oleh: Hisham Halim
Kondom Berduri Sepanjang Piala Dunia


Seorang doktor di Afrika Selatan telah berjaya merekacipta kondom wanita bergigi seperti mata pancing dan diberikan kepada wanita yang keluar di musim Piala Dunia.

Dr Sonnet Ehlers sanggup menjual rumah dan keretanya demi untuk membangunkan kondom wanita yang dikenali sebagai
Rape aXe pada 2005. Kondom-kondom ini boleh didapati selepas tempoh percubaan dengan harga $2 (RM9) setiap satu.
http://img.thesun.co.uk/multimedia/archive/01069/sonette-280_1069464a.jpg
Dr Sonnet Ehlers

Wanita itu perlu memasukkan kondom lateks seperti memakai tuala wanita dan baris-baris gerigi bercangkuk akan menusuk ke dalam zakar semasa penembusan.

Sebaik sahaja tersekat, hanya doktor yang boleh 'melepaskan' 
Rape aXe dan Dr Ehlers berharap ini memudahkan pihak-pihak berkuasa untuk membuat tangkapan.
"Ia menyakitkan, sesiapa yang kena tidak boleh kencing dan berjalan selagi ia tidak dilepaskan., " katanya.
"Jika dia cuba akan membuangnya sendiri, ia akan menjadi ketat... bagaimanapun, ia tidak mengoyakkan kulit, dan tidak bahaya terhadap pendedahan cecair.
"Saya melantik perunding jurutera, pakar-pakar ginekologi dan ahli-ahli psikologi membantu dalam merekabentuknya dan memastikan ianya selamat."

Pengkritik mengatakan kondom wanita ini bukan satu penyelesaian jangka panjang dan membuatkan wanita lebih terdedah terhadap keganasan dari lelaki yang telah terjerat oleh alat peranti ini.

Victoria Kajja, seorang ahli 
Pusat Kawalan Penyakit dan Prevention di Uganda, juga berkata peranti ini sentiasa mengingatkan wanita kepada kelemahan mereka.
"Ia bukan hanya menipu mangsa dengan rasa selamat yang palsu, tetapi juga trauma psikologi, " katanya.
"Ia juga tidak membantu dalam penyelesaian masalah psikologi yang terjejas selepas serangan."

Menurut laporan tahun lepas oleh Medical Research Council mendapati itu 28 peratus orang lelaki telah merogol seorang wanita atau gadis, dengan seorang daripada 20 orang wanita telah dirogol pada tahun lepas.

Dalam kebanyakan negara-negara Afrika, tuduhan terhadap kesalahan rogol jarang berlaku kerana tidak mampu melakukan ujian DNA untuk mencari bukti.

Dr Ehlers bercadang untuk mengagihkan 30,000 kondom ini dengan di bawah pengawasan sepanjang tempoh Piala Dunia
Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.