Pada tanggal 05 Jan 2009 , saya bersama 17 lagi rakan seperjuangan telah melapor di KD HANG TUAH. Pada ketika itu, kapal masih lagi di atas galangan Boustead Naval Dockyard Lumut. Agak teruja rasa di hati kerana inilah merupakan pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke kapal TLDM. Seramai 7 orang PKK daripada KD SULTAN IDRIS 1 sudah mula menjalani latihan selama dua minggu lebih awal daripada kami. Dalam masa yang sama Pegawai Laksana yang baru Lt Kdr Badrul Hizal Bin Jumbri TLDM turut melapor. Setelah semiggu di atas galangan, kapal akhirnya kembali beroperasi seperti biasa.

Sebaik sahaja kapal bertambat di jeti operasi, saya dan rakan-rakan mula marangka aktiviti untuk diisi sementara kapal masih di TPL. Pegawai Latih Lt Ahmad Zaki mencadangkan untuk mengadakan RPC (Request Plesure Company) , cadangan diterima dan kali ini kerjasama berpasukan teruji. Hampir 3 hari bertungkus lumus untuk menganjurkan RPC MIDSHIPMEN OF KD HANG TUAH 2009. Akhirnya hari yang di tunggu pun kunjung tiba. Jemputan adalah terdiri daripada semua Pegawai Memerintah Kapal yang berada di Lumut termasuk di dockyard. Berdebar rasa dihati kerana ini adalah kali pertama menyertai dan menganjurkan majlis RPC. Majlis berjalan dengan lancar dan objektif utama tercapai iaitu memberi peluang kepada PKK mengenali dan bergaul dikalangan Pegawai Memerintah. Majlis RPC ini dilangsungkan pada minggu kedua saya dan rakan-rakan melapor di kapal. Selesai sudah satu tugasan.

Kapal kerap kali keluar belayar sekitar pulau pangkor untuk Ujian Jentera, Pelayaran BWK dan Shake Down. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan kapal berada di Lumut, tidak disangkakan KD HANG TUAH terpilih untuk menyertai OPS FAJAR 3/2008 di Somalia. Hal ini adalah kerana KD HANG TUAH satu-satunya kapal yang Kategori 1 pada waktu itu.

Walaubagaimanapun, yang lebih menggembirakan saya adalah kesemua PKK diberi peluang untuk turut serta. Ini merupakan satu peluang yang harus digunakan sebaik mungkin. Masih segar diingatan saya pesan daripada Dekan Fakulti Kept Zulkifly bin Mat Radzi TLDM sebelum palayaran “Pastikan bawa pulang ONC”. Kata-kata azimat itu tetap saya pegang.

Pada 4 Feb 09 jam 2200H KD HANG TUAH belayar meninggalkan Tambatan Pangkalan Lumut (TPL). Tersentuh rasa di hati apabila melihat sedu tangis keluarga anak-anak kapal. Walaubagaimanapun, motto Sedia Berkorban tetap diutamakan. Selama 10 hari pelayaran menuju ke Salalah Oman di bawah Pegawai Memerintah yang baru Kdr Mustapha Kamal Mengikut cadangan awal, kapal dijangka belabuh di Maldives. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kapal tidak jadi berlabuh. Pelayaran diteruskan dengan kelajuan 16 knot. Tidak disangkakan kapal yang telah berusia masih mampu mencapai tahap kelajuan hampir maksimum iaitu 18 knot.

Mabuk laut bukan kepalang, tugas sebagai seorang Pegawai Dalam Latihan (PDL) harus diteruskan. Kelas latihan dan mengira Sight sudah menjadi rutin harian. Selama beberapa hari kapal dilanda ribut pasir. Keadaan seperti jerebu disiang hari, pemakain topeng penutup hidung adalah diwajibkan

. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan Signal yang menyatakan kesemua PKK dikehendaki berpindah ke KD SRI INDERA SAKTI untuk perjalanan pulang ke tanah air. Saya hanya sempat melihat kemilau cahaya Bandar Salalah Oman dari atas kapal. Agak sedih kerana tidak diberi peluang menjejakkan kaki ke Tanah Arab. Tidak mengapa kerana perjalanan saya sebagai seorang pelaut baru diperingkat pemulaan. Masih banyak peluang yang bakal mendatang.

Apabila KD HANG TUAH dan KD SRI INDERA SAKTI dirapatkan. Dengan hanya mencampakkan beg diantara kapal di tengah-tengah laut Arab, kami selamat malapor ke KD SRI INDERA SAKTI. Sebaik sahaja selesai urusan pemindahan, sauh diangkat perjalanan pulang ke Tanah Air diteruskan. Satu peristiwa yang cukup melucukan dimana terdapat seorang anggota KD HANG TUAH yang tertinggal. Lalu Bot Sakti 1 (Rigid Hull Inflated Boat) diturunkan untuk mengahantar anggota tersebut. Sepanjang pelayaran, pelbagai pertandingan keagamaan diadakan antaranya pertandingan Hafazan, Azan, Khutbah dan Tilawah. Dalam keadaan panas disebabkan penghawa dingin kapal rosak sepenuhnya, suasana kapal berubah menjadi seperti Bilik Sauna. Anak-anak kapal tidur merata-rata di geladak atas. Tugas mengambil dan mengira sight tetap diteruskan disamping tugas di anjungan dan bilik kawalan jentera. Kapal tiba di posisi bersauh berhampiran Pulau Pangkor.

“Petugas-petugas Khas Laut mara rapat (3 kali) tingkatkan kawalan kerosakan kapal peringkat tiga keadaan Yankee, bersiap sedia untuk memasuki perlabuhan” selesai sahaja pengunguman ini dibuat, kesemua anak-anak kapal bersorak gembira. Rindu kepada keluarga tidak dapat di tahan lagi. Selepas 2 jam SSD, kapal selamat berlabuh di TPL disambut oleh FOC Laks Madya Dato Kamaruzzaman dan seluruh keluarga anak-anak kapal. Majlis yang gilang gemilang itu diadakan khas untuk menyambut kepulangan perwira negara

SOA (Senior Officer Afloat) begitulah jolokan nama KD SRI INDERA SAKTI. Rasa bangga menjadi PKK SOA. Selama hampir 2 bulan kapal di jeti, Kerja-kerja senggaraan dalaman diteruskan. Disamping itu juga, Kapal SOA kerapkali menerima lawatan dari pihak luar. Mengikut kiraan saya hampir 15 lawatan daripada sekolah, IPT dan badan-badan Kerajaan/Bukan Kerajaan. Sebahagian dari proses pembelajaran menjadi pemandu pelancong. Oh ya. Part of training. Kerja-kerja mengilat tembaga, mengetuk karat dan mengecat deck. Rasanya seperti menjadi tukang cat. Aktiviti sukan petang, mendaki Bukit Busu, Larian Teluk Batik, larian pengkalan, larian stadium, renang, futsal, badminton turut dilakukan. Terasa seperti seorang atlet dan jaguh sukan. Malam minggu akan diadakan sesi karaoke happy hour di Wisma Pegawai. Pada ketika ini saya rasa seprti seorang penyanyi terkenal. Part of training.

Hari Terbuka Armada pada……. Kesemua PKK dkehendaki menjadi seketeriat untuk menjual air minuman. Terlupa seketika tekanan di kapal dan berasa seperti seorang juru jual di pasal malam. Dalam masa yang sama, turun menjadi anggota kawalan keselamatan dan lalulintas. Teringat menjadi seorang anggota Polis dan RELA. Part of Training.

Benarlah kata-kata Kdr Ariff bin Ahmad TLDM. Kesemua perkara-perkara ini harus dilalui dalam mambentuk seorang pegawai TLDM yang Versatile. Saya juga telah terpilih unutk menjadi Peniup Boatswain Di Raja semasa perasmian Bandar Lumut sebagai Bandar Tentera Laut. Pengalaman yang dilalui tetap tidak dilupakan.

Perintah Pelayaran Penghantaran Logistik sudah dikeluarkan, kapal dikehendaki menghantar 230 pallet peluru Tentera Darat ke Malaysia Timur. Pada 18 Mei 2009 jam 0900H kapal belayar menuju ke Kuching. Hampir 3 hari perjalanan menuju ke Pending. 4 hari berada di Kuching. Pelbagai aktiviti kapal telah dikuti antaranya EMA ( Early Morning Activities) dan Trip ke Sarikin. Pelayaran diteruskann ke PTKK (Pelabuhan Tentera Kota Kinabalu). 5 hari berada disana. Seperti biasa, aktiviti kapal wajib dikuti antaranya EMA dan Lawatan ke Kundasang. Aktiviti tambahan PKK dimana lawatan sambil belajar besama Pegawai Memerintah ke KD SRI GAYA. Rasa bertuah saya berada dikapal yang besar.

Hari ke empat berada di PTKK tiba-tiba kapal dikehendaki membuat operasi di Kepulauan Gugusan Semarang Peninjau OPERASI SINAR SAKTI 2009. Sepanjang pelayaran ke GSP, tugas mengambil sight diteruskan lagi. Pertandingan memancing turut diadakan pada kedalaman 2000 meter.! Tiada pemenang kerana tiada ikan yang berjaya dinaikkan. Seterusnya BBQ Seafood yang dianjurkan oleh PKK untuk semua warga kapal. Walaubagaimanapun, gelombang kuat. Habis terburai apa yang dimakan. Begitu juga Wisma Pegawai yang agak teruja turut menganjurkan Supper bersama Pizza Pegawai dimana kesemua pizza ini disediakan oleh pegawai. Tidak melepaskan peluang untuk Senior Rate bersaing dengan Laksa Laut Penang pada malam keesokkan harinya. Sungguh meriah suasana di kapal. Perjalanan pulang yang merupakan trip terakhir kami untuk latihan Industri. Agak sedih rasanya tetapi perjuangan mesti diteruskan.

Berbaki 2 semester untuk dihabiskan sebelum ditauliahkan. Pada 12 Jun 2009 tamatlah tempoh Latihan Industi. Alhamdullillah saya berjaya mendapat kesemua sijil yang diperlukan beserta bonus iaitu ONC. Pesanan dari Pegawai Memerintah Kept Hj Mohammad Adib Bin Abd Samad TLDM bahawa perjuangan belum selesai tetap saya sematkan didada.

Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.