Berdasarkan analisis yang telah dibuat YDP BPN, Paanglima Perang Siber. Beliau telah menyimpulkan beberapa perkara utama yang menyumbang kepada kekalahan BN di SIBU.


  1. BN menerima dengan tenang kekalahan di P212 Sibu yang menyaksikan kekalahan calon BN dengan majoriti 398 dengan undi rosak 395 undi.
  2. Jumlah pengundi yang keluar kali ini adalah rendah berbanding PRU lalu
  3. Majoriti tipis dan undi rosak yang berbeza 3 undi sahaja melambangkan ada sesuatu tak kena dengan PRK kali ini.
  4. Umumnya ramai sudah tahu Sibu bandar gangster ( tak silap saya ). Juga saya difahamkan geng gengster ini mempunyai pengaruh kuat dalam menentukan arus sokongan di kalangan kaum Cina. Adakah faktor itu menjadi punca banyak undi rosak dan ramai tidak mengundi kerana takut ? pihak keselamatan perlu merisik isu ini agar tidak berulang lagi di tempat yang lain.
  5. Semasa berada di Hulu Selangor saya berbual dengan 'gengster' yang menyatakan bahawa gengster Cina memiliki pengaruh di dalam menggertak pengundi dan DAP digosipkan dengan kumpulan gengster mendalangi mereka.
  6. Jika tidak kerana undi rosak atau jumlah pengundi yang rendah sudah tentu BN akan menang dan mengekalkan kerusi kali ini. Baca juga analisa sahabat saya tentang punca kekalahan yang mungkin betul, di sini http://ipohmalay.blogspot.com
  7. Barang perlu diingat bahawa sudah Pakatan Rosak sudah kehilangan 5 Ahli Parlimen yang mengisytiharkan mereka telah keluar Pakatan dan menjadi ahli bebas.
  8. Manakala 6 Adun juga telah mengikut jejak langkah yang sama. Senarai lengkap sila lihat kembali artikel Panglima di sinihttp://penembak-tepat.blogspot.com
  9. Kekalahan satu kerusi dibandingkan dengan keuntungan menerima beberapa ahli Parlimen PKR keluar parti tentu memberi isyarat bahawa kerugian besar kepada Anwar dan Pakatan Rakyat lagi banyak dari apa yang kita hilang kali ini.
  10. Keputusan semalam menyaksikan DAP terus mengungguli jumlah tertinggi ahli Parlimen sebanyak 29 kerusi dan PAS pula berada di kedudukan paling corot dengan 23 kerusi dan PKR di tengah tengah dengan 24 kerusi...
  11. Tidak silap saya ahli PKR tidak seramai ahli PAS dan DAP juga sama. Peliknya yang paling ramai mendapat kerusi Parlimen ialah DAP diikuti PKR manakala PAS hanya 23 kerusi sahaja.
  12. Soalan saya sebagai orang Islam, Antara ketiga parti tersebut manakah parti majoriti umat Islam dan Melayu ?
  13. Antara ketiga bangsa di Malaysia (Melayu Cina India), manakah satu bangsa paling ramai jumlahnya ?
  14. Manakah satu parti paling bodoh sekali dalam Pakatan Rakyat di mana sanggup menjadi tempat dipijak oleh rakan rakan demi mendapat sedikit keuntungan kuasa ?
  15. Sayang kerana parti PAS berimej hebat laksana malaikat tetapi otak macam kura kura tak kisah dipukul kepala ...
  16. Maaf sebab tajuk sebenar artikel ini ialah ' Keputusan @ Analisa PRK Sibu dan Apa yang Cina Mahu ' tetapi selepas melihat DAP sangat bijak maka saya terpaksa membuat teka teki bertajuk 'Parti mana tidak sedar ditipu dalam Pakatan Rakyat'
  17. Islam selamanya tinggi dan tiada lebih tinggi darinya. Yang memperalatkan Islam akan hina dan pasti kekal di bawah sahaja di dunia dan akhirat.
  18. Munafiq dalam Islam di akhirat berada di tingkat paling rendah dalam neraka dan apakah kedudukan PAS paling bawah itu menunjukkan penghinaan Allah kepada mereka di dunia lagi ?
  19. Kita jawab " Wallahu A'lam" dan kita biarkan teka teki itu dijawab sendiri oleh pembaca tanpa campur tangan pihak saya sebagai penulis blog atau mana mana pihak.
  20. Perjuangan ini tidak akan terhenti dengan kekalahan tetapi akan terus bergerak deras menabur 'peluru demi peluru' untuk membunuh 'hujah' Pakatan Rosak yang sentiasa ingin menghapuskan Raja, Islam dan Melayu di negara kita ini.

http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/05/analisa-sibu-parti-mana-tidak-sedar.html


Share

1 comments:

  1. Anonymous says:

    Kalau dah kalah tu terima sajalah keputusannya. Apa nak bagi alasan lagi. Rakyat Sibu tolak parti yang memerintah dengan majority yang besar. Dulu BN menang dengan berapa undi? Tak kira ke perubahan undi yang memihak kepada pembangkang? Jangan buat tak faham pulak.

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.