oleh: Hisham Halim
400,000 Tin Untuk Duit Belanja Kahwin

SPOKANE, Wash. — Pasangan daripada Spokane telah berjaya mengutip tin-tin aluminium yang secukupnya untuk membayar perbelanjaan bagi majlis perkahwinan mereka. Peter Geyer dan Andrea Parrish telah menganggarkan mereka perlu mengumpulkan hampir 400,000 tin, yang bernilai kira-kira USD3,800 (RM 12,000), untuk majlis perkahwinan mereka pada 31 Julai ini. Dengan bantuan 150,000 tin sumbangan daripada Alcoa dan 73,000 tin daripada United Recycling Services, mereka telah mencapai sasaran tersebut.
