“Setakat ini 20 daripada 209 siswazah perubatan UKM yang tamat pengajian pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran dari kerajaan Singapura dan menjangkakan seramai 80 lagi akan turut berkhidmat di negara itu. - NC UKM, Utusan 3 Mei


1. Ia seharusnya dilihat sebagai   suatu pengiktirafan terhadap UKM terutama Fakulti perubatannya yang dulunya telah di perkecilkan oleh pihak tertentu dan berbagai pihak yang menggagap kelulusannya tidak berkualiti tetapi nyatalah para doktor UKM telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Singapura yang merupakan sebuah negara maju yang mementingkan kualiti hidup bagi rakyatnya dan lebih dari itu menghambat org Melayu "keluar".

2. Soal kerugian kepada negara tidak timbul lagi dalam sebuah dunia yang tidak bersempadan malah lebih baik lagi mereka berada di Singapura dari di negara-negara maju yang jauh. Kebanyakan mereka terdiri dari anak-anak yang tidak mahu pulang setelah tamat pengajian kedoktoran di United Kingdom dan di negara maju lainnya kerana gaji yang tinggi berganda dari Malaysia. Ini semunya disebabkan oleh gaji yang menjaminkan kemewahan hidup. Soal patriotik dan tanah air boleh dikira dikemudian hari. Itu mungkin sebahagian daripada pandangan mereka. Nah!! lihatlah buktinya perbezaan gaji ...

Sebagai doktor pelatih di Singapura, mereka ditawarkan gaji pokok $2,690 dolar Singapura (RM6,187) manakala doktor pelatih di negara ini dibayar gaji RM3,665 dengan purata elaun antara RM500 dengan RM1,000 sebulan.  - NC UKM Utusan, 3 Mei

.......perbezaan yang hampir sekali ganda bukan? kalau anda yang berada ditempat doktor-doktor muda ini. Apakah keputusan anda? Tambah lagi anda mungkin berasal dari Johor? ..... rezeki jangan ditolak!!.....

3. Saya pasti ramai akan tertanya mana peginya semangat patriotik doktor-doktor ini. Apakah UKM gagal menerapkan semangat ini dalam lepasan graduannya?.Sebenarnya, Malaysia dan Singapura adalah terlalu dekat untuk dianggap sebagai negara yang terpisah malah dari segi budaya dan imej masyarakatnya adalah sama dengan Malaysia bahkan merupakan sebuah negara majmuk yang terkawal dengan disiplin sensitiviti kaum yang lebih keras dari Malaysia.

4. Mahu ataupun tidak. Keputusan ditangan anda. Patriotik atau masa depan anda?? Kadang-kadang dua perkara yang perlu dipilih. Salah satu harus diketepikan dahulu. Fikir-fikirkanlah!!

http://malaysiaaktif.com/article.php?aid=5037



Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.