oleh: Hisham HAlim

***1. Melayu Secara Umum***********************
Bagi orang Melayu yang ada perasaan tanggungjawab tentulah sependapat dengan Tun. Kita semua bimbang apa kan terjadi atau berlaku terhadap orang melayu akan datang. Zaman sekarang ini pun kita susah nak kawal anak2 muda kita. Ramai anak Melayu terlibat dengan dadah dan pelbagai aktiviti tidak sihat. Semakin lama lebih bersifat mementing diri sendir. Yang jadi Ketua2 semakin memikir diri sendir. Orang UMNO fikir kroni nya, orang PKR dan PAS pun lebih kurang sama. Jangan duk ingat ahli poitik PAS semuanya warak, ada juga yang bersengkongkol dengan peminum arak. PAS for All!
PAS dan PKR hentam UMNO dan sebaliknya. tapi jarang dengar cerita main baling bom antara MCA dan DAP.
Apa yang Tun perkatakan diatas telah lama terbukti dalam sejarah dunia. empayar British memerintah hampir seluruh dunia. Bila rakyat peribumi bangkit dan bersatu menentang penjajah ,barulah satu demi satu negara mencapai kemerdekaan. Datuk moyang kita ramai mati syahid pertahankan tanahair. Tengoklah apa terjadi kat orang Petani di Thailand? Lemah tak bermaya kerana tiada kuasa. Tiba2 sekarang PAS pula berdondang sayang dengan DAP dengan lagu PAS for All.
Jika kaum melayu terus berpecah maka sukar lah nak memerintah. Ambil contoh Selangor, PAS dengan megahnya memperjuangkan PAS for All sehingga isu arak di selangor dibawah telunjuk DAP. PAS dah jadi lebih liberal dari UMNO. PAS sekarang ibarat Pak lebai zaman moden. ===Lebai Luncai.
Sementara Lebai Luncai duk terlompat2, yang kebanyakan PaK Kadok UMNO pula duk membuncitkan perut masing2. Sementara Melayu biasa hidup terus melarat. Mohon maaf saya nak buat sikit kesimpulan bunyi kasar tapi kena cakap juga: Kebanyakan pemimpin politik Melayu tak kira UMNO, PAS dan PKR tak boleh diharapkan!!! Patut buang negeri kat Gurun Sahara!!!!

******2.PERKASA dan NGO2 Melayu**********
Inilah masa nya NGO2 Melayu mendesak semua Parti Melayu bersatu. Dato Ibrahim Ali dan kumpulan2nya boleh ajak dan paksa semua parti2 Melayu bersatu. Kena mulakan sekarang, jangan tunggu lama2 , nanti habis Malaysia dikebas orang.

By OrangLama on June 17, 2010 7:54 PM

Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.