PUASA ORANG MELAYU



Penantian orang mukmin akan datang kembali.
Teman berbicara kali ini mengenai puasa yang dirindui dan karenah orang yang berpuasa. Orang mukmin menantikan bulan Ramadhan seperti seorang kekasih yang merindui kekasihnya. Ianya berbeza dengan rindunya pula orang Melayu kepada puasa dan seisinya.
Kebiasaannya di Malaysia pengumunan tarikh puasa bagi 1 Malaysia diumumkan oleh Penyimpan  Besar Mohor  Raja – Raja. Kata kawan teman …. kalau mike nak tahu  puasa ke tidak esoknya….mike tengok songkok orang yang akan mengumumkannya…..kalau gamaknya ` sengit ` puasalah esoknya, tapi kalau songkok dan baju melayu nya kemas….jawabnya puasalah lusanya.
 Kata kawan teman lagi begitu juga  kalau nak tahu raya ke tidak …..tengok pula  songkok, baju melayunya kemas dan suaranya pun ceria…..jawabnya `` MAKA DI ISTYHARKAN BAHAWA SELURUH MALAYSIA AKAN MENYAMBUT AIDIL FITRI PADA ESOK  BERSAMAAN ……………..tapi kalau tak ceria wajahnya……jawabnya puasa lagi le….
Terkadang – kadang [ dengan izin ] kita hanya melihat suasana Ramadhan itu tak ubah seperti menantinya satu tarikh bermulanya pesta. Sebelum ini kita lihat budaya orang Melayu menyambut mana – mana hari kebesaran Islam seperti Maulidul  Rasul, Maal Hijrah disana – sini semua pihak  menganjurkan majlis tetapi kefahaman mereka tidak menyakini Islam secara Syumul tetapi hanya sekadar tradisi dan kefahaman Islamnya di pinggiran.
Penantian puasa bukanlah seperti seorang boyfriend  menantikan girlfriendnya,  seorang duda yang sekian lama menanti  dapat` bantal peluk baru ` penganti kehilangan isterinya ataupun seorang janda menemui  teman hidup setelah kekosongan   laksana   seperti dedaunan yang kering kepada suasana tumbuh – tumbuhan yang segar  dan membasah.
Ianya seolah – olah meriah Ramadhan seperti Piala Dunia, Festival Hiburan dan sebagainya. Ada juga dikalangan orang Melayu khususnya wanita menganggap bahawa bulan ini `advantage `  untuk membetulkan mana – mana lemak – lemak pada badan bagi melangsingkan tubuhnya masing – masing.
Kata orang tua – tua dan politik kedai kopi,,,, tidak pasti kebenarannya…. bahawa orang Melayu memang rajin berpuasa tetapi bab sembahyangnya pula diringan – ringankan. Ianya berbeza dengan ` mamak ` pula dikatakan rajin bersembahyang tetapi kurang kuatnya berpuasa. Teman harap pandangan ini salah.
Begitu juga sembang – sembang kedai kopi bila ditanya masalah beli kereta. Katanya orang Melayu kalau beli pertama yang ditanyanya ` minyak save ` ke tidak. Orang Cina katanya pula….ini kereta berapa laju bole pergi dan ianya berlainan dengan ` orang putih ` bertanya pula ` ketahanan ` tahan lama kereta itu. Manakala orang India soalan pertamanya…ini kereta berapa ramae bole isi…,maaf bukan niat teman nak mengusik, tetapi sembang – sembang orang tua dulu – dulu. Kalau nak ikutkan  biadapnya lagi  Dato` Hamidah, Exco Perak tu kerana menyebutnya  dalam Sidang DUN pulak tu….`` katanya kalau jumpa ular pukul dulu dot dot dot `.
Teman juga teringat kawan – kawan  teman beritahu dimasa bulan Ramadhan ini juga mereka  nampak 2 ADUN Katak di Perak tu bersama dengan perempuan sedang berpoya – poya semasa mereka berstatus exco dulu. Elokpun mereka melompat ke pangkuan parti yang banyak melahirkan pimpinan dan ahli yang tak berpuasa.
Orang Melayu dimasa bulan Ramadhan kalau didapati anaknya tidak berpuasa buat main marahnya lagi….tetapi sepanjang masa jika anak – anak tidak sembahyang, tidak menutup aurat mereka buat – buat tak nampak. Itu menunjukkan seolah – olah puasa itu bukan satu syariat tetapi adat.
Jika terdapat anak – anak kurang mampu berpuasa…..ibubapa kadang – kadang  menyogokkan mereka dengan bayaran wang mengikut jumlah puasa yang mampu mereka lakukan. Amalan ini sebenarnya kurang baik kerana awal – awal lagi kita telah mendidik anak – anak dengan perkara yang salah kerana yang penting memberikan kesedaran kepada mereka tentang agama.
Kata Pak Yazid dalam kuliahnya diera 70an  dulu….beramal mesti dengan ilmu….kalau tidak katanya seperti seorang bapa yang sedang berwirid selepas sembahyang `` SUBHANALLAH….SUBHANALAAH….tiba – tiba anak lelaki yang berseluar pendek  mencuitnya `abah – abah nak duit tengok wayang `` abahnya terus berwirid….anaknya terus meminta duit….lalu abahnya runsing diganggu lalu berikan duit kepada anaknya itu RM10.000 dan abahnya tadi terus bertukar wiridnya tadi kepada `` ALHAMDULLILAH….ALHAMDULILLAH `` sehingga habis wiridnya. Bayangkan anaknya pergi melakukan maksiat ….abahnya boleh pulak menyebut `ALHAMDULILLAH `.
Dikalangan pembesar pula samada orang istana. menteri – menteri dan orang – orang berduit mereka jadikan peluang inilah untuk merehatkan dirinya ke negara – negara ` Orang Putih ` dan sebagainya. Maklumlah kalau makan minum disanapun bukan siapa yang tahu. Manakala kalangan orang mukmin pula jika berpeluang maka ibadah umrahlah pilihan mereka,
Kalaulah nak tengok masjid dan surau imarah waktu siangnya , maka lihatlah lihat diwaktu Ramadhan sahaja. Selepas Hari Raya pula tempat – tempat ibadat tersebut kembali lengang seperti sediakala.
Kita berkunjung pula ke pasar – pasar didapati suasananya sungguh bising oleh tempikan – tempikan peniaga untuk melariskan jualan mereka. Ingatlah bahawa kaedah berniaga dalam Islam bukanlah begitu caranya yang diajar oleh Rasulullah saw.
Pesan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pengunjung – pengunjung Pasar Ramadhan hendaklah membeli juadah berbuka di gerai – gerai orang yang kita lihat diwajah penjualnya berseri, yakni orang yang bersembahyang dan menutup aurat sahaja.  Kerana yang membeli diberrkati dan yang menjual pula mendapat rezeki  yang halal.
Ketika bertarawikh pula yang meneruskan 20 rakaat ialah orang – orang tua dan orang – orang mudanya pula setakat 8 rakaat kerana lutut mereka dah longgar dan pinggang ` angin satu badan `  terus pekena kopi, bubur , laksa dan sebagainya sebelum ` mengholoh ` untuk bangun sahur. Itupun kalau yang jenis bangun sahur…kalau tidak jawabnya sembahyang Subuh pun lebohhh.
Akan datang teman akan membezakan ` Takbir Raya ` secara sunah Nabi dan amalan orang arab dengan takbir raya ala Melayu yang mendayu – dayu panjangnya  seperti sedih akan anak cucu dan menantu tak balik  beraya ke kampung.

Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.