1. Saya pernah menulis entry mengenai doktor lulusan UKM lari ke Singapura. Saya tertanya-tanya juga. Kenapa? Pelbagai andaian telah dibuat. Mana pergi patriotisme? Mungkin faktor gaji, budaya kerja ataupun mungkin faktor-faktor yang kita sendiri tidak tahu. Hari ini, pada ruangan "emel anda" Ghani Abd Rahman telah menjelaskan empat faktor kenapa doktor kita lari ke Singapura.


2. Pertama ialah faktor jangka masa menjadi doktor pelatih di Malaysia memakan masa hampir dua tahun berbanding Singapura yang setahun sahaja. Doktor pelatih ataupun dipanggil housemanship dikehendaki menjalani hidup sebagai doktor pelatih dalam tempoh dua tahun. Dah la 5-6 tahun dihabiskan masa untuk belajar. Alaih-alih kena jadi Dr Pelatih pulak!! Silap haribulan siap pakai nametag "trainee" padahal dah dua tahun berkhidmat. Kalau kat Singapura setahun sahaja. Tahun berikutnya sudah "kompetan"(mcm lesen memandu ler...)

3. Kedua ialah faktor waktu kerja doktor yang terlalu lama. Kadang-kadang lebih 35 jam. Bagi doktor trainee, kalau kena on-call lagi letih.macam mana nak fokus apabila menjalankan tugas.. Saya pun kurang arif sgt pasal jadual penugasan doktor.. namun.. apa yang dipertikaikan....

....... Mengapakah doktor tidak bekerja mengikut giliran? Mengapakah pihak kementerian boleh membenarkan perkara ini berlaku?..                  -pengirim emel Metro

4. Ketiga ialah faktor doktor senior yang fuck up!!! Selalu menghina dan menengking Dr Pelatih. Saya tidak tahu sejauhmanakah serius perkara ini. Tp, kalau perkara ini sekadar "biasa-biasa" ..Masakan doktor ini cabut ke Singapura.. Mungkin sekadar alasan ataupun memang satu kebenaran....


5. Keempat ialah faktor bebanan tugas terlalu banyak untuk doktor pelatih. Contohnya ialah prosedur yang senang pada peringakat jururawat seperti mengambil darah.. Sesetengah dr senior tidak membenarkan jururawat membuat tugsasan ini tetapi sebaliknya meyuruh Dr Pelatih melakukan perkara ini. Memang ada benarnya untuk belajar. Tp . takkan sampai setahun!! 

6. Tempoh housemanship mereka adalah subjektif(wah!! mcm YO course) . Mereka tidak boleh membantah!! nanti kena extent tempoh. Justeru itu, Kementerian Kesihatan perlu melakukan sesuatu. Tetapkan standart prosedur. Ataupun KPI tentang tugasan housemanship.

7. Lagi satu.. Saya ingin mengutarakan soalan yang mudah.. Kalau anda ditempa Dr Fresh Graduate IPT. Anda berasal dari Johor... Anda memilih Singapura @ Malaysia?? Jwpan ditangan anda...

fikir-fikirkanlah........


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.