Dalam pilhanraya sibu ini. Politik Sarawak adalah sangat unik. Sentimen perkauman tidak berkesan disini. Kalau di semenanjung. Politik perkauman menjadi tunjang utama dalam meraih undi. Berbeza di Sarawak. Sebagai contoh ialah Orang cina beragama islam. Hal ini merangkumi dua elemen parti. Jadi keunikan ini juga terhasil apabila lompat pakatan kerap berlaku. Sekejap menyokong sekejap menentang. Itulah hakikat politik sarawak.
 Ini adalah hasil kajian rambang dengan merujuk kepada hasil PRK Hulu Selangor:
Pecahan pengundi Sibu
Cina: 36,646
Melanau: 6,016
Bumiputra: 12,033
 Jumlah keseluruhan: 59,695
1. Pecahan pengundi yang diperlukan oleh PR
Cina: 27,484 (75%)
Melanau: 902 (15%)
Bumiputra: 1,804 (15%)
Jumlah keseluruhan: 30,190
 Lebihan: 685.
2. PR perlu berusaha untuk mendapatkan undi bangsa Malaysia Cina sekurang-kurangnya 80% dan bangsa Malaysia Melanau dan Bumiputera 10% untuk memenangi PRK ini.
3. Ini melemaskan BN sekira bentuk pendirian Bangsa Malaysia Cina di Hulu Selangor terus kekal di Sibu.
PR perlu menerangkan penyerahan wilayah maritim yang kaya dengan minyak dan gas kepada Brunei satu pengkhianatan dan penderhakaan kepada negara ini...

4. Ingatkan mereka bahawa AAMBALAT & LIMBANG kemungkinan besar akan diserahkan kepada negara asing sekiranya BN terus menguasai parlimen.Warga Sibu juga harus diterangkan tentang kes rasuah pembelian aset pertahanan sehingga dakwaan rasuah di buat di luar negara. 

5. Salah guna kuasa Ketua Menteri Sarawak yang mengkayakan keturunan beliau sahaja. PR perlu melakukan kaji silidik sepanjang hari tentang penerimaan calon PR.Kaji selidik hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 70% hingga 80% pengundi Sibu. Dari kaji selidik, PR boleh mengatur gerak tempur kawasan yang penerimaan yang lemah agar mereka berubah hati di saat akhir.

6. PR juga bersedia menyerang habis-habisan bukan lagi bertahan seperti di Hulu Selangor. Jadikan kedudukan menyerang 80% dan bertahan 20%. Gunakan segala khidmat internet sebaran bacaan kepada para pengundi.
Jangan lakukan sesi penerangan bersebelahan BN kerana ianya menyukarkan rakyat melakukan penilaian.
Jadual penerangan atau ceramah hendaklah boleh ubah kerana pertindihan ceramah antara BN dan PR bakal menyebelahi BN.

7. Ceramah dalam kelompok kecil iaitu di sebelah petang juga memainkan peranan. Ceramah boleh dilakukan di kedai-kedai kopi terutama sekali di kawasan bangsa Malaysia Cina. Ceramah sepusat tidak perlu diutamakan kerana ianya melibatkan kos yang besar kecuali di bandar Sibu. Peringatan juga haru diberikan kepada anggota tentera tentang janji manis PRK Bagan Pinang yang masih belum kunjung tiba.

8. Akhir sekali calon PR hendaklah menjelajah seluruh kawasan PRK Sibu. Lawatan berterusan dan berulang akan merapatkan calon dengan pengundi. Sampaikan wawasan calon secara konstant dan juga dapatkan maklum balas keperluan rakyat. Ini menunjukkan bahawa calon mula bekerja walaupun belum dipilih. Maklum balas rakyat hendaklah segera disalurkan kepada agensi kerajaan untuk melihat tindak balas mereka.Ini boleh dilakukan oleh wakil kepada calon dan segala tindak balas hendaklah direkodkan dan dihebahkan kepada pengundi.


sumber:harakahdaily


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.