah sehingga keputusan mahkamah diputuskan.






Dalam keadaan sekarang selain daripada eksplorasi minyak/gas dapat dijalankan hampir serta-merta, kedua-dua negara akan berkongsi kemakmuran di kedua-dua blok tersebut iaitu Blok L & M. Petronas juga akan dapat peluang untuk berkerja sama dengan Brunei dan mungkin selepas usaha sama ini, Petronas bakal berpeluang untuk memonopoli eksplorasi minyak/gas di negara Brunei. 




Kawasan Limbang juga mungkin akan terus kekal dalam Malaysia tanpa bantahan Brunei dan ikatan kekeluargaan yang telah terbina sejak beratus-ratus tahun akan semakin kuat dan utuh.








Perlu diingat selama 52 tahun kita merdeka, Negara Brunei adalah merupakan sebuah negara jiran tetangga yang baikTidak pernah sekalipun berlaku pertelingkahanmaupun ketegangan dengan negara ini.








http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/05/edaran-segera-isu-dua-blok-minyak-yang.html














Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.