Obama: Israel Curiga karena Nama Tengah Saya Hussein


Presiden Barack Obama (Foto: AP)

Israel curiga kerana nama Hussein: Obama 

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengakui nama tengahnya 'Hussein' menyebabkan Israel meragui sokongan sekutunya itu tetapi rundingannya dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu disifatkan memberi hasil amat memuaskan. 

Ditanya krew berita Channel 2 Israel mengenai rasa sangsi penduduk Israel kepadanya, Obama berkata:
“Sebahagian daripadanya mungkin disebabkan nama kedua saya, Hussein, dan itu menyebabkan mereka menaruh syak wasangka tertentu.
“Tetapi, saya juga mempunyai Ketua Petugas bernama Rahm Israel Emmanuel. Beliau adalah generasi baru dari kalangan keluarga mangsa Holocaust. Kejayaan saya menjadi senator mungkin disebabkan rapatnya saya dengan masyarakat Yahudi Amerika. 

“Saya rasa kadang kala, khususnya di Asia Barat, mereka memandang rakan kepada musuh adalah musuh tetapi sebenarnya mesej saya kepada umat Islam bertujuan mengurangkan kemarahan dan bahaya berpunca daripada permusuhan mereka kepada Israel dan Barat,” kata Obama yang dipetik akhbar Haaretz, semalam. 

Obama menyifatkan rundingan dengan Netanyahu dalam pertemuan empat mata selama 90 minit malam Selasa lalu sebagai menggalakkan. 

Mereka membincangkan proses damai Israel-Palestin, program nuklear Iran dan persefahaman strategik menghadapi keupayaan nuklear Iran. 
Netanyahu berjanji kepada Obama bahawa Israel akan melaksanakan langkah membina keyakinan dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam tempoh terdekat termasuk penyerahan lebih banyak tanggungjawab keselamatan di Tebing Barat kepada PA. 


Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.