Bulan Mei memberikan pengertian kepada seluruh warga guru kerana pada 16 Mei merupakan sambutan hari guru di Malaysia. Hari Guru yang disambut semenjak 1972 merupakan tarikh bagi menghargai jasa disebalik perjuangan guru-guru. 


Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu

Tema hari guru pada tahun ini masih seperti tahun sebelumnya iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ . Saya setuju dengan tema kerana guru merupakan individu yang penting dalam membina sebuah negara yang berjaya. Dengan bimbingan mereka maka lahirnya ramai manusia hebat di bumi tercinta ni.Guru memang seumpama ‘lilin yang membakar diri’. Sanggup bersusah payah untuk mengajar anak bangsa. Cukup respek dengan mereka sebab sanggup melayan karenah budak-budak yang kadangkala boleh membuat hati terbakar.

Terima kasih cikgu.. Jasamu tetap dikenang!!





Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.