oleh: Hisham Halim


1. Mengikut laporan akhbar hari ini bahawa Abuya sebenarnya tidak meninggal malahan mereka mengaangap bahwa Abuya akan hidup kembali untuk memimpin umat. Saya agak terkejut dengan kenyataan media ini. Apakah mereka ini sudah terlalu taksub.?
2. Justeru itu, Keluarga Allahyarham Ashaari Muhammad mengadakan pantomin bertajuk KALAHKAN NAFSU ABUYA PULANG sebagai memperingati kematian pengasas Al-Arqam Isnin lalu akibat jangkitan paru-parutetapi menegaskan, ia hanya diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat semata-mata.
“Pantomin itu hanya untuk sampaikan nasihat kepada masyarakat supaya sentiasa meninggalkan segala amalan yang negatif termasuk nafsu.
“Tajuk yang diberikan itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang maksud bahawa Allahyarham akan hidup balik, pulang bermaksud kembali ke tempat asalnya.
3. Kerajaan masih memantau pergerakan Al-Arqam, pertubuhan agama yang telah diharamkan 16 tahun lalu.Laporan media hari ini menyebut pengikut-pengikutnta percaya Ashaari atau lebih dikenali sebagai Abuya akan pulang semula dalam masa terdekat.
4. Konsert ini diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Ashaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.
5. Kenyataan bahawa Abuya akan kembali adalah untuk tidak melunturkan semangat ahli dan kakitangan dalam Global Ikhwan pihak keluarga terpaksa mengambil langkah tersebut.
“Sekiranya kami mengatakan Allahyarham telah pergi buat selama-lamanya bimbang syarikat Global Ikhwan akan kehilangan pekerja.
“Jadi kami terpaksa mengatakan sedemikian Abuya pulang jika kita teruskan perjuangan untuk membangkitkan semangat mereka.
“Kami tahu Allahyarham tidak mungkin akan hidup kembali cuma ia sebagai satu kata-kata semangat supaya nanti mereka boleh menerima pemergian Allahyarham,” katanya.
6. Abuya mempunyai 38 orang anak dan 200 orang cucu . Perniagaannya Global Ikhwan mempunyai 3,000 kakitangan dengan 1,000 cawangan di seluruh dunia termasuk Indonesia, Singapura, Thailand, Jordan dan Mesir.
......taksub atau tidak?? baca artikel ini..... 

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-sensasikan-kematian-abuya-kata-anak-ashaari/



Share

3 comments:

  1. Anonymous says:

    Mana ada orang mati hidup kembali. Fahaman yang karut dan kolot. Golongan kacukan arnab dan kambing ini tak mahu kembali kepangkal jalan.

  1. saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa komen pasal kenyataan ini. Kepercayaan orang apabila dipertikaikan akan kebenarannya kerana boleh menyebabkan pergaduhan yang besar. Namun, apabila melibatkan akidah... umat islam perlu melakukan sesuatu..!! Igatlah.. selemah-lemah iman.. nafikan kejahatan dengan hati diikuti dengan lisan seterusnya perbuatan.. Terima kasih

  1. Anonymous says:

    pelik2.. org mati x hidup dah la.. mereka akn di bgkitkan di akhirt kelak..

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.