1. Sekalung penghargaan kepada pembela bangsa yang mengingatkan patik yang terlupa. Berhubung soal lesen judi yang semakin hangat diperkatakan. Pelbagai spekullasi telah dikeluarkan. Ada yang mempersoalkan peranan mufti. Nah.!! ini dia mufti perak Tan Sri Harussani sudah bersuara melalui blog mahaguru58. Maklumat ini diperolehi hasil pebualan telefon  pemilik blog dengan mufti perak.

2. Beliau (mufti perak) menegaskan bahawa apa sahaja yang berbentuk judi adalah haram dari segi syariah Islam. Beliau sedih dengan keputusan tersebut. Beliau bertambah terkejut apabila dimaklumkan bahawa lesen ini bukanlah hanya semata-mata untuk FIFA sahaja malahan turut merangkumi segala bentuk sukan yang lain.

3. Akhbar NST baru sahaja mengadakan wawancara dengan beliau. Tapi, laporan belum keluar lagi. Kita tunggu dan lihat. Beliau tetap menegaskan bahawa judi itu adalah haram dan diantara dosa besar yang dilaknati ALLAH.

4. Soal penglibatan Amanah Raya  Berhad yang dilaporkan berurus niaga dengan syarikat perjudian besar negara @ Magnum melalui anak syarikat Public Mutual.. Beliau menegaskan lagi bahawa adalah haram bagi pihak Amanah Raya Berhad untuk membiarkan anak syarikat untuk melabur wang amanah pegangan badan tersebut didalam bursa saham MAGNUM.

5. Yang haram tetap haram.. Jangan menghalalkan perkara yang jelas haramnya... barisan kepimpinan kerajaan .. please do something!!! Ini adalah negara islam.. Hari ini lesen judi sukan dihalalkan.. esok lusa.. lesen apa pula yang akan dihalalkan.. faktor urbanisasi dijadikan pelindung disebalik kepentingan politik. Apakah ini gelombang "atartuk" !!

fikir-fikirkanlah..


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.