1. Masyarakat dunia khususnya dunia Islam mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis itu. Dan seperti kebiasaan, Amerika Syarikat (AS) sebagai penyokong setia Israel mempertahankan setiap serangan tersebut sebagai tindakan membalas penentangan pejuang Hamas.

2. Fakta bahawa penentangan Hamas adalah tindakan membela diri akibat penindasan Israel, sekatan ekonomi yang menyebabkan 500,000 anak Palestin kebuluran diketepikan. Inilah hakikat peperangan sekarang.

 3. Menyedari hakikat ini, Pengerusi Kehormat PGPO Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat bantuan sebanyak RM1.5 juta daripada Tabung Kemanusiaan Palestin bagi membeli dua kapal yang akan digunakan untuk  konvoi  ke Gaza . Kapal itu kini dalam perjalanan dari Ireland ke pelabuhan di Cyprus sebelum berlepas ke Semenanjung Gaza bersama konvoi Free Gaza Movement.

4. Konvoi ini akan disertai lebih lapan kapal yang akan membawa bekalan perubatan dan bahan binaan asas untuk membantu masyarakat Palestin di Gaza

Cuaca di Semenanjung Gaza ketika musim sejuk boleh mencecah -0 darjah selsius sehingga boleh menyebabkan kematian kepada warga tua dan kanak-kanak, oleh itu masyarakat di sana memerlukan kediaman yang lebih sempurna berbanding khemah yang didiami mereka ketika ini“  - metro

5. Sebaik tiba di perairan Semenanung Gaza, konvoi berkenaan dijangka akan berhadapan dengan armada laut Israel yang mengepung perairan itu sejak sekian lama.

“Kita harap kerajaan Israel akan tunduk dengan desakan masyarakat antarabangsa agar konvoi kita dibenarkan memasuki Gaza tanpa sebarang sekatan” 



6. Semoga misi ini dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang penyelewengan.


http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/01/tun-dr-mahathir-mohamad-negarawan-ulung.html

Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.