oleh : Hisham Halim


1. Naib Canselor UPNM dalam ucapan terakhirnya sebagai NC mengharapakan supaya seluruh warga UPNM membetulkan ZUHUD. Beliau menyarankan zuhud dibetulkan kearah penyatupaduan seluruh warga dalam membentuk budaya kerja yang pro aktif. Apakah ZUHUD? Bagaimana pengapklikasiannya dalam kehidupan kita? 


2. Pengtakrifan  zuhud adalah tidak ingin kepada sesuatu dengan meninggalkannya. Menurut istilah zuhud adalah berpaling dan meninggalkan sesuatu yang disayangi yang bersifat material atau kemewahan duniawi dengan mengharap dan menginginkan sesuatu wujud yang lebih baik dan bersifat spiritual atau kebahagiaan akherat.

3.Justeru pengertian zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi Zuhud sebenarnya adalah PEMIKIRAN yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t. 

4. Bagaimana ZUHUD boleh mempengaruhi kehidupan kita dalam suasana sekarang ? Penekanan disini adalah takrifan zuhud dari segi PEMIKIRAN yang tidak mudah dipengaruhi. Cerita mudah, ini telah berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Uthman, telah wujud protes sosial dimana ada golongan extrimis dalam mentafsir agama telah berntindak memboikot kerajaan dengan menyatakan kemewahan yang dimiliki oleh Khalifah Uthman adalah tidak ZUHUD. GOlongan ini mengasingkan diri dari masyarakat. Apakah relevan tindakan ini dibuat?

5. Saya bukanlah membicarakan dari aspek kebendaan yang sering menjadi titik pertikaian apabila ZUHUD disebut . Kali ini, konsep ZUHUD yang dibicarakan adalah PEMIKIRAN yang mana  meliputi golongan yang mempunyai pemikiran yang mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat. Ini akan menjatuhkan organisasi. Budaya masyarakat kita yang  sering menentang dalam setiap keputusan/rancangan membuktikan bahawa kita tidak ZUHUD. Tidak ZUHUD dalam konteks pemikiran. Berfikir hanya untuk kepentingan AGENDA sendiri. Masyarakat sekeliling diketepikan.

6.  Sikap.. "aahh..tak per!!" perlu dibuang jauh-jauh. Ini tidak ZUHUD dimana jelas mengetepikan kehendak Dunia dan Akhirat. Bagaimana kita hendak mencapai target di akhirat sekiranya keduniaan hanya sambil lewa?  Segala rancangan yang dibuat mempunyai "kiblat" yang tersendiri dimana menjurus kepada matlamat kepentingan akhirat. Inilah yang dkatakan ZUHUD. Sikap acuh tak acuh dalam budaya kita jelas akan menidakkan penghayatan ZUHUD dalam jiwa.

7.Semua kegiatan kita hari ini haruslah dimaksudkan untuk akhirat, walaupun ada yang menganggapnya untuk dunia. Inilah "kiblat" kita. Orang zahid adalah orang yang hidup di dunia, tetap tidak meletakkan hatinya di dunia. Mereka bekerja di dunia untuk akhirat. Konsep ZUHUD haruslah di praktikkan dengan cara yang diredhai dan membawa manafaat.

... saya bukanlah alim ulama.. tapi ini sekadar pandangan berdasarkan pemerhatian dan kefahaman saya.. kalau salah tolong tunjukkan..! wallahualam...

http://www.g-excess.com/id/pengertian-zuhud-dalam-islam.html
http://www.zaharuddin.net/content/view/576/93/


Share

4 comments:

  1. Sham, dalam ucapan beliau, cara percakapan beliau seolah-olah menyifatkan zuhud sama dengan niat.

    Jadi sekiranya beliau menerangkan Zuhud yang beliau cuba sampaikan adalah satu bentuk pemikiran ,(Setelah meneliti setiap rujukan yang telah disisipkan, diakui beliau cuba sampaikan pemikiran)maka tidak ada pihak akan meragui penyataan beliau.

    Jadi pengajaran dari kisah ini, sebagai seorang yang memberi ucapan atau cube menyampaikan ucapan perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata supaya tidak menimbulkan keraguan pada mana-mana pihak.

  1. yes.. harap-harap mcmtuh lerr.... walaupun term yang digunakan bunyi lebih islamic dan sedap didengar. Harus diingatkan bahawa menjiwai term yang dilontarkan adalah yang terbaik. Namun, saya tegaskan disini bahawa penulisan ini adalah pendapatan peribadi semata-mata untuk kebaikan semua. Tidak ada langsung AGENDA tersendiri... terima kasih.

  1. Anonymous says:

    Cakap tak serupa bikin. Memang banyak orang begitu suapya dilihat lebeh beriman dari orang lain. Fahamkah orang yang bercakap tentang penghayatan perkataan tersebut? Lu fikirlah sendiri!

  1. Anonymous says:

    Dengan satu perkataan ZUHUD kita boleh mempengaruhi pemikiran orang lain supaya dilihat sebagai orang beriman. Tapi sebenarnya keadaan kehidupannya tidak begitu. Buatlah semakan tentang gaya hidup dan hartanya yang tersembunyi.

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.