1. Sekali tengok nampak tak serupa. Tapi, bila dilihat dari aspek skop dan konsep logo ini . Wujud beberapa persamaan yang tidak boleh dinafikan. Secara ringkas PAS 4 all telah dilancarkan pada11 September 2007 sempena tarikh serangan ke atas World Trade Center (WTC) New York yang bertujuan bertujuan mendekati golongan bukan Islam melalui gerakan dakwah dengan mengikis perasaan fobia terhadap Islam di kalangan mereka. Buktinya lihat sahaja tulisan mandarin, hindi , english dan melayu digunakan pada logo. Kempen ini dibawah kelolaan Lujnah Perpaduan Nasional PAS.


2. Berbeza dengan Israel for ALL. Tujuan nya adalah untuk aktiviti perlancongan dalam usaha menarik minat pelancong-pelancong melawat Israel (ader aper kat saner errr....). Negara-negara Islam termasuk Malaysia mengharamkan pembuatan Visa ke Israel. 


3. Apa yang mengejutkan adalah pengakuan daripada orang kanan PAS bahawa karekter kedua-dua logo ini ada persamaan. Ditambah lagi penyataan bahawa sewaktu proses idea, mereka tidak tahu akan kewujudan Israel 4 all. 


    "Hampir sama tapi tak sama. Kita tidak ciplak. Israel 4 All itu adalah usaha meningkatkan sektor pelancongan negara itu.

"Sementara Pas For All pula adalah untuk parti politik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi  Parlimen hari ini.     Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar 22 April 2010


4. Politik!! Masing-masing akan mencari kelemahan perlaksanaan dan idea yang dibuat. Pembangkang pula menyifatkan idea One Malaysia sebagai ciplak kepada One ISRAEL..!! FUhh.. next post kita akan membincang kan apakah kaitan One Malaysia dengan APCO dan One ISRAEL....



Share



1. Bercakap soal kes adik amirulrashid yang maut ditembak polis gara-gara dianggap penjenayah. Cerita ringkas pasal kes ni, Amirulrashid seorang pelajar berumur 15 tahun tingkatan 3. MEMANDU pada jam 2 pagi bersama seorang rakan/sepupu baru balik dari minum di kedai. Kes terjadi hari isnin malam selasa. Maksudnya masih lagi hari bekerja. Bukan hujung minggu. Melarikan diri bersama kereta yang dipandu (milik kakak mangsa) dari road block yang dikendalikan oleh POLIS ... Dikejar 4 polis peronda MPV. Terbabas apabila polis melepaskan tembakan amaran kearah tayar kenderaan. Mengundurkan kereta untuk cubaan lari kali kedua.. Gagal!! Ditembak tepat di kepala (HEAD SHOt)


2. Saya tidak akan membuat apa-apa spekulasi mengenai kes ini. Ini bagi menghormati prosedur dan amaran bahawa kes MASIH DALAM SIASATAN PIHAK POLIS..... Borink la ayat nih..selalu sgt digunakan... mungkin ayat untuk cover .. Ops.. terlepas sudah...jadi kat sini saya sertakan laporan polis yang dibuat.. 


Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...
- Sumber: Perisik Rakyat



3. Fuuuhhh..mcm dalam movie.. saya tegaskan disini... jangan buat sebarang spekulasi. Tambah-tambah lagi ..sudah tentu perkara ini akan jadi isu penting bagi ahli politik.. Mereka akan mempolitikkan habis-habisan isu ini semata-mata kerana undi... ok..saya upload sekali gambar terakhir budak kiut nih...tak dapat dalam surat kahabar nyer.. nih gambar amatur....


Gambar terakhir aminulrashid bersama saksi utama



Share


1. Selalunya, masa  kita tgh rushing nak pergi pejabat ataupaun tempat kerja. Kalau boleh kita tidak mahu ada apa-apa halangan yang berlaku sepanjang perjalanan kita. Jangan tayar pancit, jangan kenderaan buat masalah. Kalau jadi salah satu dari benda ni.. Fuhh.. rase nak sepak jer moto @ kereta. Macamana pula kalau ader train melintas ...




2. Kira satu fenomena biasa dekat negara kita bila keretapi melintas jalan. Dah tentu-tentu kena tunggu juga sampai gerabak terakhir. Habis sesak satu jalan. Kalau nak jalan juga kononya try an error.. maka jawapanya akan jadi mcmnih.....


3. Tapi, bagi penduduk Giblatar Spanyol. Bukan stakat train melintas jalan. Kenderaan kategori yang paling besar kat muka bumi ni pun cross jalan juga. Yess ..itu dia. kapal terbang melintas jalan... hal ini disebabkan runaway Winston Churchill Avenue untuk kapal terbang mendarat dan berlepas memotong tepat jalanraya utama bandaraya ini. Macamana benda nih bleh jadi.. Kena tanya datuk bandar dia la..?!!



Share

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.