oleh: Hisham Halim



Sudah menjadi buah mulut masyarakat sekarang apabila Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat satu kebijakan baru dalam sistem pendidikan kita dengan mahu memansuhkan UPSR dan PMR.

Sebelum ini, Muhyiddin telah banyak membuat perubahan dalam sistem pendidikan iaitu mengubah kembali pembelajaran Matematika dan Sains dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan membuat 
grading yang baru untuk SPM.

Satu lagi idea menteri untuk memansuhkan UPSR dan PMR kali ni telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat. Ada yang setuju dan ada juga yang tidak.

Yang setuju mengatakan bahawa sistem ini tidak membawa manfaat kepada pelajar dan merugikan wang negara dan yang tidak setuju mengatakan bahawa dengan ini tiada pemantauan nasional secara konsisen untuk prestasi pelajar.

Sudah pasti untuk membuat satu kebijakan baru, pasti akan ada baik dan buruknya. Harus ditimbang tara supaya perkara ini bukan perkara 'bermusim', apabila menteri baru maka ada sahaja kebijakan baru.

Satu penilitian yang khusus perlu dibuat supaya sistem dan kebijakan baru yang dibuat adalah untuk memperbaiki kelemahan sistem yang ada dan memang membawa manffat kepada mahasiswa.

Daripada menteri sendiri mengatakan sistem pendidikan perlu diubah kerana kurangnya fokus pelajar dalam bidang 
soft skill dan hanya menumpukan kepada pelajaran ilmiah dan yang ditakutkan oleh menteri bahawa pada masa akan datangnya sewaktu ke alam dewasa, rakyat tidak terampil atau tidak all rounded dan ini menyukarkan mereka untuk bisa survive. Sudah pasti siapa yang lebih terampil lebih diutamakan dan bilangan itu sedikit sekali.

 satu kajian mengenai sistem pembelajaran di Indonesia kerana keterampilan pelajar di sini melebihi pelajar kita. Bukan bermaksud untuk merendahkan kualiti pelajar kita tetapi itulah realitanya di sini.

Mahsiswa lebih berpartisipasi, tidak takut untuk berbicara di khalayak ramai dan lebih berdikari daripada kita. Apakah mungkin mereka sememangnya diajar sejak daripada sekolah lagi?? Itu yang menjadi tanda tanya aku..


Dengan hasil perbicaraan bersama beberapa sahabat Indonesia aku, beberapa perkara dapat aku simpulkan mengenai sistem pembelajaran mereka:

1. Sistem pendidikan mereka bermula daripada Sekolah Dasar (SD) selama 6 tahun, SMP selama dua tahun, Sekolah Menengah Atas (SMA) selama 3 tahun dan Perguruan Tinggi (PT).


2. Mereka juga mempunyai 3 ujian nasional, di SD dan SMP mereka mempunyai Ujian Akhir Nasional (seperti UPSR dan PMR) dan pada akhir tahun sebelum masuk ke universiti Seleksi Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SMPTN) seperti SPM.

Untuk Ujian Akhir Nasional, mereka hanya perlu LULUS untuk mereka 
graduate masuk ke peringkat seterusnya. Akan tetapi, ini TIDAK MENENTUKAN mereka akan DITERIMA MASUK ke dalam mana-mana sekolah yang BERKUALITI.

Mereka tidak mempunyai sekolah berasrama penuh (SBP) dan MRSM seperti kita, tetapi mereka memang mempunyai sekolah-sekolah yang TERKENAL dengan kualitinya.

Untuk mereka masuk ke mana-mana sekolah sewaktu SMP dan SMA, mereka perlu mengambil UJIAN KEMASUKAN yang dibuat oleh sekolah itu sendiri untuk diseleksi lagi.


3. Mereka mempunya sekolah Negeri yang diberi subsidi oleh pemerintah tetapi masih juga ibu bapa mengeluarkan biaya bulanan sekitar RP100-200 ribu per bulan (RM40-80)

Sekolah yang terkenal dan baik selalunya sekolah swasta dan biayanya berbeza mengikut sekolah iaitu sekitar Rp450-1 juta per bulan (RM150-350). Untuk internasional course lebih mahal lagi.

Sewaktu Tahun kedua SMA, mereka akan diberi dua pilihan adakah untuk Ilmu Pengajian Alam (IPA) seperti Aliran Sains di Malaysia dan Ilmu Pengajian Sosial (IPS).

Dan setelah itu barulah selama dua tahun lagi mereka akan menumpukan dengan pelajaran yang mereka minati.


4. Mahaisiwa sangat digalakkan untuk menghadiri ko-kurikulum selepas sekolah dan partisipasi untuk itu sangat-sangat mengesankan.


5.Untuk memasuki Perguruan Tinggi, semua mahasiswa perlu mengambil  SMPTN itu tadi dan mereka diberi DUA PILIHAN universiti dan fakulti yang mereka minati. Setelah ujian selesai dan diberi nilai, hasil itu akan dihantar ke universitas yang diminta dan disaring oleh pihak universitas siapa yang akan mereka ambil.



Jika dilihat daripada sistem pembelajaran mereka, adalah agak sama dengan sistem pendidikan di Malaysia. Mereka juga ada UPSR dan PMR dan mereka juga sama 
study-oriented tetapi mengapa mereka lebih terampil daripada kita??

Pendapat aku, apa yang penting untuk DIUBAH bukanlah PEPERIKSAAN itu tetapi SUKATAN PELAJARAN DI DALAMNYA. Itu lebih penting. Bagaimana kebijakan kerajaan dan kementerian supaya sukatan pelajaran lebih kolektif dan efektif.

Mungkin kementerian juga dapat mengkaji kembali sistem ko-kurikulum supaya lebih ramai lagi anak-anak berminta untuk menyertai. Pengalaman aku sendiri sewaktu sekolah, aku masuk kerana aku minat. Yang lain tidak mahu masuk kerana tiadanya satu 
booster daripada rakan-rakan dan guru serta tiada PROMOSI ko-kurikulum kepada pelajar.

Mungkin benar UPSR dan PMR tiada gunanya sewaktu pekerjaan, tetapi jika kerajaan mahu juga memansuhkan, perlu satu SISTEM PEMANTAUAN supaya pencapaian pelajar dapat DIKETAHUI dari masa ke masa.

Jangan pada waktu SPM sahaja baru tahu keupayaan pelajar dan pada waktu itu tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan. Sekurang-kurangnya dengan sistem pemantauan ini, kementerian dapat membuat intervensi awal untuk mencegah daripada lebih teruk lagi.

GURU juga adalah salah satu faktor. Banyak yang kita lihat, guru-guru tidak kreatif dalam pengajaran yang menyebabkan pelajar bosan. Seperti aku dahulu, cikgu bosan je kompem tido..Dan jika guru itu kreatif, pada masa guru mengajar, dapat juga guru menerapkan 
soft skill yang telah mereka pelajari atau pengalaman mereka sendiri supaya pelajar secara TAK LANGSUNG dididik menjadi pelajar yang lebih terampil.

Guru adalah ibu-bapa kedua kita, jika betul cara mengajar, mereka akan menjadi manusia yang lebih baik.

Konklusi, jika benar kementerian mahu mansuhkan UPSR dan PMR, timbang dahulu baik buruk dan fikirkan alternatif yang baik supaya setelah dimansuhkan tidaklah akan menyesal satu hari nanti. Saranan kerajaan bukanlah tidak baik, tetapi apa yang aku harapkan, jika dah diubah ini, setelah 5 tahun lagi, janganlah tukar-tukar lagi, biarlah keputusan kali ini adalah keputusan yang terbaik untuk anak-anak kita.
adakah bilangan A yang menjadi ukuran kepada keterampilan pelajar..???? Jangan perjudikan masadepan anak-anak bangsa kerana kuasa. psss..isu PPSMI..
sumber:http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.