Semua orang sibuk untuk mencipta rekod dalam menempa nama. Rekod yang terbaru dan berkaitan dengan pelayaran mengelilingi dunia. Ini amat bersangkut paut dengan Malaysia dimana kita adalah negara maritim. Pelayaran solo Azhar Mansor pada 1999 dengan menggunakan Jalur Gemilang selama 190 hari sejauh 21600 batu nautika. Cerita lanjut DISINI. Hari ini seorang remaja Amerika Syarikat Jessica Watson berjaya membuat pelayaran solo mengelilingi dunia sejauh 23000 batu nautika selama tujuh bulan. klik DISINI





Analisis saya berdasarkan beberapa perkara penting mengenai perbezaan antara kedua-dua pelayaran ini.:

1. Azhar Mansor ketika itu berumur 41 tahun berbading Jessica berumur 16 tahun. Hampir 3 kali ganda perbezaan umur. Harus diingatkan semakin lama kita hidup semakin banyak pengalaman. Faktor umur harus diambil kira.

2. Jarak perjalanan Azhar Mansor adalah lebih pendek 1400 batu nautika (2800km)  berbanding Jessica. Jessica belayar terus melalui khatulistiwa.

3. Tempoh pelayaran Azhar mansor yang lebih cepat 20 hari berbanding Jessica. Azhar mansor 190 hari, Jessica 210 hari (7 bulan). Perlu diketahui bahawa semakin lama berada dilaut semakin toture!!  Lagipun tempoh pelayaran bergantung kepada jarak perjalanan.


4. Azhar Mansor menggunakan bantuan luar (tiang layar yang patah di Cape Horn, Amerika Selatan) berbanding Jessica yang tidak ada sebarang bantuan semasa pelayaran. Ini adalah berdasarkan laporan akhbar semata-mata. Hal sebenar kita tidak tahu, mungkin ditolong boat nelayan, bot Royal Navy atau mcm-mcm lagi.

Oleh kerana Jessica tidak mencapai umur 18 tahun , maka rekod yang diciptanya  adalah tidak sah  dibawah Majlis Layar Laju Dunia. Hanya menjadi rekod tidak rasmi sahaja. Beliau tiba di Australia 3 hari sebelum kelahirannya.Sehingga kini warga Australia menjadi rekod pelayaran ini selepas belayar 328 hari ketika berusia 18 tahun pada 1999. 

Niat saya disini bukanlah untuk membanding-bandingkan. Setiap individu tidak suka apabila hidup sering dibandingkan dengan orang lain. Tetapi niat saya hanya satu, ayuh bangunlah generasi muda. Tepuk dada jangan terleka. Orang lain pada usia kita sudah mencapai tahap yang tidak diduga. Kita pula bagaimana?? ... Jangan sekali-kali bertanya apakah yang negara boleh sumbangkan kepada kita? sepatutnya kita bertanya apakah sumbangan kita kepada negara..?.....

fikir-fikirkanlah...


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.