oleh: Hisham Halim



LONDON: Seorang pesakit yang melalui pemindahan organ meninggal dunia lima bulan selepas pembedahan itu, kerana menerima paru-paru perokok yang menghidapi ‘pneumonia’.

Namun sebelum pemindahan organ itu dilakukan, Lyndsey Scott, 28, tidak dimaklumkan terlebih dulu siapa pendermanya dan bagaimana pula gaya hidupnya.

Keluarganya terkejut apabila mendapat maklumat sebenar selepas memohon untuk melihat nota perubatannya.

Lyndsey, penghidap sejenis penyakit ‘cystic fibrosis’, diletakkan dalam senarai menunggu selama empat tahun apabila keadaan kesihatannya menjadi bertambah teruk.

Paru-paru penderma hanya diperoleh 20 bulan kemudian dan beliau berharap pemindahan itu dapat memanjangkan umurnya.

Dia melalui pembedahan Februari tahun lalu tetapi terdapat komplikasi serius dari mula lagi, menyebabkan beliau berada dalam unit jagaan rapi selama lebih enam minggu.

Tidak berapa lama selepas dibenarkan pulang ke rumah ibu bapanya, beliau terpaksa masuk semula ke hospital. Lyndsey meninggal dunia Julai lalu. – Agens
Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.