1. 10 Februari 1946, mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan. Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan – berubah untuk meninggalkan – nilai murni bangsa – secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri.

2. Melayu hanya mampu mengekor dan belum lagi boleh berlari. Perjuangan Melayu adalah untuk Melayu, tidak perlu digeruni dan di perlu dikhuatiri. Perjuangan Melayu adalah untuk meningkatkan Melayu agar serasi bila bercerita mengenai kemodenan dan pembangunan agar kemajuan itu tidak timbul hanya di kelit mata kemudian di landa kepayahan hidup dan keciciran bangsa.

Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa?

3. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita – lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri. Ini adalah untuk semua, yang tingi melangit, yang sedang duduk mencoret polisi dan kita yang berkeliaran di muka bumi menjadi rakyat Melayu yang kini seakan kehilangan maruah diri. Jangan angkuh membicarakan kemodenan dalam erti melupakan nilai Melayu kita yang ada. Jangan angkuh membicarakan pembangunan dengan menggadai hak kita.

4. Melayu itu perlu dicernakan semula. Perlu bangkit dalam melihat bahawa kita bukan ketinggalan tetapi kita semakin hari semakin pupus di muka dunia. Kita perlu menceritakan semula Melayu itu – dalam suasana baru tetapi penuh bermaruah dan tidak perlu segan pada apa yang kita ada.

5.Perjuangkan dan pertahankan – maruah bangsa agar kita menginsafi yang hilang pada kita kerana kita Melayu lupa bercerita – kita tidak hilang d dunia – wujud sebagai daun kering yang menanti terlerai dari pepohonan sungguhpun jejak ada tapi tidak bermakna.

http://arahkita.blogspot.com/2008/06/sumpah-melayu.html
Share

2 comments:

  1. Anonymous says:

    Dalam zaman ini pun maseh kolot pemikiran kita. Maseh taksub dengan Melayu. Siapa sebenarnya Melayu yang kita ingin pertahankan? Adakah Melayu elit atau melayu yang maseh mundur dan miskin? Yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus mangaut habuan berjuta-juta. Inikah perjuangan Melayu sebenarnya? Bukalah mata majority Melayu supaya tidak dijadikan kuda tunggangan mereka yang berkuasa.

  1. Taksub dengan melayu?? Awas saudara yang berkata.!! Melayu itu mengikut takrifan PASAL 153 mengandungi 3 elemen iaitu fasih berbahasa melayu, beragama islam dan menjalankan adat hidup Melayu. Melayu yang ingin dipertahankan adalah Melayu yang mana semuanya beragama islam. Di Malaysia, Islam adalah melayu.. Melayu adalah Islam.. Masuk Islam adalah masuk Melayu.. Itulah tanggapan salah masyarakat Malaysia. Dasar kapitalis yang wujud kini hasil kerjasama kerajaan yang mahukan pelaburan asing dalam menjana ekonomi kita. Benar.. ini merugikan peniagan kecil/runcit. Saya bersetuju bahawa "bukalah mata melayu supaya tidak dijadikan boneka mereka berkuasa...!!" ini perlu dibimbangkan kerana lama kelamaan akan menjadi seperti Kamal Atartuk....
    sekian.TQ

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.