Perkauman

2. Saya tidak faham mengapa pula dengan membuat rumusan bahawa merosotnya sokongan kaum Cina kepada BN sebagai satu isyarat agar Perdana Menteri mengkaji semula polisi-polisi seperti 1 Malaysia dan Model Ekonomi Baru boleh dianggap sebagai bersifat rasis. BN harus mencari jalan menarik sokongan pengundi. Jika polisi sedia ada tidak mendapat sokongan maka ia harus dikaji semula. Apakah ini dianggap rasis?


3. Saya tidak pernah menyatakan supaya BN menghukum pengundi Cina atau menarik balik bantuan kepada kaum Cina hanya kerana mereka tidak menyokong BN. Sesiapa juga tidak boleh marah kaum Cina jika mereka tidak mengundi BN kerana itu adalah hak mereka sebagai rakyat negara ini. Semua orang mengundi atas sebab dan kepentingan tertentu. Ini adalah hakikat yang perlu diterima.

4. Apa yang saya nyatakan juga ialah satu pandangan bahawa sokongan kaum Cina kepada PKR merupakan satu usaha mengukuhkan DAP di Selangor bagi menguatkan kuasa kaum Cina. Jika MCA dan Gerakan mempunyai pandangan yang lain mereka juga boleh nyatakan.

5. MCA dan Gerakan bertanggungjawab memberi penerangan dan penjelasan kepada generasi muda kaum Cina mengenai konsep Barisan Nasional dan juga konsep perkongsian kuasa antara kaum di negara ini. Apakah ini dilakukan hari ini? Berapa ramai anak muda kaum Cina memahami dan menghayati konsep ini? Apa yang saya dapati kebanyakan anak muda Cina sekarang terpisah jauh daripada akar sejarah pembentukan negara ini dan mudah dihasut oleh DAP.

6. Mengapa mudah sekali melabelkan orang Melayu bersikap rasis hanya kerana membicarakan kepentingan Melayu tetapi tidak pula dianggap bersikap rasis jika kaum bukan Melayu bercakap mengenai kepentingan kaum mereka?

7. Saya juga mendapati ada kecenderungan MCA dan Gerakan menyalahkan Perkasa atas kemerosotan sokongan kaum Cina. Perkasa bukan entiti Barisan Nasional mahu pun UMNO. Kumpulan mereka terdiri daripada orang Melayu pelbagai lapisan umur dan fahaman politik termasuk NGO-NGO Melayu yang cenderung kepada Pas dan PKR sebelum ini.\


8. Justeru itu, MCA dan Gerakan sepatutnya turun ke bawah menerangkan kepada pengundi Cina bahawa Perkasa adalah NGO Melayu yang tiada kena mengena dengan BN, sama seperti Dong Jia Zhong dan lain-lain pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina. Apakah dengan adanya hubungan MCA dan Gerakan dengan pertubuhan ini maka orang Melayu dan UMNO tidak akan mengundi calon BN dari MCA?

9. Soalnya sanggupkah MCA dan Gerakan menjadi parti yang mengimbangi antara kehendak kaum Cina dan kepentingan semua kaum dan negara dengan turun ke bawah membawa penjelasan yang rasional? Atau MCA dan Gerakan juga sekadar mahu menarik sokongan kaum Cina dengan menjadi juara kepentingan kaum sahaja seperti DAP?




Keadilan

10. Saya bersimpati dengan kejadian yang menimpa adik Amirulrasyid Amzah yang ditembak oleh pihak polis beberapa hari lalu. Tiada keluarga yang akan dapat menerima pemergian seumpama itu bagi anak berusia 15 tahun ini. Malahan Saya percaya anggota polis terbabit juga turut bersedih dengan kejadian tersebut.

11. Namun adalah sangat tidak wajar kesedihan ini dijadikan isu politik oleh beberapa ahli politik yang mahu mencari publisiti bukannya keadilan. Jika keadilan yang mahu dicari maka biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan terlebih dahulu, maka jika tidak berpuas hati tuntutlah diadakan suruhanjaya diraja sekalipun.

12. Ketika kita tidak mahu nama allahyarham "dihukum" sebelum penyiasatan selesai, anggota polis terbabit dan seluruh pasukan Polis tidak sewajarnya dicemuh dan diburukkan sebelum terbukti siapa benar.

13. Sikap pemimpin politik Pakatan yang mahu mengadakan perbicaraan dan penghakiman melalui media (trial by media) sangat tidak munasabah dan tidak wajar.

14. Saya berharap keluarga allahyarham adik Aminurasyid bersabar menanti siasatan selesai dan tidak terpengaruh dengan hasutan-hasutan pemimpin politik yang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas tragedi yang menimpa keluarga mereka. YAB Perdana Menteri sendiri telah berjanji bahawa semua siasatan akan dijalankan secara telus dan adil.




Kesejahteraan

15. Kerajaan perlu memberi perhatian serius kepada cadangan Asas Serba Sdn. Bhd. (Asas Serba) untuk mengambil alih semua konsesi tol di negara ini.

16. Kadar tol yang tinggi merupakan antara punca kemarahan rakyat kepada BN dalam pilihan raya lalu. Jika syarikat ini mampu menurunkan kadar tol sehingga 20%, menjanjikan tiada kenaikan tol dalam tempoh yang panjang dan memansuhkan semua tuntutan subsidi kerajaan maka ia harus diberi peluang melaksanankannya.

17. Tidak penting siapa di belakang syarikat ini. Asalkan ia mampu melaksanakan segala janjinya maka ia harus diberi peluang. Ini bukan sahaja akan mengurangkan beban kewangan kerajaan malah beban politik BN.

18. Cuma saya berharap perlu ada perjanjian bahawa jika syarikat ini gagal melaksanakan janji mereka maka kerajaan dibenarkan mengambil alih semula konsesi ini tanpa sebarang kos. Kita tidak mahu pada masa akan datang kerajaan terpaksa mengeluarkan kos berbilion ringgit untuk "menyelamatkan" (
bail out) syarikat ini jika ia rugi.

19. Saya berharap kemelut tol ini dapat diselesaikan demi kesejahteraan rakyat.














Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.