1. Mesti ramai yang tertanya-tanya. JAFO tuh apa? JAFO atau lebih dikenali sebagai (Just Another Fu**ing Officer) mcmmana pula dengan terminologi SKB? SKB ialah (Star Ke**la B****h). Kedua-dua terminologi ini adalah merujuk terus kepada individu yang tidak tahu sukan jenis apa yang sesuai dengan keupayaan sendiri. Senua sukan nak main.Kita tidak perlu menjadi "sportsman" kalau satu apa jenis sukan pun tidak "menjadi". Kalau yer pun.. sekadar memanaskan bangku simpanan. Atau lebih teruk lagi menjadi beban pasukan.



2. Berita baiknya ialah UTM telah mencipta dua peralatan baru direka khusus bagi mengukur kepantasan atlet dan membantu meningkatkan kemahiran pernafasan, sekali gus memperbaiki keupayaan mereka dalam arena sukan.Paling menarik, alat Ujian Ketangkasan Puzzle Heksagon itu berupaya mengukur tahap ketangkasan dan kelajuan pergerakan badan menerusi pelbagai arah, dalam keadaan tubuh yang seimbang serta stabil.


“Alat itu boleh digunakan mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu selain menguji ketangkasan individu terutama golongan atlet mengikut norma dikeluarkan Arnot R dan Gaines C pada 2005.

“Malah, kita sudah menguji ketepatan maklumat diproses alat ini terhadap 100 pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar yang dikenal pasti berpotensi menjadi atlet kebangsaan,” katanya pada sidang media di UTM di sini, semalam. -
Dr Abdul Hafiz

3. Wujudnya paten diukur menerusi nilai paling tinggi sekali gus mempamerkan tahap kecergasan atlit.

Katanya, alat berkenaan pada awalnya dibangunkan dengan empat tempat lompatan sebelum diperbaharui menjadi enam arah berbeza.

Dengan penambahan yang dibuat, alat berkenaan mampu mengukur lompatan atlit dari pelbagai arah sekali gus menyimpan data mengenai kebolehan mereka.

“Apa yang penting, tahap kepantasan atlit berkenaan melompat menerusi pola diberikan akan digunakan untuk menentukan jenis sukan yang harus diceburi termasuklah sukan menggunakan raket, tinju mahupun seni mempertahankan diri,” katanya.

4. Yang kedua ialah
Blow Ball iaitu sejenis alat berbentuk permainan yang mampu mengawal dan melatih teknik pernafasan individu.Inimembantu meningkatkan isi padu udara dalam paru-paru seterusnya meningkatkan prestasi atlit ketika bersukan.


Menerusi kajian, kita dapati atlit di negara ini banyak menggunakan kebolehan fizikal berbanding pernafasan. Ia secara tidak langsung menunjukkan kelemahan mereka dari segi cara bernafas dengan betul,” katanya.


5. Dalam bersukan janganlah kita menjadi
Jack of all, master of none!!  Kelak kita akan menjadi 'sampah' kepada pasukan. Tidak mampu menyumbang.. 'Berkawan pula dengan binatang' fm wame.....


fikir-fikirkanlah





Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.