1. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menahan 84 kenderaan awam Thailand yang didapati membawa penumpang di negara ini dalam Ops Checkmate sejak 1 Mac lepas.Ditahan kerana  melanggar Seksyen 33 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987 dan sebagai kenderaan awam di Thailand, mereka tidak dibenarkan membawa penumpang atau barang dalam negara ini sebaliknya mereka boleh menggunakan khidmat pengangkutan awam di sini.

2. Pemandu kenderaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan selepas membayar kompaun itu, mereka diarah pulang ke Thailand atau menghadapi risiko ditahan semula jika didapati masih beroperasi di atas jalan raya negara ini.Para pelancong yang memasuki Malaysia supaya menggunakan kenderaan awam negara ini untuk ke destinasi pilihan mereka.


3. Sebagai tindakbalas pihak berkuasa Thailand.. Mereka telah bertindak menahan mana-mana kenderaan no pendaftaran Malaysia yang melalui Danok. Sasaran utama ialah kenderaan van, bas yang membawa pelancong. Mereka mengarahkan sekiranya untuk meneruskan perjalanan kedalam Thailand. Harus menggunakan kenderaan milik warga Thailand. Yang dibenarkan hanyalah ahli keluarga sahaja.

4. Rentetan dari perkara ini, negara akan mengalami kerugian dari aspek pelancongan. Mungkin tidak banyak menjejaskan sektor ini, tp ianya cudah cukup untuk emberi kesan kepada penduduk sekitar kawasan yang bergantung penuh kepada perlancongan. 

5. Saya harap kerajaan dapat melakukan tindakan segera. Semalam TV3 menyiarkan adun bukit kayu hitam terpaksa turun padang bagi menangani isu ini. Jangan sampai wiliyah yang bergolak ini turut "menggolakkan" negara kita.... Kita bimbang perkara ini akan menjadi api permulaan. 

Fikir-fikirkanlah....
Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.