***Maklumat BERITA HARIAN Keputusan rasmi terkini bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas penjumlahan 110 daripada 111 peti undi menyaksikan calon DAP, Wong Ho Leng mendahului dengan majoriti 2,651.



[terkini] 9:10 Keputusan pilihan raya Sibu sudah pun diperolehi. Kini menunggu masa saja untuk mendengar pengumuman dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pegawai SPR katanya sedang mundar mandi di atas dewan, semacam ada keresahan yang membelenggu mereka. Apakah petanda ini menunjukkan calon BN kalah?

Beberapa pemimpin utama DAP juga sudah mula tiba seorang demi seorang ke pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah, Sibu. Melihat kepada 
mood dalaman seperti mana dimaklumkan sekejap tadi, DAP akan menang.

Kesemua 110 peti undi sudah dibuka kecuali undi pos. Undi pos yang keluar mengundi sebanyak 2,571. Seandaianya kesemua undi pos ini menjadi milik BN ini bermakna DAP akan 
19 undi saja. Sebaliknya kalau lapan atau 10% undi pos diberikan kepada DAP, mungkin DAP akan menang lebih 100 undi. Malam ini tanpa keajaiban yang berlaku dan dilakukan DAP akan menang pilihan raya kecil Sibu. - MSO
8:50 
Apakah ada penipuan dalaman yang dilakukan SPR sendiri? Berdasarkan fakta dan angka tidak rasmi DAP sudah pasti memenang pilihan kecil Sibu. Bagaimana pun SPR mempunyai seribu kerenah. Tidak mustahil setelah undi pos dibuka dan undi Kampung Nangka Hilir menjadi penyelamat sepanjang zaman BN, 'kemenangan' DAP kini akan bertukar menjadi sebaliknya.

Maklumat dalaman kini berlaku pertikai antara wakil parti berhubung undi Pos. Sebanyak 2,800 undi pos masih dalam perkiraan. SPR katanya ingin menerima kesemua 2,800 undi pos walaupun dalam undi berkenaan ada yang rosak disebabkan tidak disertakan borang 2, iaini borang penyaksian undi.

Pemimpin DAP sedang mempertahankan hal ini. Kalaupun kesemua 2,800 undi pos diberikan kepada BN, DAP katanya masih menang sekitar 250 undi saja. - MSO.

8:25 
Masih keputusan tidak rasmi. DAP terus mengungguli dengan menambah majoritinya dengan mendapat sebanyak 3,944 undi. DAP mendapat 18,211 manakala BN memperolehi 14,267 undi. Calon bebas juga menambah satu undi lagi menjadikan 138. Sebanyak 103 daripada 110 peti undi sudah pun dibuka. 

8: 20 malam 
Menurut pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusuf masih banyak lagi kotak undi yang tidak dibuka. Beliau berkata kalau kesemua dibuka peratus mengundi mungkin sampai 62% atau 63%.Sebelum ini keputusan keluar mengundi diumumkan sekitar 59.86% sahaja.

Apakah ertinya semuanya? Perubahan dan pertambahan peratus keluar mengundi ia selalunya akan mengancam kedudukan parti pembangkang. Apakah ada usaha-usaha diluar moral demokrasi sedang atau akan berlaku di Sibu? Sama-sama kita menunggu keputusan muktamad. 

8:15 malam 
Calon bebas menambah satu undi lagi menjadi 137 undi manakala DAP masih mengungguli dengan majoriti bertambah 3,279. Keputusan tidak rasmi DAP mendapat 17,120 manakala BN 13,841. Nasib BN kini bergantung kepada undi pos dan undi dari kawasan Melayu Melanau di Kampung Nangka Hilir. 
8:10
 malam. Analisa - Kira-kira 10% undi yang masih belum dikira adalah undi pos dan undi dari Dun Kampung Nangka. Dun ini merupakan kawasan Melayu/Melanau yang terkenal dengan penyokong kuat PBB. Seramai 6,000 pengundi di kawasan ini. Sementara undi pos pula sekitar 2,600. Sekiranya kesemua undi pos dan undi Melanau/Melayu ini berpihak kepada BN ini menyebabkan majoriti DAP raih kini sekitar 3,000 akan ditimbus undi berkenaan dan DAP akan kalah.

Bagaimana sekiranya peratus menugndi rendah yang keluar mengundi turut terlibat pengundi Kampung Nangka ada tanda-tanda DAP akan menang tipis! - MSO

7:52 DAP masih terus mendahului BN dengan majoriti sebanyak 3,048. DAP meraih sebanyak 16,538 manakala BN 13,490 dan Bebas 136 tambah satu undi lagi. Berdasarkan perkiraan sebanyak kira-kira 2,500 undi lagi yang belum dikira. Kedudukan ini memberi harapan DAP - Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya kecil Sibu ini.
7:45 malam 
dengan hanya kira-kira 10% saja lagi undi yang belum dikira, DAP kini terus meninggalkan BN dengan majoriti 3,000. DAP kini mendapat 16,178 manakala BN memperolehi 13,156. Bebas masih belum berubah mendapat 135. Keadaan terus mengsuspenkan?
7:30 malam
 calon Narawi menambah undi sebanyak 102 lagi apabila beputusan tidak rasmi kini beliau mendapat 132 undi. DAP pula terus mendahului BN dan menambah majoriti sebanyak 2,900 undi. DAP kini mendapat 15,900 undi manakala BN 13,00. Setakat ini sudah 88& & undi dikira.

7:25 malam dari 80% undi yang dikira setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP masih mendahului dengan majoriti 14,283 meninggalkan BN yang mendapat 12, 047 undi. Bebas menambah satu undi menjadi 129.
7: 15 malam sebanyak DAP masih mendahului BN dengan majoriti lebih 1,500. DAP perolehi sebanyak 12,966, BN 11,389 dan Bebas 126. Apakah fenomena di Hulu Selangor turut berlaku di Sibu di mana peringkat awal PKR mendahului BN, tetapi menjelang jam 8: 00 malam BN meninggalkan PKR dengan majoriti lebih 1,500 undi.
7:5 malam
 sebanyak 66 daripada 110 saluran mengundi telah dikira. Dari jumlah itu DAP terus medahului BN dengan majoriti lebih 2,000 undi. Manakala menurut SPR jumlah keluar mengundi hanya 32,742 atau kira-kira 59.86%. 

PILIHAN raya kecil Sibu sudah selesai. Peti undi di lebih 40 pusat pengundi sedang dibawa ke pusat penjumlah undi di Dewan Suarah, Sibu. Keputusan tidak rasmi seperti mana dilaporkan oleh beberapa portal menunjukkan kedua parti, DAP dan BN saling lintas melintasi antara satu sama lain.

Dari 22 saluran yang selesai dikira jam 5:30 petang tadi BN mendahului DAP dengan kelebihan
1,985 undi. Bagaimana pun setelah 44 saluran dikira DAP pula ke depan dengan meraih sebanyak 7,026 undi manakala BN sebanyak 6,243 undi. Calon bebas mendapat 52 undi.

Apakah momentum ini berterusan dan ini mendebarkan para peminat politik. [*** 7:00 pm 16/05/10]

Share

3 comments:

  1. sape la menang.... BN nampak goyah... DAP plak macam nak menang

  1. Part menarik kul 6 tadi...kalah majority boleh menang lagi..

    6:13 PM: SJK Rosli Dhobi Pelawan DAP 554 - BN 279 = DAP Menang

    6:06 PM: BN - 3,493. DAP - 1,396. Bebas - 33

    5:57 PM: SJK ChungHua Upper lsland DAP 127 - BN 92 - DAP Menang

    SJK NangSang Nangka DAP 124 - BN110 = DAP Menang

    SJK Nangka DAP 172 - BN 109 = DAP Menang

    5:54 PM: DAP ketinggalan lebih 2,000 undi

    5:29 PM: BN 3,493 vs PR 1,396; BN Majority 2,097

  1. story line yang cantik....

    7:04 PM: DAP leads 1544

    6:54 PM: DAP mendahului dengan 914 undi 56.68%, undi pos belum lagi di kira.

    6:50 PM: DAP leading 800+ votes

    6:40 PM: SJCK Tung Hua Jln Tun Openg (Pelawan) DAP 1,362 - BN 591 - DAP Menang

    6:34 PM: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak. Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira. BN - 4,303. DAP - 2,434. Ind - 41. Majoriti - 1,869. votes not finished, Malay votes not yet in.

    6:13 PM: SJK Rosli Dhobi Pelawan DAP 554 - BN 279 = DAP Menang

    6:06 PM: BN - 3,493. DAP - 1,396. Bebas - 33

    5:57 PM: SJK ChungHua Upper lsland DAP 127 - BN 92 - DAP Menang

    SJK NangSang Nangka DAP 124 - BN110 = DAP Menang

    SJK Nangka DAP 172 - BN 109 = DAP Menang

    5:54 PM: DAP ketinggalan lebih 2,000 undi

    5:29 PM: BN 3,493 vs PR 1,396; BN Majority 2,097

    5:06 PM: TIME UP. MASA DAH CUKUP. TALIAN PANGGILAN HAYAT DITUTUP. KEPUTUSAN PEMENANG DIKETAHUI SEBENTAR LAGI

    sumber:media cyber

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.