oleh: Hisham Halim


Sedia putus hubungan diplomatik dengan Israel



Turki akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel kecuali negara itu memohon maaf atas tindakan komandonya menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza,, lapan warga Turki dan seorang rakyat Amerika keturunan Turki terbunuh. Bagaimanapun, Israel segera menolak sebarang langkah meminta maaf ‘sampai bila-bila.’

Turki sehingga kini masih menggesa siasatan antarabangsa dilakukan ke atas serbuan berkenaan namun sementara menunggu, Davutoglu tidak membantah suruhanjaya yang ditubuhkan sendiri Israel bagi menyiasat serbuan terbabit. 
“Jika suruhanjaya ini membuat kesimpulan bahawa serbuan itu tidak wajar dan jika mereka memohon maaf, ia sudah mencukupi,”, walaupun beliau menegaskan bahawa Turki mahukan pampasan daripada negara Yahudi itu. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula
menolak sebarang permohonan maaf, Jumaat lalu dan seorang pegawai kanan kerajaan Israel berkata selepas kenyataan Davutoglu bahawa Israel tidak akan membuat permohonan maaf kerana ia tindakan mempertahankan diri. 

Davutoglu yang bercakap kepada Hurriyet dalam pesawat pulang dari lawatan ke Kyrgyzstan juga berkata,
Turki menutup ruang udaranya kepada semua pesawat tentera Israel sebagai maklum balas serbuan itu. 
“Keputusan itu bukan diambil untuk satu atau dua pesawat,” kata menteri terbabit, menambah bahawa penutupan itu mungkin dilanjutkan terhadap pesawat awam. 


Serbuan ke atas kapal bantuan Mavi Marmara dimiliki Turki mengorbankan lapan warga Turki dan seorang warga Turki-Amerika mencetuskan Ankara memanggil semula dutanya dari Tel Aviv dan membatalkan tiga latihan ketenteraan bersama. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SediaputushubungandiplomatikdenganIsrael/Article
Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.