1. Earth Hour ialah aktiviti secara global yang dianjurkan oleh WWF dan diadakan setiap Sabtu terakhir di bulan Mac secara tahunan. Ia memerlukan setiap bangunan rumah mahupun perniagaan untuk menutup lampu yang tidak digunakan dan barangan elektrik lain untuk tempoh selama satu jam demi meningkatkan kesedaran mengenai perlunya mengambil tindakan terhadap masalah pemanasan global yang semakin meruncing.

2. Ketika Earth Hour mula dilancarkan di Sydney, Australia pada 2007, seramai dua juta manusia memadamkan lampu. Tahun lalu, jumlah itu melonjak kepada 50 juta orang berikutan meningkatnya kesedaran sejagat untuk menyelamatkan bumi daripada ancaman pemanasan global. Ia semakin meningkat pada setiap tahun.

3. Pada tahun ini mencatatkan penglibatan dari 126 buah negara di seluruh dunia.Biarpun tahun ini adalah kali pertama Malaysia menyertai kempen Earth Hour, inisiatif ini mendapat sokongan baik rakyat Malaysia sejak 2008 dengan usaha pelajar, badan NGO mahupun atas kesedaran individu.


4. Earth Hour dikenali dengan kesannya terhadap pengurangan penggunaan tenaga, namun tiada sebarang laporan yang diterima berkaitan penurunan kadar penghasilan tenaga oleh stesen penghasilan tenaga. Secara statistiknya pengurangan itu dianggap hanyalah hasil daripada tiadanya pelepasan karbon sahaja.

5. Tahun ini, Tenaga Nasional Bhd (TNB) merekodkan perubahan kecil semasa Earth Hour dijalankan iaitu sebanyak 203 megawatt berbanding 550 megawatt yang direkodkan pada tahun lepas. Majalah Herald Sun turut mengganggap usaha ini sebagai “menahan 48 613 buah kereta dari bergerak di atas jalan raya selama sejam”. Manakala seorang penulis kolum, Andrew Bolt telah mengkritik usaha ini dengan mengatakannya sebagai satu usaha yang sia-sia seolah mengurangkan hanya enam biji kereta di jalan raya setahun. 

6. Namun kritikan ini dijawab oleh penganjur Earth Hour dengan mengatakan usaha ini bukanlah hanya untuk mengurangkan pengurangan penggunaan tenaga elektrik selama sejam, namun ia lebih kepada usaha untuk memberi kesedaran mengenai pentingnya tindakan diambil demi mengatasi masalah pemanasan global oleh seluruh pihak di dunia.Persoalan yang wujud ialah adakah penglibatan dari masyarakat di seluruh dunia ini adalah kerana kesedaran atau ingin menjadi sebahagian dari kempen popular ini?

7. Menurut TNB, sambutan kali ini agak kurang berkemungkinan akibat cuaca kebelakangan ini yang panas. Hal ini menunjukkan berlakunya konflik dalam diri individu dalam menentukan kepentingan kempen ini terhadap mereka dan kelestarian masa depan. Kebanyakan mereka langsung tidak memahami tujuan diadakan kempen ini. Malah ia lebih kepada keseronokan menjadi sebahagian dari kempen tahunan dunia ini.


8. Turut ditambah ialah kenyataan Pengarah TNB, Dato Sri Che Khalib Mohd Noh untuk menyaman WWF kerana penganjuran kempen Earth Hour kerana berdasarkan statistik pada Earth Hour tahun lepas, kempen ini telah menyebabkan TNB menanggung kerugian berjuta ringgit. 

9. Selain itu, menurut The Christian Science Monitor, kebanyakan lilin yang digunakan sewaktu kempen selama sejam ini berlangsung mengeluarkan lebih banyak pelepasan karbon dioksida berbanding jika menggunakan lampu kalimantang.

10.Walaupun begitu akhirnya kempen seperti ini adalah sesuatu yang diperlukan demi memastikan kelestarian masa hadapan memandangkan jika tiada langsung usaha meningkatkan kesedaran berkaitan pemanasan global malah ditambah masalah lain seperti pembaziran tenaga, dunia bakal menjadi sebuah planet yang tidak mampu diduduki lagi pada masa depan.

http://greenportal.usm.my/beritakampus/articles.php?lng=my&pg=171


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.