oleh: Hisham Halim

1. Perpecahan sesuatu bangsa mengikut fahaman politik merupakan suatu yang lumrah. Di mana-mana negara pun berlaku demikian. Permasalahan tentang bangsa Melayu menjadi minoriti disebabkan oleh kefahaman politik yang berbeza patut diletakkan kepada pemimpin Melayu yang awal... iaitu pemimpin yang bergelar Bapa Kemerdekaan. 
2. Apa yang berlaku adalah disebabkan sifat tidak sabar pemimpin Melayu terdahulu untuk merdeka dengan memilih jalan pintas tanpa memikirkan sebarang kesan terhadap syarat-syarat yang dikenakan oleh British terhadap orang Melayu. Saya yakin jika orang melayu pada ketika itu berusaha satu langkah lagi kehadapan untuk menuntut kemerdekaan dari British TANPA SYARAT, kemerdekaan mungkin boleh diperolehi. Sekiranya penubuhan Malayan Union berjaya ditentang oleh orang Melayu terhadap orang British, apakah mustahil orang Melayu tidak akan berjaya memperolehi kemerdekaan tanpa syarat dari British???
3.Seperkara yang menyedihkan juga adalah sifat keikhlasan, baik hati dan pemurah yang cukup tinggi yang ada pada orang Melayu terutamanya pemimpin Melayu dahulu sehingga sanggup MENYERAHKAN Singapura kepada bangsa pendatang. Saya tidak tahu apa yang berada pada pemikiran pemimpin Melayu dan orang Melayu pada ketika itu sehingga tidak mampu mempertahankan hak mereka???
4.Penyerahan Pulau Batu Putih kepada Singapura dan sebahagian wilayah Malaysia kepada Brunei jelas menunjukkankan Melayu memang mudah lupa pada sejarah. Percayalah suatu hari nanti orang Melayu akan kehilangan "Me"nya. Pada ketika itu nanti mereka akan dikutuk oleh anak cucu cicit mereka atas tindakan mereka. Insaflah sebelum terlambat.

By Prof Ribut on June 18, 2010 12:18 AM


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.