oleh: Hisham Halim

1. Filem  Sex and the City 2 (SATC 2) dianggap mempersenda agama dan orang Islam. Sekuel yang mula ditayangkan minggu ini menyaksikan watak utama, Carrie Bradshaw dan rakannya berkunjung ke Abu Dhabi.
“Ada beberapa perkara dalam filem itu yang cuba memberi tafsiran politik tidak tepat. SATC 2 bertemakan wanita dan terang-terang anti-Islam, yang bermaksud ia mungkin mengundang pandangan liberal.”
“Saat paling melampau apabila orang yang masuk campur diselamatkan sekumpulan wanita Islam yang menanggalkan jubah hitam mereka untuk mendedahkan pakaian ala Barat di sebaliknya,” 
2. Ia seolah-olah filem yang membanggakan diri sendiri. Ia membawa gadis Sex and the City ke Asia Barat supaya mereka boleh bersikap hidung tinggi terhadap politik jantina rantau itu. Pemikiran di sebalik filem itu (ditulis dan diarah oleh Michael Patrick King) tersembunyi. Bermula dengan perkahwinan gay melampau!
“Kemudian hantar wanita ke Abu Dhabi supaya mereka boleh menghuru-harakan keadaan dengan seksualiti mereka! Selepas itu, mereka perkecilkan wanita memakai niqab namun adegan selepas itu menonjolkan penyatuan feminis! Mereka kelihatan hebat di padang pasir dan disaksikan pemuda Arab muda.”
3. Pembuat filem itu gagal mendapat kebenaran melakonkan filem terbabit di bandar Teluk terbabit oleh pihak berkuasa dan adegan itu sebaliknya diambil di Maghribi, namun skrip filem masih mengekalkan suasana di Abu Dhabi.

http://neutraldaily.blogspot.com/2010/05/filem-sekuel-sex-and-city-hina-islam.html


Share


oleh: Hisham Halim


1. Mat rempit sudah sinonim dikalangan masyarakat kita.. Darimana datangnya perkataan Rempit?... Sebenarnya rempit dibahagi kepada dua kosa kata. Remp - It yang membawa maksud Ramp the throttle. Lagi satu menurut kamus dewan Rempit bermaksud the act of whipping of the cane....

2. Gajala ini semakin menjadi-jadi . Pelbagai langkah telah diambil oleh agensi-agensi awam dan kerajaan. Antaranya ialah;

   1. Mat rempit kepada mat cemerlang. Idea KJ sewaktu zaman Pak Lah

   2. Program anak angkat mat rempit. idea dari Dato Mohd Jaafar

    3. Kerajaan Kelantan telah menyediakan trek khas untuk mat rempit berlumba di Tanah Merah. Idea kerajaan PAS Kelantan dibawah Nik Aziz

    4. Kerajayaan Kedah dibawah pimpinan Ustaz Azizan Razak akan mewujudkan trek khas berdasarkan pengakplikasian di Kelantan.

3. Apa yang ingin dibawakan kali ini adalah program yang pertama iaitu mengubah perkataan mat rempit kepada mat cemerlang. Mat rempit yang terlibat akan menjadi mata dan telinga untuk polis. Hal ini sangat sensitif. Memang sudah lama perkara ini dibincangkan di pelbagai peringkat. Tapi, idea seperti ini dilihat seperti idea picisan yang hanya untuk kepentingan politik.

4. Macammana ketam untuk mengajar anaknya berjalan betul atau dalam bahasa yang lebih mudah.... mat rempit ini sendiri yang mendatangkan masalah kepada masyarakat. Jadi, takkan mat rempit yang terlibat akan melaporkan dalam bertindak sebagai mata dan telinga Polis. Lawak ..... Tapi, tak apa.. pengundi golongan muda boleh makan punya.....

5. Seterusnya, masalah mat rempit ini haruslah difikirkan dengan lebih mendalam dan efesien. Ini bagi mengurangkan kerisauan ibu bapa terhadap anak-anak..... 

..ingat... janganlah idea yang mengalakkan untuk merempit..... nanti diorang langgar kereta U...



Share



oleh: Hisham Halim



1. Siapakah KJ.?? lebih dikenali Menantu Pak Lah... Khairy Jamaluddin Abu Bakar seorang ahli politik berjawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia DUN Rembau. Menantu kepada  mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah berkahwin dengan Nori Abdullah.

2. Sejak kejatuhan Pak Lah dalam tardisi empayar nepotisme yg diwujudkan oleh beliau. KJ seolah-olah hilang. Lagi mengejutkan tiada langsung suara KJ dalam PRK yang telah berlaku. Owh.. rahsia sudah terjawab ,sebulan menghilang dimana KJ pergi menjalani latihan wataniah. Apakah ini satu kaedah poltik? Pendekatan yang tidak pernah diambil oleh mana-mana ahli politik...

3.  Antara kontrovesi KJ dalam karier politiknya ialah ECM libra, sokongan mat rempit, maya karin, dikriminasi kaum, MYTEAM, dan macam-macam lagi. Latarbelakang akademik adalah graduan PPE (Politik, Philisophy dan Economy) dari Oxford Univesity UK.

4.  Selasa lalu , KJ telah menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor. Bertujuan semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.



5. Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.



6. Pernah ditawarkan mejar kehormat (tanpa apa-apa latihan) . KJ menolak kerana untuk menjalani latihan dengan sebenar. Namun, sejauh mana kualiti latihan yang dijalankan kita tidak tahu. Mungkin KJ menjadi VIP untuk setiap latihan? Mungkin tidak diherdik,dimaki, ditaji sama seperti pelatih lain..? Mungkin juga hanya menyertai Perbarisan Tamat Latihan.??.. Kita tidak tahu.. 

7. Pendekatan poltik yang digunakan KJ amat unik dan berbeza,, pssss...harap undi POS kot....ehhehe

http://pulakdah.blogspot.com/2010/05/rahsia-lama-kj-menghilang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+EmpulakDah+(Em...Pulak+Dah!)


Share


oleh: Hisham Halim


1.Berhubung isu yang mana pada Jumaat minggu lalu, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh telah membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.


2.Tujuh perkara yang menjadi titik pertikaian yang dikemukakan oleh PGSM 

     1. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993 JELAS memperuntukkan bahawa  pemohon yang beragama Islam sahaja yang layak. 

     2. Syarat ini telah diluluskan oleh YDPA dan telah pun diwartakan sebagai kaedah atau peraturan, dan telah dilaksanakan. 

     3. Syarat Islam untuk permohonan sebagai Peguam Syarie juga TERDAPAT di negeri-negeri lain - seperti Kedah, Kelantan, Melaka, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Bagi negeri lain ada syrat-syarat yang tertentu. 

     4. PRINSIP dan amalan Peguam Syarie di Mahkamah Syariah adalah berasaskan kepada prinsip ‘Wakalah bi al-Khusumah.’ Wakil salah satu nama-nama Allah bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala urusan orang yang diwakilkannya.

     5. PERANAN UTAMA Peguam Syarie juga membantu Mahkamah dan Hakim Syarie – iaitu dalam soal dakwaan, keterangan, bukti, hujah, qarinah, ikrar, khidmat nasihat kepada anak guam tentang hukum-hakam Islam dan soal prosiding mahkamah, pendamai/mediator, membuat rayuan dll. Macammana non-muslim nak keluarkan dalili-dalil dalam menyokong dakwaannya. Jangan jadi dalili ahli poitik...!!

     6. Bolehmembuka ruang kepada kes-kes percubaan keluar agama dan menghina agama Islam.

     7.  Mahkamah Syariah menjadi hak eksklusif orang Islam. Segala-galanya adalah untuk Islam. Takkan non-muslim nak masuk campur.

3.  Terdapat 3 cadangan yang  perlu dilakukan ialah Negeri-negeri yang tidak meletakkan syarat ISLAM dalam Kaedah atau Peraturan Peguam Syarie SEGERA berbuat demikian.Mufti-Mufti Negeri mengeluarkan FATWA RASMI di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri bahawa hanya orang ISLAM sahaja boleh menjadi Peguam Syarie. Victoria Jayaseele Martin mempertimbangkan semula permohonan semakan beliau dan adalah lebih baik permohonan tersebut di DITARIK BALIK, demi keharmonian Islam dan agama-agama lain di negara ini.

4. Sesungguhnya undang-undang manusia itu adalah tidak sempurna melainkan hukum hakam daripada ALLAH.. Sekian...

http://peguamsyarie.org/?p=1356


Share


Oleh: Hisham Halim


1. Agak lewat saya menulis mengenai isu penghinaan dunia kepada Islam. Khamis lalu, seorang kartunis Amerika Syarikat  Molly Norris yang mencetuskan kempen melakar gambar Nabi Muhammad di Facebook. Impak daripada itu adalah penyekatan  Pakistan terhadap akses laman web YouTube dan Facebook.


2. Norris melakar kartun itu pada April lalu kerana membantah keputusan stesen Comedy Central membatalkan satu episod South Park memaparkan imej Nabi. Ini menyebabkan Norris melakar kartun Nabi di laman webnya dan mencadangkan 20 Mei sebagai ‘Hari Melakar Nabi Muhammad’ yang disusuli dengan langkah pengguna siber menggunakan Facebook untuk menyertai usaha itu.
Click ini untuk keterangan lanjut


3. Bagaimanapun, saya cukup kecewa didada akhbar pada naskah LUAR NEGARA yang menunjukkan Orang Islam Pakistan membuat protes jalanan dengan membakar banner Facebook... Kecewa kerana ayat yang ditulis pada kenyataaan gambar itu berbunyi seperti Facebook menyokong tindakan Norris. Bahkan tidak ada langsung kenyataan yang menyatakan Facebook kecewa dengan tindakan Norris. Facebook hanya kecewa dengan protes jalanan itu.. Manakala YouTube pula memberitahu, ia sedang mengkaji perkara itu bagi memulihkan khidmatnya kepada pengguna secepat mungkin. 

...... maruah umat islam sudah kerapkali dipijak-pijak.. Kita sebagai Muslim hanya berdiam diri. kalau adapun hanyalah protes jalanan. mana perginya pemimpin-pemimpin Islam dunia... ?....

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KartunisAmerikamintamaaf/Article


Share



oleh: Hisham Halim


1. Mengikut laporan akhbar hari ini bahawa Abuya sebenarnya tidak meninggal malahan mereka mengaangap bahwa Abuya akan hidup kembali untuk memimpin umat. Saya agak terkejut dengan kenyataan media ini. Apakah mereka ini sudah terlalu taksub.?
2. Justeru itu, Keluarga Allahyarham Ashaari Muhammad mengadakan pantomin bertajuk KALAHKAN NAFSU ABUYA PULANG sebagai memperingati kematian pengasas Al-Arqam Isnin lalu akibat jangkitan paru-parutetapi menegaskan, ia hanya diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat semata-mata.
“Pantomin itu hanya untuk sampaikan nasihat kepada masyarakat supaya sentiasa meninggalkan segala amalan yang negatif termasuk nafsu.
“Tajuk yang diberikan itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang maksud bahawa Allahyarham akan hidup balik, pulang bermaksud kembali ke tempat asalnya.
3. Kerajaan masih memantau pergerakan Al-Arqam, pertubuhan agama yang telah diharamkan 16 tahun lalu.Laporan media hari ini menyebut pengikut-pengikutnta percaya Ashaari atau lebih dikenali sebagai Abuya akan pulang semula dalam masa terdekat.
4. Konsert ini diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Ashaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.
5. Kenyataan bahawa Abuya akan kembali adalah untuk tidak melunturkan semangat ahli dan kakitangan dalam Global Ikhwan pihak keluarga terpaksa mengambil langkah tersebut.
“Sekiranya kami mengatakan Allahyarham telah pergi buat selama-lamanya bimbang syarikat Global Ikhwan akan kehilangan pekerja.
“Jadi kami terpaksa mengatakan sedemikian Abuya pulang jika kita teruskan perjuangan untuk membangkitkan semangat mereka.
“Kami tahu Allahyarham tidak mungkin akan hidup kembali cuma ia sebagai satu kata-kata semangat supaya nanti mereka boleh menerima pemergian Allahyarham,” katanya.
6. Abuya mempunyai 38 orang anak dan 200 orang cucu . Perniagaannya Global Ikhwan mempunyai 3,000 kakitangan dengan 1,000 cawangan di seluruh dunia termasuk Indonesia, Singapura, Thailand, Jordan dan Mesir.
......taksub atau tidak?? baca artikel ini..... 

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-sensasikan-kematian-abuya-kata-anak-ashaari/



Share



1. 10 Februari 1946, mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan. Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan – berubah untuk meninggalkan – nilai murni bangsa – secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri.

2. Melayu hanya mampu mengekor dan belum lagi boleh berlari. Perjuangan Melayu adalah untuk Melayu, tidak perlu digeruni dan di perlu dikhuatiri. Perjuangan Melayu adalah untuk meningkatkan Melayu agar serasi bila bercerita mengenai kemodenan dan pembangunan agar kemajuan itu tidak timbul hanya di kelit mata kemudian di landa kepayahan hidup dan keciciran bangsa.

Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa?

3. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita – lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri. Ini adalah untuk semua, yang tingi melangit, yang sedang duduk mencoret polisi dan kita yang berkeliaran di muka bumi menjadi rakyat Melayu yang kini seakan kehilangan maruah diri. Jangan angkuh membicarakan kemodenan dalam erti melupakan nilai Melayu kita yang ada. Jangan angkuh membicarakan pembangunan dengan menggadai hak kita.

4. Melayu itu perlu dicernakan semula. Perlu bangkit dalam melihat bahawa kita bukan ketinggalan tetapi kita semakin hari semakin pupus di muka dunia. Kita perlu menceritakan semula Melayu itu – dalam suasana baru tetapi penuh bermaruah dan tidak perlu segan pada apa yang kita ada.

5.Perjuangkan dan pertahankan – maruah bangsa agar kita menginsafi yang hilang pada kita kerana kita Melayu lupa bercerita – kita tidak hilang d dunia – wujud sebagai daun kering yang menanti terlerai dari pepohonan sungguhpun jejak ada tapi tidak bermakna.

http://arahkita.blogspot.com/2008/06/sumpah-melayu.html
Share


oleh : Hisham Halim


1. Naib Canselor UPNM dalam ucapan terakhirnya sebagai NC mengharapakan supaya seluruh warga UPNM membetulkan ZUHUD. Beliau menyarankan zuhud dibetulkan kearah penyatupaduan seluruh warga dalam membentuk budaya kerja yang pro aktif. Apakah ZUHUD? Bagaimana pengapklikasiannya dalam kehidupan kita? 


2. Pengtakrifan  zuhud adalah tidak ingin kepada sesuatu dengan meninggalkannya. Menurut istilah zuhud adalah berpaling dan meninggalkan sesuatu yang disayangi yang bersifat material atau kemewahan duniawi dengan mengharap dan menginginkan sesuatu wujud yang lebih baik dan bersifat spiritual atau kebahagiaan akherat.

3.Justeru pengertian zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi Zuhud sebenarnya adalah PEMIKIRAN yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t. 

4. Bagaimana ZUHUD boleh mempengaruhi kehidupan kita dalam suasana sekarang ? Penekanan disini adalah takrifan zuhud dari segi PEMIKIRAN yang tidak mudah dipengaruhi. Cerita mudah, ini telah berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Uthman, telah wujud protes sosial dimana ada golongan extrimis dalam mentafsir agama telah berntindak memboikot kerajaan dengan menyatakan kemewahan yang dimiliki oleh Khalifah Uthman adalah tidak ZUHUD. GOlongan ini mengasingkan diri dari masyarakat. Apakah relevan tindakan ini dibuat?

5. Saya bukanlah membicarakan dari aspek kebendaan yang sering menjadi titik pertikaian apabila ZUHUD disebut . Kali ini, konsep ZUHUD yang dibicarakan adalah PEMIKIRAN yang mana  meliputi golongan yang mempunyai pemikiran yang mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat. Ini akan menjatuhkan organisasi. Budaya masyarakat kita yang  sering menentang dalam setiap keputusan/rancangan membuktikan bahawa kita tidak ZUHUD. Tidak ZUHUD dalam konteks pemikiran. Berfikir hanya untuk kepentingan AGENDA sendiri. Masyarakat sekeliling diketepikan.

6.  Sikap.. "aahh..tak per!!" perlu dibuang jauh-jauh. Ini tidak ZUHUD dimana jelas mengetepikan kehendak Dunia dan Akhirat. Bagaimana kita hendak mencapai target di akhirat sekiranya keduniaan hanya sambil lewa?  Segala rancangan yang dibuat mempunyai "kiblat" yang tersendiri dimana menjurus kepada matlamat kepentingan akhirat. Inilah yang dkatakan ZUHUD. Sikap acuh tak acuh dalam budaya kita jelas akan menidakkan penghayatan ZUHUD dalam jiwa.

7.Semua kegiatan kita hari ini haruslah dimaksudkan untuk akhirat, walaupun ada yang menganggapnya untuk dunia. Inilah "kiblat" kita. Orang zahid adalah orang yang hidup di dunia, tetap tidak meletakkan hatinya di dunia. Mereka bekerja di dunia untuk akhirat. Konsep ZUHUD haruslah di praktikkan dengan cara yang diredhai dan membawa manafaat.

... saya bukanlah alim ulama.. tapi ini sekadar pandangan berdasarkan pemerhatian dan kefahaman saya.. kalau salah tolong tunjukkan..! wallahualam...

http://www.g-excess.com/id/pengertian-zuhud-dalam-islam.html
http://www.zaharuddin.net/content/view/576/93/


Share


Berdasarkan analisis yang telah dibuat YDP BPN, Paanglima Perang Siber. Beliau telah menyimpulkan beberapa perkara utama yang menyumbang kepada kekalahan BN di SIBU.


  1. BN menerima dengan tenang kekalahan di P212 Sibu yang menyaksikan kekalahan calon BN dengan majoriti 398 dengan undi rosak 395 undi.
  2. Jumlah pengundi yang keluar kali ini adalah rendah berbanding PRU lalu
  3. Majoriti tipis dan undi rosak yang berbeza 3 undi sahaja melambangkan ada sesuatu tak kena dengan PRK kali ini.
  4. Umumnya ramai sudah tahu Sibu bandar gangster ( tak silap saya ). Juga saya difahamkan geng gengster ini mempunyai pengaruh kuat dalam menentukan arus sokongan di kalangan kaum Cina. Adakah faktor itu menjadi punca banyak undi rosak dan ramai tidak mengundi kerana takut ? pihak keselamatan perlu merisik isu ini agar tidak berulang lagi di tempat yang lain.
  5. Semasa berada di Hulu Selangor saya berbual dengan 'gengster' yang menyatakan bahawa gengster Cina memiliki pengaruh di dalam menggertak pengundi dan DAP digosipkan dengan kumpulan gengster mendalangi mereka.
  6. Jika tidak kerana undi rosak atau jumlah pengundi yang rendah sudah tentu BN akan menang dan mengekalkan kerusi kali ini. Baca juga analisa sahabat saya tentang punca kekalahan yang mungkin betul, di sini http://ipohmalay.blogspot.com
  7. Barang perlu diingat bahawa sudah Pakatan Rosak sudah kehilangan 5 Ahli Parlimen yang mengisytiharkan mereka telah keluar Pakatan dan menjadi ahli bebas.
  8. Manakala 6 Adun juga telah mengikut jejak langkah yang sama. Senarai lengkap sila lihat kembali artikel Panglima di sinihttp://penembak-tepat.blogspot.com
  9. Kekalahan satu kerusi dibandingkan dengan keuntungan menerima beberapa ahli Parlimen PKR keluar parti tentu memberi isyarat bahawa kerugian besar kepada Anwar dan Pakatan Rakyat lagi banyak dari apa yang kita hilang kali ini.
  10. Keputusan semalam menyaksikan DAP terus mengungguli jumlah tertinggi ahli Parlimen sebanyak 29 kerusi dan PAS pula berada di kedudukan paling corot dengan 23 kerusi dan PKR di tengah tengah dengan 24 kerusi...
  11. Tidak silap saya ahli PKR tidak seramai ahli PAS dan DAP juga sama. Peliknya yang paling ramai mendapat kerusi Parlimen ialah DAP diikuti PKR manakala PAS hanya 23 kerusi sahaja.
  12. Soalan saya sebagai orang Islam, Antara ketiga parti tersebut manakah parti majoriti umat Islam dan Melayu ?
  13. Antara ketiga bangsa di Malaysia (Melayu Cina India), manakah satu bangsa paling ramai jumlahnya ?
  14. Manakah satu parti paling bodoh sekali dalam Pakatan Rakyat di mana sanggup menjadi tempat dipijak oleh rakan rakan demi mendapat sedikit keuntungan kuasa ?
  15. Sayang kerana parti PAS berimej hebat laksana malaikat tetapi otak macam kura kura tak kisah dipukul kepala ...
  16. Maaf sebab tajuk sebenar artikel ini ialah ' Keputusan @ Analisa PRK Sibu dan Apa yang Cina Mahu ' tetapi selepas melihat DAP sangat bijak maka saya terpaksa membuat teka teki bertajuk 'Parti mana tidak sedar ditipu dalam Pakatan Rakyat'
  17. Islam selamanya tinggi dan tiada lebih tinggi darinya. Yang memperalatkan Islam akan hina dan pasti kekal di bawah sahaja di dunia dan akhirat.
  18. Munafiq dalam Islam di akhirat berada di tingkat paling rendah dalam neraka dan apakah kedudukan PAS paling bawah itu menunjukkan penghinaan Allah kepada mereka di dunia lagi ?
  19. Kita jawab " Wallahu A'lam" dan kita biarkan teka teki itu dijawab sendiri oleh pembaca tanpa campur tangan pihak saya sebagai penulis blog atau mana mana pihak.
  20. Perjuangan ini tidak akan terhenti dengan kekalahan tetapi akan terus bergerak deras menabur 'peluru demi peluru' untuk membunuh 'hujah' Pakatan Rosak yang sentiasa ingin menghapuskan Raja, Islam dan Melayu di negara kita ini.

http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/05/analisa-sibu-parti-mana-tidak-sedar.html


Share

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.