1.Dua hari lepas dekat akhbar melaporkan pasal bayi yang ditinggalkan didepan pondok dekat surau. Bagi saya, ibu/bapa kepada bayi itu masih ada nilai kemanusiaan walaupun hampir menyamai kebinatangan.Lebih mengejutkan hari ini, Utusan melaporkan ada lagi bayi yang ditemui dibuang. Dihanyutkan arus deras Sungai Kelang. Diselamatkan oleh pemancing. Tetapi hanya mampu melihat sekujur tubuh kecil tak bernyawa. Entah besok,lusa bayi mana pula akan dibuang.???
2. Hampir setiap hari kita mendengar kes-kes buang bayi yang berlaku di mana-mana di seluruh negara. Paling memilukan apabila ada bayi yang dibakar di tempat pembuangan sampah. Tidak cukup dengan itu, ada juga bayi yang dibuang menjadi makanan kepada burung-burung gagak. Apalah dosa bayi-bayi itu apabila diperlakukan sebegitu. Memang nilai kemanusiaan sudah berkurangan dalam diri masyarakat kita hari ini. 
3. Kempen Kami Prihatin ini telah digerakkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 22 Mac lalu ekoran gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang semakin menjadi-jadi. Statistik pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak pada ketika ini cukup menyedihkan apabila sebanyak 407 kes pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan dilaporkan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak empat tahun lalu. 
4. Apa yang menarik, hampir kesemua kes anak luar nikah ini adalah hasil daripada Org Melayu. Padahal kaum lain pun masih wujud di muka bumi Malaysia ini. Jadi konsep anak orang,anak kita  akan dapat menyemai perasaan sayang akan generasi rebung ini. Ingatlah kawan-kawan.. binatang pun tau jaga anak..

http://ohmalaysia.com/blog/kempen-cegah-pembuangan-bayi-kami-prihatin-dilancar/






Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.